Tiada Lagi Pelancong Mengunjung Peniaga Pasar Seni Rindu Hari Tanpa Pandemik


Farhira Farudin Ada yang masih yakin untuk teruskan perniagaan namun lebih ramai anggap pandemik ranapkan segalanya.

Peniaga di Pasar Seni kini berdepan kesukaran kerana pengunjung terus berkurang akibat pandemik Covid-19. Setahun yang lalu, pelancong memenuhi kawasan Pasar Seni di Kuala Lumpur, mereka berjalan-jalan, meneroka dan membeli-belah di ibu negara yang meriah dengan kesibukannya, dan ceria dengan dengan bunyian kehidupannya.
Peniaga-peniaga berdiri di gerai sambil memanggil orang yang lalu lalang menawarkan barangan yang dijual mereka di sekitar bangunan Central Market atau Pasar Seni – bangunan yang terkenal dengan nilai sejarah dan hasil kraftangan dengan harga yang berpatutan.
Namun pelancong sudah lama tidak kelihatan, dan peniaga Pasar Seni kini hanya ditemani rakan-rakan peniaga lain di bangunan kosong besar tanpa pengunjung itu.
Kedai-kedai di situ satu persatu ditutup, mereka terpaksa tunduk kepada cabaran kewangan akibat pandemik Covid-19.
Suasana sepi Pasar Seni tanpa pengunjung dan kedai-kedai ditutup.Pengurus sebuah kedai di Pasar Seni, Andy kerkata perniagaannya telah menjunam 90% sejak perintah kawalan pergerakan (PKP) diumumkan pada Mac tahun lalu.
Andy yang menjual hadiah, cenderahati, dan perhiasan timah, memang mengharapkan pelancong asing yang ketika hampir tidak ada sejak sempadan negara ditutup awal tahun lalu dalam usaha mengekang penularan virus.
Sebelum pandemik, Andy mampu memperolehi sekurang-kurangnya RM800 sehari. Pada hujung minggu pula, jumlah itu boleh mencecah RM2,000.
Namun dengan kekurangan pelancong, Andy terpaksa berjuang untuk bertahan bagi menempuh hari-hari mendatang.
“Sekarang, empat hari buka kedai pun belum tentu ada jualan,” katanya kepada MalaysiaNow.
Menurut Andy, ketika ini pelanggannya terdiri daripada penduduk tempatan yang sudah lama tidak berkunjung ke bangunan itu.
“Mereka datang kerana nostalgia,” katanya.
Bangunan Pasar Seni memiliki nilai sejarah yang panjang di Kuala Lumpur.Andy juga menambah, dia terpaksa memberhentikan pekerja kerana tidak lagi mampu membayar gaji mereka.
Seorang lagi peniaga, Rosnah, menghabiskan harinya hanya dengan duduk di hadapan kedai yang terletak di Lorong Melayu.
Kedai menjual cenderamata menampilkan mercu tanda tempatan itu dilihat menyerlah di tengah banyak kedai yang tertutup di sekelilingnya.
Katanya, Ketika PKP dilonggarkan dan kawasan pelancongan dibenarkan beroperasi semula, dia berharap perniagaan akan mula berubah dengan penambahan jualan.
Sebaliknya, dia masih merasa sukar untuk terus bertahan, walaupun jumlah sewa dikurangkan pihak pengurusan bangunan.
“Saya tidak dapat apa-apa sekarang,” katanya.
“Walaupun sewa dikurangkan, perniagaan saya masih bergelut.”
Seperti Andy, dia terpaksa melepaskan pekerja kerana wang yang dihasilkan kedainya tidak cukup untuk membayar gaji walaupun untuk dirinya sendiri.
“Saya terpaksa mengeluarkan simpanan saya untuk bayar sewa,” tambahnya.
Selepas penurunan pelancong asing, Rosnah berusaha menjual lebih banyak produk tempatan dengan harapan dapat menarik penduduk Malaysia ke kedainya.
Strategi itu bagaimanapun tidak berjaya.
“Selagi sempadan ditutup, masalah kita akan berlanjutan,” katanya.
“Walaupun saya jual produk tempatan, saya hanya dapat jualan paling banyak, RM20 sehari.”
Hampir setiap peniaga di Pasar Seni yang ditemui MalaysiaNow menceritakan kisah yang sama.
Termasuk Nita yang sudah berniaga di Lorong Cina sejak lima tahun lalu.
Kosong dan sepi, begitulah Pasar Seni ketika ini berbanding sebelum pandemik.Menurutnya, Pasar Seni semakin sepi ketika bulan puasa kerana penduduk tempatan hanya keluar membeli makanan, bukan cenderahati.
Nita pernah mengendalikan tiga kedai dengan dua rakannya. Kedua-dua mereka sudah pun berputus asa ketika ini.
Mereka hanya mampu mendapat pelanggan sekali dalam empat hari jika bernasib baik. Kini, salah satu kedainya ditutup dan Nita berusaha untuk menguruskan dua lagi kedainya.
“Ketika kami uruskan tiga kedai, kami dapat hasilkan RM50,000 sebulan,” katanya.
“Namun pada masa ini, kami sampai pada tahap kaunter tunai pun seminggu tak dibuka.”
Sekiranya wabak itu berlanjutan selama setahun lagi, Nita berkata kedai-kedainya yang lain juga akan turut gulung tikar.
“Perniagaan kami hampir tidak dapat bertahan sekarang. Jika pandemik berlanjutan, saya katakan kami tak akan dapat bertahan.”
Beberapa peniaga lain seperti Andy bagaimanapun masih optimis.
Walaupun jualannya tidak memuaskan, dia berkata wabak itu bukan alasan untuk menutup kedai. Dia memberitahu MalaysiaNow bahawa dia yakin peluang akan datang jika dia bersikap terbuka.
“Rasanya tidak ada akhirnya Covid-19 ini.
“Tetapi saya selalu percaya kita harus berdisiplin sehingga peluang datang kepada kita,” jelasnya.
Bagaimanapun, kesemua mereka bersetuju dengan Nita bahawa “Covid-19 benar-benar mengubah keadaan di sini.”


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/04/tiada-lagi-pelancong-mengunjung-peniaga.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penutupan Pasar Malam Di Kk Pendapatan Peniaga Kembali Terjejas

Penutupan Pasar Malam Di Kk Pendapatan Peniaga Kembali Terjejas

papar berkaitan - pada 19/4/2021 - jumlah : 276 hits
April 19 2021Pasar malam pantai Tanjung Aru 1 melaksanakan SOP ketat bagi mencegah penularan wabak Covid 19 KOTA KINABALU Peniaga pasar malam di sekitar bandar raya ini berharap pihak berkuasa terutama Dewan Bandaraya Kota Kinabalu membenar...
Hari Pasar Di Kelantan

Hari Pasar Di Kelantan

papar berkaitan - pada 21/4/2021 - jumlah : 372 hits
Harun A Bakar menerapkan teknik pointilisme iaitu titik titik warna yang kecil digunakan dalam karya ini Langit biru dan pemandangan cerah menunjukkan suasana pagi yang meriah Orang ramai sibuk ke sana sini di dalam pasar berpakaian warna w...
Hiburan Hari Hari Aku Menangis Sajjad Kamaruz Zaman Rindu Teringatkan Anak Anak Di Rumah

Hiburan Hari Hari Aku Menangis Sajjad Kamaruz Zaman Rindu Teringatkan Anak Anak Di Rumah

papar berkaitan - pada 26/4/2021 - jumlah : 333 hits
Usahawan terkenal Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman 36 yang lebih dikenali sebagai Nur Sajat meluahkan rasa rindu terhadap dua orang anak angkatnya iaitu Syaza dan Syahmi Luahan tersebut dizahirkan Sajat menerusi sebuah entri di Instagram Story...
Wapres Hari Konsumen Nasional Jadi Momentum Peningkatan Pemahaman Hak Dan Kewajiban

Wapres Hari Konsumen Nasional Jadi Momentum Peningkatan Pemahaman Hak Dan Kewajiban

papar berkaitan - pada 20/4/2021 - jumlah : 189 hits
Hari konsumen nasional merupakan momentum peningkatan pemahaman hak dan kewajiban konsumen peningkatan kecerdasan dan kemandirian konsumen serta nasionalisme pada produk buatan dalam negeri
Eks Mensos Juliari Batubara Jalani Sidang Perdana Perkara Bansos Covid 19 Hari Ini

Eks Mensos Juliari Batubara Jalani Sidang Perdana Perkara Bansos Covid 19 Hari Ini

papar berkaitan - pada 21/4/2021 - jumlah : 317 hits
Mantan Menteri Sosial Juliari Peter Batubara dijadwalkan menjalani sidang perdana pada hari ini Rabu Tim Jaksa Penuntut Umum pada Komisi Pemberantasan Korupsi akan membacakan dakwaan terhadapnya di Pengadilan Tipikor Jakarta Pusat
3 Held As 2 More Hari Raya Themed Online Gambling Videos Surface

3 Held As 2 More Hari Raya Themed Online Gambling Videos Surface

papar berkaitan - pada 20/4/2021 - jumlah : 293 hits
A screenshot from one of the Hari Raya themed videos that surfaced last week KUALA LUMPUR Two women and a man have been arrested in connection with two more Hari Raya themed videos promoting online gambling activities Dang Wangi district po...
Lagi Dua Hari Harga Ayam Tak Boleh Lebih Rm7 90 Sekilo

Lagi Dua Hari Harga Ayam Tak Boleh Lebih Rm7 90 Sekilo

papar berkaitan - pada 20/4/2021 - jumlah : 280 hits
Oleh IKUTKAN peniaga harga ayam peringkat borong naik sedikit demi sedkit contohnya hari ini 20 sen dan lusa pula 30 sen Begitulah senarionya sejak beberapa hari sebelum puasa hinggalah harga runcit ayam standard kini mencecah melebihi RM9 ...
P0lis Umumkan Hari Apa Yang Boleh Rentas Negeri Dan Hari Apa Yang Tidak Boleh

P0lis Umumkan Hari Apa Yang Boleh Rentas Negeri Dan Hari Apa Yang Tidak Boleh

papar berkaitan - pada 20/4/2021 - jumlah : 391 hits
KUALA LUMPUR P00lis Diraja Malaysia malam ini men gesahkan per gerakan ren tas negeri yang diluluskan hanya dibenarkan pada hari Isnin hingga Khamis sahaja Tim balan Ketua P0lis Negara Datuk Seri Ac ryl Sa ni Abdullah Sani berkata ia sebaha...
Ikan Terubuk Masin Masak Sambal Cili Api

Malaysia Turkiye Mampu Cabar Naratif Pro Israel Kata Penganalisis

Firearms Possession And Regulations In Malaysia Public Safety Must Remain A Priority

Patung Dewa Murugan Tertinggi Di Dunia Terletak Di Batu Caves

Bukan Masanya Untuk Mengajar Mereka Berenang

Ditahan Isa Kerana Mahu Serang Orang Islam

Lirik Lagu Perayaan Mati Rasa Umay Shahab Feat Natania Karin

Setia Alam Shooter Opens Fire On Janitor After Request To Relocate His Belongings


echo '';
Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia


Readers Poll 2024 Winners Announced Practical Fishkeeping

Persiapan Sekolah Dan Perbelanjaan Asrama 2025

180 Video Belajar Iqro 1 6 Dari Yufid Tv

Sedekad Ketiadaan Tokguruku Nik Aziz

Relationship 4 Horsemen Overcoming The Four Horsemen

Skill Issue Memes The Power Of Skill Based Memes