Tiada Lesen Pbt Punca Penginapan Tak Daftar Motac Kata Exco Terengganu


Razali Idris berkata punca lain termasuk kurang kefahaman syarat pendaftaran dan ketiadaan sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC).
Exco Terengganu Razali Idris berkata PBT melaksanakan proses pemutihan untuk mengenal pasti premis di negeri itu yang beroperasi tanpa lesen serta membantu pemilik memenuhi syarat pelesenan. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Sebahagian pengusaha penginapan pelancong di Terengganu masih belum mendaftar dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) kerana tidak mempunyai lesen operasi premis daripada pihak berkuasa tempatan (PBT), kata exco negeri itu
Exco Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Terengganu Razali Idris berkata kurangnya kefahaman tentang kepentingan dan kewajipan pendaftaran dengan Motac turut menyumbang kepada masalah tersebut.
“Antara faktor utama ialah ketiadaan kelulusan lesen operasi daripada PBT, iaitu syarat asas sebelum pendaftaran dengan Motac boleh dibuat.
“Ada juga bangunan yang sudah mempunyai kelulusan pembangunan tetapi belum memperoleh Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC),” katanya kepada FMT.
Razali yang juga Adun Kijal menegaskan premis penginapan pelancong yang beroperasi tanpa lesen PBT adalah menyalahi peraturan dan boleh dikenakan tindakan.
“PBT kini sedang melaksanakan proses pemutihan untuk mengenal pasti premis yang beroperasi tanpa lesen serta membantu pemilik memenuhi syarat pelesenan,” katanya.
Beliau berkata kerajaan negeri dan Motac sedang mempergiat advokasi serta program kesedaran bagi memastikan pengusaha memahami manfaat dan tanggungjawab pendaftaran, termasuk aspek keselamatan, kualiti perkhidmatan dan imej pelancongan negeri.
“Pendekatan ini juga memberi ruang kepada pengusaha untuk melengkapkan permohonan lesen.
“Bagi premis dikesan beroperasi tanpa lesen, PBT akan mengeluarkan notis pematuhan dan meminta pemilik mengemukakan permohonan dalam tempoh ditetapkan serta menyelesaikan isu ketidakpatuhan,” katanya.
Razali berkata kerajaan negeri menyokong usaha Motac memastikan semua premis penginapan beroperasi secara sah dan mematuhi peraturan.
Menurutnya, proses pendaftaran dengan Motac adalah mudah dan tidak membebankan, dengan fi keseluruhan hanya RM70.
Sebelum ini, Pengarah Motac Terengganu, Mazshidal Roslal, menyeru semua pengusaha penginapan pelancong mendaftar bagi mengelakkan tindakan.
Setakat ini, 181 hotel dan resort di Terengganu telah berdaftar hasil program kesedaran yang dijalankan secara berterusan. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2025/12/tiada-lesen-pbt-punca-penginapan-tak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Talks To Resolve Felda Land Dispute In Terengganu Have Begun Says Exco

Talks To Resolve Felda Land Dispute In Terengganu Have Begun Says Exco

papar berkaitan - pada 6/12/2025 - jumlah : 177 hits
Recently the state government issued notices prohibiting trespass on Felda operated land across 10 plantations Terengganu exco Azman Ibrahim said the state government is pursuing a peaceful resolution to the matter and emphasised that succe...
Kenderaan Berat Dilarang Lalu Jambatan Angkat Kuala Terengganu Mulai 2026

Kenderaan Berat Dilarang Lalu Jambatan Angkat Kuala Terengganu Mulai 2026

papar berkaitan - pada 16/12/2025 - jumlah : 130 hits
Kenderaan Berat Dilarang Lalu Jambatan Angkat Kuala Terengganu Mulai 2026 Penguatkuasaan palang penghadang dengan had ketinggian 3 5 meter serta had muatan kenderaan BTM BDM lima tan di laluan masuk dan keluar Jambatan Angkat Kuala Terengga...
Shame And Sympathy Keep Kedah Women From Reporting Abuse Says Exco

Shame And Sympathy Keep Kedah Women From Reporting Abuse Says Exco

papar berkaitan - pada 6/12/2025 - jumlah : 168 hits
State Welfare Women Family Community and Unity Committee chairman Datuk Halimaton Shaadiah Saad at the launch of the Orange the World programme at Alor Star Tower yesterday NSTP NOORAZURA ABDUL RAHMANALOR STAR Women in Kedah have been told ...
Terengganu Remaja 16 Tahun Lahirkan Anak Hasil Sumbang Mahram Buang Bayi Di Belakang Rumah

Terengganu Remaja 16 Tahun Lahirkan Anak Hasil Sumbang Mahram Buang Bayi Di Belakang Rumah

papar berkaitan - pada 15/12/2025 - jumlah : 155 hits
Nurul Fatihah Sulainiam hmetro com myBAYI lelaki yang masih hidup ditemukan di belakang sebuah rumah di Kampung Raja Besut di sini petang semalam FOTO tularBesut Bayi lelaki yang masih hidup ditemukan di belakang sebuah rumah di Kampung Raj...
Thunderstorms Heavy Rain Expected In Terengganu And Pahang

Thunderstorms Heavy Rain Expected In Terengganu And Pahang

papar berkaitan - pada 13/12/2025 - jumlah : 128 hits
PETALING JAYA The Malaysian Meteorological Department has issued a warning of thunderstorms heavy rain and strong winds across Terengganu and Pahang effective until 1pm on Saturday MetMalaysia in a statement said the severe weather is expec...
Kerajaan Melanjutkan Tempoh Remedi Tanah Felda Terengganu Hingga Januari 2026

Kerajaan Melanjutkan Tempoh Remedi Tanah Felda Terengganu Hingga Januari 2026

papar berkaitan - pada 11/12/2025 - jumlah : 130 hits
Tempoh Remedi Notis Tanah FELDA di Terengganu Dilanjutkan Hingga 7 Januari 2026 untuk Ruang Perbincangan KUALA LUMPUR Tempoh remedi bagi notis yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri Terengganu di bawah Seksyen 425 Kanun Tanah Negara kini dil...
Cuti Terengganu 2026 Hari Kelepasan Am Cuti Sekolah

Cuti Terengganu 2026 Hari Kelepasan Am Cuti Sekolah

papar berkaitan - pada 11/12/2025 - jumlah : 168 hits
Selain di peringkat persekutuan setiap negeri mempunyai cuti umumnya tersendiri meliputi hari kelepasan am dan juga cuti sekolah termasuklah di Negeri Terengganu Berikut merupakan cuti umum Terengganu 2025 Cuti Di Terengganu 2026 Berikut ad...
Tiga Warganegara Indonesia Diselamatkan Daripada Bot Tunda Yang Terapung Di Luar Pantai Terengganu

Tiga Warganegara Indonesia Diselamatkan Daripada Bot Tunda Yang Terapung Di Luar Pantai Terengganu

papar berkaitan - pada 15/12/2025 - jumlah : 121 hits
Tiga lelaki diselamatkan dari sebuah kapal tunda yang hanyut di Pantai Batu Rakit semua enam anggota kru selamat dan majikan mereka akan mengatur perjalanan pulang KUALA TERENGGANU Tiga warganegara Indonesia telah diselamatkan dari sebuah k...
Pokok Cili Pelangi

The No Fluff Guide To Local Seo In Parker What Moves Rankings And What Wastes Money

Lebihan Dagangan Malaysia Merosot Drastik 58 8 Pada November 2025 Implikasi Ekonomi Dan Tindak Balas

Tragedi Serpentina Kisah Karl Patterson Schmidt Dan Satu Gigitan Fatal

Budi95 Jimat Rm800 Juta Sebulan Ke Mana Perginya Pm Anwar

Napoleon S Defeat At Waterloo The End Of An Era

Najib S Family Supporters Gather For Prayers Ahead Of House Arrest Decision

Analisis Dan Sorotan Perlawanan Liga Wanita Nasional 2025 Hari Ini


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Kanak Kanak Lemas Dalam Tali Air Ketika Mencari Ikanl

Shafee Najib To Appeal After High Court Rejects House Arrest Bid

Siti Kasim Urges Halal Biz Affected By Christmas D Cor Ban To File Legal Suit Against State Islamic Council

High Tea Murid Tahun 6 Di Skkbsr Dengan Tema Denim Yang Memukau

Percutian Inverness Scotland Day 1

Buasir Otak Tv Roblox Ambil Lesen Belajar Memandu Live