Lagi Dua Hari Harga Ayam Tak Boleh Lebih Rm7 90 Sekilo


Oleh Herman Hamid
IKUTKAN peniaga, harga ayam peringkat borong naik sedikit demi sedkit, contohnya hari ini 20 sen dan lusa pula 30 sen.
Begitulah senarionya sejak beberapa hari sebelum puasa hinggalah harga runcit ayam standard kini mencecah melebihi RM9 sekilo.
Malah ada media melaporkan yang ayam standard dijual hampir RM10 sekilo akibat peningkatan harga di peringkat pembekal.
Namun, bermula Rabu ini, harga ayam standard di Semenanjung ditetapkan pada RM7.90 sekilo manakala ayam super RM8.70 sekilo.
Ini sulan tindakan proaktif Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) melaksanakan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Puasa (SHMMP) 2021.
Pelaksanaan ini dilaksanakan 22 hari sebelum Aidilfitri sehinggalah seminggu selepasnya.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, dengan ini tiada lagi alasan di pihak peniaga untuk menjual melebihi harga ditetapkan.
ALEXANDER NANTA LINGGI Katanya, perundingan telah pun dijalankan di peringkat ladang dengan pengusaha bersetuju menurunkan harga jualan mereka sekali gus memboleh harga runcit turun seperti mana ditetapkan.
“Nak jual lebih murah daripada ditetap, silakan, kami berterima kasih.
“Namun kalau lebih, mereka boleh diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.
“Pengguna juga diseru mengemukakan aduan jika terdapat peniaga yang ingkar mematuhi SHMMP 2021,” katanya dalam sidang akhbar di Putrajaya hari ini.
Tambah Alexander, selain ayam, turut termasuk dalam SHMMP antaranya telur ayam, daging serta hasil laut seperti ikan tongkol, selayang, kembung dan mabung.
Katanya, SHMMP itu dilaksanakan sebagai langkah menyekat kenaikan harga keperluan ketika Ramadan dan menjelang Aidilfitri.
“Jumlah barangan akan ditambah dari semasa ke semasa menjelang Aidilfitri dan dijangka lebih 20 barangan utama akan diumumkan.
“Pengumuman 12 barangan ini adalah susulan berlaku peningkatan harga mendadak sejak kebelakangan ini,” katanya.
Beliau berharap skim berkenaan akan memberi mesej kepada pengeluar, pemborong dan peruncit, selain menegaskan kerajaan mempunyai kuasa di bawah akta terbabit dan boleh melaksanakan kawalan harga demi kepentingan rakyat.
“Jika peniaga sengaja menaikkan harga tanpa alasan munasabah dengan niat membuat keuntungan berlebihan, KPDNHEP boleh bertindak bawah akta yang dinyatakan.
“Notis di bawah Seksyen 21 akta berkenaan turut dikeluarkan dan dikuatkuasakan dengan tegas terhadap mana-mana pihak yang didapati menaikkan harga secara mendadak.
“Ingin diingatkan tindakan tegas akan diambil terhadap peniaga yang gagal mematuhi peraturan bawah skim ini,” jelasnya.

Bagi kesalahan menjual barangan harga terkawal melebihi harga maksimum, katanya, individu terbabit boleh didenda sehingga RM100,000 atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya atau dikompaun sehingga RM50,000.
Alexander berkata, pihak syarikat yang melakukan kesalahan berkenaan boleh didenda sehingga RM500,000 atau dikompaun sehingga RM250,000.
“Kegagalan meletakkan tanda harga berwarna merah jambu bagi barangan harga terkawal terbabit menyebabkan pihak terbabit didenda sehingga RM10,000 atau dikompaun sehingga RM5,000 manakala syarikat boleh didenda sehingga RM20,000 atau dikompaun sehingga RM10,000,” katanya.
Bagi mengatasi masalah kenaikan harga barang, beliau berkata, KPDNHEP akan menempatkan pegawai penguat kuasa di lokasi tumpuan bagi menjalankan pemeriksaan dan pemantauan.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/04/oleh-herman-hamid-ikutkan-peniaga-harga.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Suspek Utama Dua Video Judi Raya Direman 4 Hari

Suspek Utama Dua Video Judi Raya Direman 4 Hari

papar berkaitan - pada 20/4/2021 - jumlah : 360 hits
113 total views 113 views today Suspek utama penghasilan video raya yang mempromosikan judi dalam talian direman selama empat hari sehingga Khamis ini bagi membantu siasatan Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohamad Zainal Abdullah berkata ...
Harga Ayam Barang Keperluan Melambung Kenapa Tidak Laksana Skim Harga Maksimum Perayaan

Harga Ayam Barang Keperluan Melambung Kenapa Tidak Laksana Skim Harga Maksimum Perayaan

papar berkaitan - pada 19/4/2021 - jumlah : 252 hits
Kenaikan mendadak harga sumber protein penting buat rakyat Malaysia ayam segar sehingga RM9 00 sekilogram dan barangan keperluan lain amat membebankan pengguna Hal itu menyebabkan rakyat tertanya tanya bagaimanakah Kerajaan Pakatan Harapan ...
Lebih 1 1 Juta Penduduk Terima Dua Dos Vaksin Covid 19

Lebih 1 1 Juta Penduduk Terima Dua Dos Vaksin Covid 19

papar berkaitan - pada 19/4/2021 - jumlah : 314 hits
Seramai 1 144 841 penduduk negara ini telah menerima suntikan pertama dan kedua vaksin Covid 19 sehingga semalam Menurut Badan Bertindak Imunisasi Covid 19 daripada jumlah itu 701 812 individu telah menerima suntikan pertama vaksin manakala...
Waktu Hamil Kena Minum Susu Boleh Bantu Perkembangan Janin Lebih Baik

Waktu Hamil Kena Minum Susu Boleh Bantu Perkembangan Janin Lebih Baik

papar berkaitan - pada 16/4/2021 - jumlah : 430 hits
Saat diri disahkan hamil setiap wanita pasti merasa bahagia Indahnya perasaan apabila mengetahui bakal mendapat cahaya mata Tentunya kita mahukan yang terbaik sepanjang proses kehamilan ini Sewaktu hamil amat penting untuk ibu mendapat nutr...
Resipi Paprik Ayam Ni Simple Je Tapi Rasa Lebih Sedap Dari Kedai Siam

Resipi Paprik Ayam Ni Simple Je Tapi Rasa Lebih Sedap Dari Kedai Siam

papar berkaitan - pada 27/4/2021 - jumlah : 345 hits
Paprik Ayam ni jika dibeli di kedai kadang kala banyak sayur dari isi ayamnya Harga pun boleh tahan mahal Bagi yang menggemari menu ini bolehlah cuba masak sendiri menggunakan resipi yang dikongsi oleh saudari Khas Fena Resipi yang cukup mu...
Kenaikan Harga Ayam Bukan Akibat Kekurangan Bekalan Sim Tze Tzin

Kenaikan Harga Ayam Bukan Akibat Kekurangan Bekalan Sim Tze Tzin

papar berkaitan - pada 21/4/2021 - jumlah : 421 hits
Kenaikan harga ayam bulat di pasaran tidak semestinya akibat kekurangan bekalan sehingga memerlukan permit import dikeluarkan kepada pembekal ayam tertentu untuk membawa masuk ayam dari luar negara Menurut Jurucakap Parlimen bagi Pertanian ...
Kongsi Rezeki Penternak Akur Harga Maksimum Ayam

Kongsi Rezeki Penternak Akur Harga Maksimum Ayam

papar berkaitan - pada 21/4/2021 - jumlah : 334 hits
Penternak ayam akur keputusan kerajaan untuk menetapkan ayam di bawah Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Puasa selama 30 hari bermula esok Foto fail NSTP KUALA LUMPUR Penternak ayam akur keputusan kerajaan untuk menetapkan ayam di...
Yang Naik Harga Ayam Segar Kenapa Komen Ayam Beku

Yang Naik Harga Ayam Segar Kenapa Komen Ayam Beku

papar berkaitan - pada 20/4/2021 - jumlah : 279 hits
Menteri KPDNHEP yang muncul semalam dengan senarai panjang usaha dilakukan oleh kementeriannya untuk membendung kenaikan harga barang tidak membantu menurunkan harga Tambah malang menteri tersebut memberi contoh harga ayam beku sedangkan ya...
Harga Ayam Naik Kpdnhep Johor Keluarkan 26 Notis

Harga Ayam Naik Kpdnhep Johor Keluarkan 26 Notis

papar berkaitan - pada 18/4/2021 - jumlah : 307 hits
Gambar hiasan Foto fail NSTP JOHOR BAHRU Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Johor mengeluarkan 26 notis susulan kenaikan harga ayam dan daging bagi tempoh lima hari sejak awal Ramadan Selasa lalu Pengerusi Jawatanku...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord

Kah Kah Kah Dia Punya Ampu Anwar Level Dewa Hahahaha

Wet World Pedas Adventure Park Harga Tiket Waktu Operasi Dan Lokasi

Jpjebid Mobile Cara Muat Turan Daftar Aplikasi

Roti Jala Klasik Cicah Kari Tulang