Tiada Lagi Saman Pelitup Muka Di Tempat Awam


Tiada lagi saman dikeluarkan terhadap mana-mana individu yang tidak mengenakan pelitup muka di tempat awam susulan pengumuman baru-baru ini.
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali berkata pemakaian pelitup muka di dalam bangunan kini adalah atas pilihan individu yang telah berkuat kuasa minggu lepas.
Tiada Lagi Saman Pelitup Muka “Kerajaan tidak kenakan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan tidak akan saman sesiapa lagi.
“Rakyat sudah biasa dan faham tentang kesihatan awam ini dan hampir kepada kehidupan seperti biasa malah sosial dan ekonomi juga telah dibuka dan perkumpulan sudah dibenarkan.
“Jadi kita perlu menjaga diri sendiri dan mengamalkan norma baharu termasuk memakai pelitup muka sekiranya mempunyai simptom Covid-19 dan mengasingkan diri sendiri selain membuat laporan dalam aplikasi MySejahtera,” katanya.
Ahli Parlimen Bagan Serai itu berkata demikian pada sidang media sempena Perbincangan Meja Bulat Yayasan Pulau Orang Utan Bukit Merah (YPOUBM) yang turut dihadiri Ahli Pemegang Amanah yayasan itu Prof Emeritus Datuk Dr. Abdul Latif Mohamad di sini hari ini.
Dr. Noor Azmi berkata orang ramai bagaimanapun digalakkan memakai pelitup muka di tempat sesak dan pemakaian diwajibkan ketika menaiki pengangkutan awam atau berada di fasiliti kesihatan.
Pada 7 Sept lepas, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin mengumumkan Kementerian Kesihatan (KKM) menetapkan pemakaian pelitup muka di dalam bangunan kini adalah atas pilihan individu namun pemilik premis boleh menentukan sama ada pengunjung wajib memakai pelitup muka atau sebaliknya.
Dalam pada itu, beliau berkata Malaysia sedang menunggu pengisytiharan untuk negara ini memasuki fasa endemik Covid-19 kerana sudah merekodkan jumlah jangkitan kes yang rendah dalam kalangan komuniti ketika ini.
Menurutnya, pengisytiharan itu bergantung kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang menentukan status fasa endemik sesebuah negara.
“Kita memasuki fasa peralihan ke endemik sebelum ini disebabkan masih ada kes Covid-19 yang dilaporkan dan ada perkara kita masih kena jaga dan kawal,” katanya.
SOP Baharu Pelitup Muka (Berkuatkuasa 7 September 2022) Pemakaian pelitup muka masih DIWAJIBKAN bagi situasi berikut:
Kes positif COVID-19;Menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam seperti bas, kereta api, teksi termasuk perkhidmatan e-hailing, kapal terbang serta bas, van pekerja dan van sekolah; danSemasa berada di fasiliti kesihatan seperti hospital, klinik, rumah penjagaan, pusat hemodialisis, dan yang setara dengannya Rujuk SOP penuh : SOP Terkini Pelitup Muka Di Tempat Awam & Sekolah KPM
Bagaimana Mengurangkan Risiko Jangkitan COVID-19 Pemakaian pelitup muka kini merupakan pilihan kecuali untuk situasi tertentu seperti dalam pengangkutan awam dan di kemudahan penjagaan kesihatan.
Namun, virus yang menyebabkan COVID-19 masih berada di sekeliling kita.
Berikut adalah beberapa langkah yang boleh anda ambil untuk mengurangkan risiko anda mendapat jangkitan COVID-19.
Sumber : KKM

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/tiada-lagi-saman-pelitup-muka/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=tiada-lagi-saman-pelitup-muka

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Terkini Pelitup Muka Di Tempat Tertutup Tidak Lagi Diwajibkan L Ikuti Sop Terbaru Kkm

Terkini Pelitup Muka Di Tempat Tertutup Tidak Lagi Diwajibkan L Ikuti Sop Terbaru Kkm

papar berkaitan - pada 8/9/2022 - jumlah : 308 hits
Terkini Pelitup Muka Di Tempat Tertutup TIDAK LAGI DIWAJIBKAN l Ikuti SOP Terbaru KKM Berita terbaru kepada rakyat Malaysia baru sahaja sebentar tadi Dato Khairy Jamaludin membuat pengumuman terbaru mengenai SOP pemakaian pelitup muka di te...
Sop Terkini Pelitup Muka Akan Diumum Rabu Ini Kj

Sop Terkini Pelitup Muka Akan Diumum Rabu Ini Kj

papar berkaitan - pada 4/9/2022 - jumlah : 264 hits
KELONGGARAN SOP PELITUP MUKA DI TEMPAT AWAM Kementerian Kesihatan Khairy Jamaluddin akan membuat pengumuman mengenai ketetapan baharu pemakaian pelitup muka selewat lewatnya Rabu ini 7 September 2022 Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berk...
Pemakaian Pelitup Muka Di Ruang Tertutup Akan Dimansuhkan

Pemakaian Pelitup Muka Di Ruang Tertutup Akan Dimansuhkan

papar berkaitan - pada 1/9/2022 - jumlah : 192 hits
Pemakaian Pelitup Muka Di Ruang Tertutup Akan Dimansuhkan Persatuan Perubatan Malaysia mengesyorkan kepada kerajaan untuk mengkaji semula prosedur operasi standard penggunaan pelitup muka di ruang tertutup susulan amalan yang semakin mening...
The Colours Of Life Kenyataan Media Pemakaian Pelitup Muka Di Premis Institusi Pendidikan

The Colours Of Life Kenyataan Media Pemakaian Pelitup Muka Di Premis Institusi Pendidikan

papar berkaitan - pada 11/9/2022 - jumlah : 276 hits
The Colours of Life Kenyataan media berkaitan Semakan Semula Keperluan Pemakaian Pelitup Muka Di Premis Institusi Pendidikan Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia SekolahkuSEJAHTERA KPMKomited KeluargaMalaysiaTeguhBersama mknaceunlimited mk...
Pemakaian Pelitup Muka Tak Lagi Diwajibkan Berkuatkuasa Serta Merta

Pemakaian Pelitup Muka Tak Lagi Diwajibkan Berkuatkuasa Serta Merta

papar berkaitan - pada 7/9/2022 - jumlah : 215 hits
Pemakaian pelitup muka di tempat tertutup tidak lagi diwajibkan berkuat kuasa serta merta umum Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Menurutnya keputusan itu dibuat berdasarkan penilaian semasa Kementerian Kesihatan Mengulas lanjut katanya pe...
Pemakaian Pelitup Muka Atas Pilihan Atau Optional Ketetapan Baharu Pelitup Muka

Pemakaian Pelitup Muka Atas Pilihan Atau Optional Ketetapan Baharu Pelitup Muka

papar berkaitan - pada 7/9/2022 - jumlah : 282 hits
Sejak dari 1 Mei 2022 yang lepas pemakaian pelitup muka atau mask hanya diwajibkan apabila berada di dalam bangunan kawasan tertutup dan ketika berada dalam pengangkutan awam termasuk perkhidmatan e hailing Pada 7 September 2022 Menteri Kes...
Kpm Tak Wajibkan Pemakaian Pelitup Muka Di Sekolah Dr Radzi Jidin

Kpm Tak Wajibkan Pemakaian Pelitup Muka Di Sekolah Dr Radzi Jidin

papar berkaitan - pada 10/9/2022 - jumlah : 284 hits
Kementerian Pendidikan tidak mewajibkan pemakaian pelitup muka sama ada di dalam atau luar bangunan kawasan sekolah Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Mohd Radzi Jidin berkata pemakaian pelitup muka di kawasan sekolah pada ketika ini adalah ...
Maklumbalas Terhadap Sop Pemakaian Pelitup Muka

Maklumbalas Terhadap Sop Pemakaian Pelitup Muka

papar berkaitan - pada 9/9/2022 - jumlah : 261 hits
MAKLUMBALAS TERHADAP SOP PEMAKAIAN PELITUP MUKA Semalam Menteri Kesihatan Malaysia YB Khairy Jamaluddin telah mengumumkan prosedur terkini pemakaian pelitup muka Ringkasan saya ambil dari website Buletin TV3 seperti berikut Ringkasan SOP Pe...
Sop Pemakaian Pelitup Muka Mulai 7 September 2022

Sop Pemakaian Pelitup Muka Mulai 7 September 2022

papar berkaitan - pada 8/9/2022 - jumlah : 340 hits
SOP Pemakaian Pelitup Muka Mulai 7 September 2022 Pelitupmuka Mask facemask
Jasa Layanan Pengurusan Sertifikat Halal Untuk Dapur Mbg Di Kalimantan Barat

Murtabak Kulit Popia

Cara Hidup Suami Isteri Di Akhir Zaman Dengan Tenang Dan Diredhai Allah

Minuman Jambu Air Power Ni Memang Refresh Tak Terkata Sesuai Sangat Untuk Cuaca Panas

Renaming Port Dickson A Historical Identity That Should Not Be Erased

Petrol Bahas Diparlimen Atau Warung Ngopi Kampung

Bully Victim Began Drawing Strange Monsters Cut Herself Says Mother The Vibes 23 09 2025

Health Ministry Targets Vape E Cigarette Ban By Mid 2026


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Syarikat Design Printing Malaysia Custom Packaging Marketing Event Material

Storytelling Is Key To Marketing

Roti Pandan Garlic

Saya Tidak Mahu Filem Komedi Ammar Ahyan Luah Hasrat Mahu Jadi Pelakon Aksi Jadikan Sharnaaz Ahmad Sebagai Inspirasi

Sekutu Trump Akan Menguasai Tiktok Versi As

Lebai Pas Adun Adun Sungai Ramal Mohon Maaf Tanpa Syarat Pada Ahli Parlimen Dap