Tiada Pesta Muzik Gawai Dirai Dengan Tarian Sendirian Di Musim Pandemik


Nur Shazreena Ali Ketua kampung Maria Assim mengenang kemeriahan dan keceriaan perayaan sebelum pandemik, namun tahun ini keselamatan menjadi keutamaan.

Kuih jala disediakan bagi persiapan perayaan Gawai. Pada tahun-tahun sebelum pandemik, Maria Assim akan sibuk memantau persiapan bagi menyambut perayaan Gawai Dayak, daripada menyiapkan hidangan-hidangan tradisional hinggalah memantau aktiviti-aktiviti di kampung halamannya di Kampung Tabuan Dayak di ibu kota Kuching.
Sebagai ketua kampung, tanggungjawab yang dipikulnya berganda namun akan selalu meluangkan masa untuk menumpukan perhatian kepada persiapan keluarganya juga, termasuk penyediaan kuih jala yang merupakan pencuci mulut tradisional, dan pembuatan tuak beras.
Itulah antara kebiasaan tugas-tugas yang menjadi tanggungjawabnya setiap tahun.
Namun kini, disebabkan Covid-19 yang menular sejak tahun lalu, sudah dua tahun Maria tidak dapat menghasilkan tuaknya, minuman yang dihasilkan dari beras pulut dicampur dengan ragi buatan sendiri.
Ia adalah antara hidangan utama dalam perayaan Gawai.
“Orang-orang tua kata aura Gawai mesti kena ada bau kuih dan tuak.
“Tetapi tahun ini saya tidak membuat tuak kerana kita masih ada tuak yang disimpan dari tahun sebelum ini kerana orang ramai tidak dibenarkan berkunjung sesama keluarga, seperti tahun ini,” katanya.
Kuih jala yang siap dimasak menjadi hidangan utama bersama tuak.Tuak juga merupakan bahagian penting dalam keluarganya ketika upacara miring, ritual di mana mereka perlu membawa tuak bersama makanan dan minuman lain bagi dikongsi dengan orang lain dan kemudian diletakkan di tiang peringatan sebagai persembahan kepada nenek moyang dan dewa sembahan.
Semua itu adalah perayaan yang boleh kita saksikan pada awal 1980-an.
Bagaimanapun, hari ini, perayaan sedikit berbeza kerana keluarganya dan ramai lagi yang lain memeluk agama Kristian.
“Dulu ia merupakan acara yang sangat agung, tetapi perlahan-lahan ketika orang Iban di mulai memeluk agama Kristian, kami tidak lagi berkumpul di tiang peringatan pada malam Gawai,” katanya kepada MalaysiaNow.
Pada masa itu, katanya, miring akan disambut dengan parang, ayam dan babi.
Haiwan-haiwan itu akan disembelih kemudian dimasak secara gotong royong oleh penduduk kampung bagi sajian makan malam di ruai atau beranda komuniti rumah panjang.
Namun kini, walaupun perayaan Gawai dimulakan dengan bacaan doa Kristian. Terdapat juga pesta di mana penduduk kampung akan berbaris di ruai, menari mengikut rentak gong.
Gelak ketawa pengunjung daripada pelbagai lapisan masyarakat sambil mereka mengambil gambar dan swafoto turut menceriakan suasana.
“Ini adalah masa yang meriah di mana ahli keluarga dan rakan daripada semua kaum, termasuk orang asing, berkumpul dari jauh,” kata Maria.
Kugiran muzik juga turut membuat persembahan bagi menghiburkan orang ramai.
“Orang ramai masing-masing bergilir menyanyi, dan ruai akan penuh untuk kami sama-sama untuk menari.
“Perayaan ini juga merupakan kesempatan bagi generasi muda, terutama daripada kumpulan budaya, untuk mempersembahkan tarian tradisional kami.”
Semua acara-acara meriah itu kini bertukar suram, Covid-19 mengubah segalanya.
Dengan penularan jangkitan yang kini merebak di seluruh negeri, perayaan beramai-ramai kini tidak lagi dibenarkan.
Namun sebaliknya, kata Maria, penduduk kampung akan mempersembahkan tarian “poco-poco” sendirian di rumah mereka.
Hal ini adalah sangat jauh berbeza daripada suasana meriah dan ceria perayaan Gawai sewaktu sebelum pandemik melanda negara.
Bagaimanapun, Maria dan keluarganya masih merasakan kegembiraan perayaan kerana berpeluang untuk berkomunikasi dengan saudara-maranya sepanjang tempoh perayaan.
“Saya gembira kerana teknologi komunikasi bertambah baik,” kata wanita berusia 53 tahun itu.
“Kami akan melakukan panggilan video pada waktu pagi untuk ucapan selamat dan doa sempena Gawai.”
Sajian tadisisi lemang juga merupakan hidangan utama Gawai.Sebelum pandemik Covid-19 katanya, kegembiraan Gawai selalu tertumpu pada kedatangan ahli keluarganya dari Miri dan Kuala Lumpur yang akan terbang pulang ke Kuching untuk perayaan tersebut.
“Pada hari Gawai, kami akan mengundang para menteri untuk turut bersama meraikan,” kenangnya.
Tetapi sekarang, suasananya jauh berbeza.
“Yang penting ialah kita merayakan Gawai ini dengan selamat dan mengikuti semua SOP sehingga kita dapat merayakan lebih banyak hari Gawai pada masa akan datang,” katanya.
Walaupun perayaan beramai-ramai tidak dibenarkan tahun ini, dia mesti terus mengawasi penduduk kampungnya seperti yang selalu dilakukan – kali ini dengan alasan yang berbeza.
Dia perlu memastikan tidak ada kunjungan ziarah di kawasan penempatan mereka.
“Akan ada polis yang akan lakukan rondaan, jadi saya beritahu jika mereka ditangkap kerana melanggar SOP, mereka bertanggungjawab atas tindakan mereka itu,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/06/tiada-pesta-muzik-gawai-dirai-dengan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sejadah Travel Pocket Mudah Dibawa Dan Digunakan Dalam Musim Pandemik

Sejadah Travel Pocket Mudah Dibawa Dan Digunakan Dalam Musim Pandemik

papar berkaitan - pada 7/6/2021 - jumlah : 415 hits
Sedar tak sedar kita sudah berada di pertengahan tahun 2021 Tahun yang sungguh mencabar buat penduduk seluruh dunia di dalam menangani wabak Covid 19 Di dalam situasi pandemik ini kita tidak digalakkan untuk berkongsi sejadah sebagai satu l...
Musim Covid Hantar Berpantang Ke Kampung Susah Suami Kongsi Caranya Jaga Isteri

Musim Covid Hantar Berpantang Ke Kampung Susah Suami Kongsi Caranya Jaga Isteri

papar berkaitan - pada 22/5/2021 - jumlah : 359 hits
Suami yang hebat di mata isteri adalah yang sentiasa ringan tulang membantu tak berkira dan sentiasa memahami Begitu juga dalam bab menguruskan anak suami tahu apa yang nak dilakukannya Bukan itu je dalam bab isteri berpantang pula suami te...
Hiburan Jangan Lakukan Hanya Ikut Musim Tabung Palestin Mizz Nina Dan Selebriti Raih Rm17 9 Juta

Hiburan Jangan Lakukan Hanya Ikut Musim Tabung Palestin Mizz Nina Dan Selebriti Raih Rm17 9 Juta

papar berkaitan - pada 21/5/2021 - jumlah : 214 hits
Tabung MyAqsa Defenders yang difahamkan disertai pelbagai badan bukan kerajaan serta selebriti dan ikon kemanusiaan yang lain khabarnya telah berjaya mengumpul dana kutipan berjumlah hampir RM17 9 juta hasil sumbangan orang ramai terhadap r...
Berakhir Samar Samar Penulis Bincang Kemungkinan Musim Kedua Move To Heaven

Berakhir Samar Samar Penulis Bincang Kemungkinan Musim Kedua Move To Heaven

papar berkaitan - pada 21/5/2021 - jumlah : 408 hits
Siapa yang marathon 10 episod Move To Heaven di Netflix sepanjang minggu lalu tipulah kalau kata anda tak menangis teruk kan Move To Heaven membawa penonton menelusuri perjalanan hidup Geu ru seorang pekerja pembersihan trauma yang menghida...
Printer Murah Untuk Kegunaan Murid Sekolah Musim Pdpr

Printer Murah Untuk Kegunaan Murid Sekolah Musim Pdpr

papar berkaitan - pada 23/5/2021 - jumlah : 472 hits
Sesi Persekolahan kembali ditutup seminggu sebelum hari raya Selepas cuti hari raya ia kembali kepada sesi pembelajaran di dalam talian ataupun dikenali dengan nama PDPR Bila belajar dirumah atara alat yang penting adalah Printer Saya nak k...
Kombi Bar Restoran Unik Di Brussels Untuk Musim Covid19

Kombi Bar Restoran Unik Di Brussels Untuk Musim Covid19

papar berkaitan - pada 24/5/2021 - jumlah : 275 hits
Seluruh dunia terkesan dengan pandemik Coronavirus Namun mereka yang kreatif akan tetap cuba yang terbaik untuk memberikan servis yang terbaik kepada pelanggan mereka Ini yang kami temui di laman Facebook Kombi Bar Belgium Ia satu inisiatif...
No 4 Rating Tertinggi Dalam Sejarah Sbs Ramai Puas Hati Lihat Ending Minta Musim Ke 2 Taxi Driver

No 4 Rating Tertinggi Dalam Sejarah Sbs Ramai Puas Hati Lihat Ending Minta Musim Ke 2 Taxi Driver

papar berkaitan - pada 31/5/2021 - jumlah : 422 hits
Sedih betul bila drama best menamatkan tayangannya kan Seperti ramai yang terasa kosong apabila drama Taxi Driver melabuhkan tirainya kelmarin Sinopsis Daripada webtoon dengan nama yang sama Taxi Driver membawa kisah satu perkhidmatan teksi...
Black Musim Ke 2

Black Musim Ke 2

papar berkaitan - pada 30/5/2021 - jumlah : 303 hits
Siri Original Viu Black musim kedua bakal ditayangkan di platform Viu pada 10 Jun ini Black merupakan adaptasi drama popular Korea yang dibintangi oleh Kamal Adli dan Siti Saleha JUDUL BLACK SEASON 2TARIKH TAYANGAN 10 Jun 2021PENGARAH Ghaz ...
Jadi Pemimpin Global Untuk Safe Tourism Turki Siap Sambut Wisatawan Musim Panas 2021

Jadi Pemimpin Global Untuk Safe Tourism Turki Siap Sambut Wisatawan Musim Panas 2021

papar berkaitan - pada 29/5/2021 - jumlah : 202 hits
Dengan berbagai langkah konkret untuk keamanan tingkat tinggi sejak pertengahan 2020 Turki siap sambut wisatwan di musim panas 2021
Flexibility In Business Operations

Kempen Hartanah Bumiputera Khas Untuk Pembeli Bumiputera Mendapatkan Rumah Dengan Tawaran Giler Menarik

Umno Youth To Protest Extra Hours For Civil Servants Working Shifts

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Biodata Hael Husaini 2 Kali Juara Ajl Dan Perjalanan Dalam Industri Seni

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Pas Langkaui Retorik Dap Isytihar Pas Muuh Utama

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


7 Keistimewaan Hari Arafah Hari Yang Dinantikan Jutaan Umat Islam

Generasi Milenial Dan Gen Z Dukung Nkri Nomor Urut 2 Simbol Harapan Baru Kalimantan Barat

Kempen Hartanah Bumiputera Matrix Miliki Rumah Selesa Cipta Kenangan Indah Bersama Keluarga

Bukan Semua Cendawan Boleh Makan Ada Yang Beracun

Wanita Bersalin Semasa Buang Air Besar

Jangan Risau Jika Tak Terkenal