Tiada Lagi Lekatlekit Com


TIADA LAGI LEKATLEKIT.COM.... Aku mula berblog sebenarnya sejak 2008 tapi waktu blog aku macam tak ada arah tujuan. Buat 2-3 blog lepas tu delete. 2009 aku mula ciptakan blog lekat lekit story ni. Pada awalnya banyak aku tulis berkaitan aktiviti online radio. Waktu tu aku aktif menjadi DJ untuk online radio selain cerita cerita peribadi yang tak berapa ada manafaatnya. 

2010 aku berkahwin dan mula serius dalam penulisan blog. Mula ada rentak dalam blog ni. Mula menulis isu isu semasa. Lepas tu belajar menulis review produk dan sehinggalah blog aku berjaya mendapat kepercayaan google adsense dan di beri kepercayaan berkolabrasi untuk review berbayar. 
Selain isu semasa, review produk aku juga banyak menulis kisah kisah seram dan review filem filem seram yang aku tonton. Sehingga tahun 2017.. Ujian terbesar yang aku terima bila aku di saman selepas menulis beberapa siri pendedahan berkaitan produk kosmetik. Sehinggalah 2019 baru kes saman tu selesai di mahkamah. 
Selepas 2019 memang perlahan lahan aku mula kurang menulis di blog. Bukan trauma sebab di saman. Waktu tu aku baru melahirkan anak kedua. Jadi bertambah komitmen aku membuatkan aku semakin tiada masa untuk fokus pada blog. 
2024 bila aku rasa dah tak relevan nak bayar sewa domain yang hampir setiap tahun ada kenaikan harga jadi aku buat keputusan 2024 tahun terakhir aku guna domain dot com dari netkl. Lagipun blog aku selain adsense dah tak ada sumber pendapatan lain jadi rasa tiada keperluan untuk aku menyewa domain berbayar. 
Pun macam tu aku masih sayang blog lekat lekit ni. Blog ni bagi aku terlalu istimewa. Tidak hanya menyimpan kisah suka malah blog ni telah mencipta semua bentuk kenangan. Kenangan terindah, kenangan teruji dah kenangan terbaik sepanjang aku bergelar blogger. 
Aku ciptakan blog ini adalah kerana jiwa aku yang suka menulis. Waktu aku pertama kali kenal blog aku tak tahu melalui blog boleh boleh buat menjana pendapatan. Yang aku tahu ada satu ruangan yang boleh aku tulis sesuatu dan ada orang membaca. 
Aku tak pernah menyesal menjebakan diri aku dalam penulisan blog malah sehingga hari ini aku masih mahu bergelar blogger. Aku masih mencari masa & momentum untuk kembali aktif menulis. Bukan untuk duit tapi untuk kepuasan jiwa aku sendiri. Jika ada lagi peluang menjana pendapat selepas ini aku anggap rezeki. Kalau tak ada pun tak apa sebab aku ada sumber pendapatan sampingan yang lain aku sedang buat sekarang. 
Walaupun aku kembali menggunakan domain blogspot.. Sedikitpun aku tak rasa kekurangan dari sudut apapun. Sedikitpun tidak melunturkan semangat aku untuk kembali menulis di ruangan ini. Tiada apa yang berubah dalam jiwa aku cuma masa dan tanggungjawab membataskan aktiviti aku di blog. 
Aku sayang blog lekat lekit ni kerana ia sebahagian dari jiwa aku. Semoga selepas ini ia kembali di warnai dengan pelbagai cerita seperti dulu, Insya Allah. Terima kasih pada yang masih setia membaca blog lekat lekit. Setia menyokong aku dan masih sudi berkawan dengan aku. 
Sebagai kenangan aku editkan satu video pendek tentang blog aku. Jangan lupa tengok tau! 






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://lekatlekitgurl.blogspot.com/2024/10/tiada-lagi-lekatlekitcom.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
New Reasons Prevent Pages From Being Indexed On Site Tgktvonline Blogspot Com

New Reasons Prevent Pages From Being Indexed On Site Tgktvonline Blogspot Com

papar berkaitan - pada 23/9/2024 - jumlah : 121 hits
Message type WNC 20237597 Search Console New reason preventing your pages from being indexed Search Console has identified that some pages on your site are not being indexed due to the following new
Com Domains Still On Top

Com Domains Still On Top

papar berkaitan - pada 25/9/2024 - jumlah : 123 hits
Why COM Domains Are the Best Choice for Your Business When it comes to choosing a domain name one of the most popular and well regarded options is COM domains But why are COM domains the go to choice for so many businesses and entrepreneurs...
How To Choose Com Domains

How To Choose Com Domains

papar berkaitan - pada 26/9/2024 - jumlah : 116 hits
Top Tips for Choosing the Right COM Domain Name for Your Business When you re setting up a new business choosing the right COM domain name is one of the most critical decisions you ll make Your domain is the gateway to your online presence ...
Creative Com Domain Name Ideas

Creative Com Domain Name Ideas

papar berkaitan - pada 27/9/2024 - jumlah : 170 hits
Best Creative COM Domain Name Ideas for Your Brand Finding the perfect creative COM domains can make a huge difference in how people perceive your brand A catchy memorable domain name sets the tone for your online presence and helps establi...
What Is Driving The Ringgit Rally

Diam Bukan Bermakna Kalah Atau Mengiyakan Fitnah Dewi Bakal Dedah Sesuatu Berserta Bukti

3 Sekeluarga Mengalami Detik Cemas Rumah Dimasuki Hampir 12 Orang Penyamun Berparang

Polis Buru Bekas Petinju Terkenal Pecah Masuk Rumah

Betul Ke Makan Malam Boleh Buat Kita Gemuk Fakta Atau Mitos

Vaksin Arexvy Untuk Melindungi Warga Emas Dari Penyakit Rsv Telah Diluluskan

Nikmati Keenakan Lovns Coffee Dengan Keunikan Signature Cup

Arches National Park Experiences You Haven T Tried Yet A Guide To Hidden Gems And Unique Attractions


echo '';
Mr Hiiragi s Homeroom Info Dan Sinopsis Siri Jepun Kini Diadaptasi Sebagai Drama Berepisod Malaysia Kelas Tahanan Cikgu Hiragi Di Astro Ria Sooka

5 Bukti Jelas Bagaimana Teknologi Moden Buat Kita Tak Reti Berfikir

10 Fakta Drama Berepisod Kelas Tahanan Cikgu Hiragi Adaptasi Mr Hiiragi s Homeroom Astro Ria Sooka Fakta Yang Ramai Tak Tahu

5 Isu Utama Pelajar Genius Usia Muda Masuk Universiti Awal

Resepi Sup Ayam Thai Paling Menarik dan Senang Dibuat Rasa Sekali Pasti Terpikat


Tersesat Di Kawasan Perumahan Bunian Wujudkah Kenchana

Khairul Aming Di Datangi Lembaga

Bangku Kosong All Of Us Are Dead Versi Indonesia

Tiada Lagi Lekatlekit Com

Karnival Hari Terbuka Angkatan Tentera Malaysia 2024

Takwim Akademik 2025 Dan Tarikh Cuti Sekolah Kpm 2025