Tiada Lagi Masalah Hilang Barang Dengan Tag La
Assalammualaikum
Apa barang korang yang selalu saja hilang dan tak dapat dikesan? Punca hilang ini kadang sebab terlupa letak dekat mana, tercicir atau ada yang menyeluk poket korang tanpa disedari. Kalau dekat rumah Mellya benda yang paling kerap hilang ialah Kunci Kereta dan Kunci Rumah. Haha Kalau hilang salah satu kunci ini mesti riuh satu rumah. Jadi bila Mellya ternampak posting mengenai TAG La , sejenis gajet yang mampu mengesan barang dalam beberapa saat menggunakan Bluetooth. Menarik bukan? Untuk mengelakkan riuh rendah di rumah gara-gara kunci lagi, Mellya ingat nak cuba TAG La.
TAG La Technology Sdn Bhd ialah sebuah syarikat tempatan berasaskan teknologi interaktif yang mengeluarkan produk atau gajet sesuai untuk kegunaan harian. Tag La – Bluetooth Tracker merupakan salah satu produk terbaru yang dicipta untuk mengesan barang yang hilang dalam beberapa saat saja.
Cara menggunakannya sangat lah mudah. Pertamanya korang perlu download aplikasi TAG La di Google Play atau App Store seperti di bawah. Pastikan fungsi Bluetooth dan Servis Lokasi di phone korang diaktifkan dan click “Continue”. Kemudian daftar akaun dan “Sign In”.
Selepas itu, pastikan screen phone anda akan memaparkan ruangan untuk menambah TAG La . Tekan butang (+) dan “Card Picker” akan terpapar. Pilih barang yang korang ingin pasangkan dengan tracker TAG La itu tadi. Macam Mellya, Mellya pilih kunci.
Kemudian aktifkan TAG La dengan menekan butang di sebelah kiri selama 3 saat sehingga bunyi Beep. Bila on, TAG La akan secara auto ditambah ke dalam apps TAG La . Sekiranya warna kuning, bermakna Bluetooth berfungsi dan TAG La sedang berhubung dengan aplikasi tersebut.
Kecil dan mudah dibawa, Cuma perlu pasang pada kunci seperti keychain.
Jadi kalau hilang, korang Cuma pilih TAG La yang hendak dicari. Click “Find Me”. Dan bila TAG La berbunyi dan kunci dah dapat dikesan, click button “Stop” untuk menghentikan bunyi Beep.
Untuk melihat lokasi terakhir barang korang yang hilang, click button “location” seperti yang tertera dibawah. Yang lebih menarik, korang juga boleh menggunakan “Community Search” jika barang tersebut tiada di kawasan berdekatan korang. Untuk menggunakan “Crowd GPS” pastikan fungsi “Community Search’ diaktifkan.
Apabila barang tersebut hilang dari radar, icon tersebut akan bertukar menjadi warna kelabu. Click “Ask for help” untuk mengumpulkan semua pengguna TAG La bagi mengesan barang tersebut. Apabila seseorang mengesan barang tersebut korang akan menerima notifikasi. Korang nak tahu yang lagi bestnya, Mellya juga boleh mengesan handphone Mellya menggunakan TAG La. Tekan button TAG La dua kali untuk bunyikan handphone walaupun tengah silent mode! Nak tahu lebih lanjut tentang cara penggunaan TAG La , boleh lihat disi >> : https://tagla.com.my/tag-la-device-to-tag-la-app/
Mudah bukan? Mellya rasa TAG La Bluetooth Tracker ni sangat memudahkan urusan Mellya yang kadang-kadang agak pelupa dekat mana letak kunci haha Lepas ni tak da alasan untuk hilang lagi dah sebab Mellya boleh guna TAG La untuk cari kunci kereta dan kunci rumah Mellya. Terdapat 6 pilihan warna; hitam, putih, kuning, hijau, biru, dan juga merah. Harganya cuma RM 79.90 dan korang boleh dapatkan secara online di www.tagla.com.my. Sekarang juga ada promosi; Friends Pack (3 pieces) RM169.90 (NP: RM239.70) Family Pack (6 pieces) RM329.90 (NP: RM479.40) dan pembelian RM 100 dan keatas akan mendapat servis penghantaran percuma (free shipping!). Mellya dah korang bila lagi?
Untuk maklumat lanjut;
Website: www.tagla.com.my
Facebook: www.facebook.com/taglaTM
Instagram: @taglaofficial
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://mellyacrayola.blogspot.com/2019/05/tiada-lagi-masalah-hilang-barang-dengan.html