Tiada Lagi Kisah Pakaian Berbakul Bakul Dan Deretan Hanger Sejak Guna Konmari Method


 Pakaian Abg Qi  sahaja sebelum kaedah KonMari, keseluruhan satu rumah menggunung!
Ya, kisah kemas rumah. Siapa suka kemas rumah setiap hari? Kalau tanya aku memang TAK LAH ! Dengan banyak aktiviti nak buat selain rutin bekerja, memasak dan jadi pemandu sana sini jemput anak sekolah mana mungkin setiap hari aku nak kerja lipat kain, terkadang tu bila sidai berjuraian hanger sana sini. Sakit mata, tapi nafsu membeli macam tak ada lagi pakaian di rumah. Marie Kondo
KonMari Method 👉 Beliau ialah Marie Kondo seorang pakar mengemas kelahiran negara Jepun paling berpengaruh termasuk serata negara memperkatakan tentangnya. Kaedah KonMari yang disampaikan melalui buku “The Life-changing Magic of Tidying Up: The Japanese Art of Decluttering and Organizing” (Keajaiban transformasi hidup melalui seni mengemas: seni penghapusan semak dan organisasi dari Jepun). Kaedah KonMari mesti dibuat mengikut aturan ini – pakaian, buku, dokumen, barang rawak serta paling akhir barangan sentimental.
Aku suka tengok kaedah KonMari ini melalui websitenya👉 KonMari sebab mudah di ikut dan beliau ajar diri kita disiplin dan menghormati rumah. 
Masalah melanda.Aku dah alami lama masalah sakit mata tengok baju berbakul-bakul, berhanger-hanger sederet-deret sampai ada kala batang besi penyangkut baju pun menyembah ke bumi. Fuhh, mulalah salahkan besi penyangkut tak kuatlah padahal baju kau sangkut berat nauzubillah. 
Entry ini mungkin tak sesuai dengan orang yang memang suka lipat baju setiap hari, suka kemas setiap hari dan tak ada kisah berbakul-bakul. Kisah ini sangat sesuai dengan orang yang mempunyai masalah dilema dalam mengurus pakaian kehidupan seharian yang tak suka lipat baju setiap hari. 
Kalau membasuh baju aku rajin, sidai baju aku rajin....tang lipat baju, buat gunung ganang dalam bakul itu aku power haha, lepas tu nak cari baju pi kenduri kah, nak pergi aktiviti luar kah mulalah aku mengali dalam bakul, sepahkan satu ruang, lepas tu kambus semula. 
Sambung basuh baju, dah kering aku campak dalam bakul. Lipat hanya 10%, selainnya semua pakaian kelemasan dalam bakul. Fuhhhhhhhhh, hakikatnya entry ini sesuai dengan orang yang ada sifat M besar dalam diri termasuk aku yang menulis ini haha. Okey jom belajar atasi masalah ini dengan Konmari method, lets tidying up!
Cara elak pakaian berbakul-bakul, berhanger-hanger sampai runtuh. 
#1 Kalau ikut Konmari, dia ajar kita dulu 'How to greet your home'. Cara dia semacam duduk di satu ruang rumah, pejam mata dan berdoa dalam hati, kita hormati rumah ini kerana ia adalah satu tempat untuk mulanya "Sparks Joy". 

Jadi kita kena pandai macam mana nak lentur diri agar diri jadi respect dengan rumah sendiri, ibarat rumah ini bernyawa dan kita bercakap dengannya setiap hari. 

#2 Nak mula dari mana? Macam juju, juju mulakan dengan dari kecil ke besar. Sebab? Nak lahirkan mood happy, mood joy, mood penyuntik kepada joy seterusnya. Aku mulakan dengan pakaian Abg Qi, suami dan akhir sekali pakaian juju. Sebab pakaian aku memang nauzubillah, tersangatlah teruk berbakul-bakul. 

Kumpul semula segala baju, seluar dan pakaian si anak satu tempat, buat gunung macam gambar di atas. Pastikan tiada langsung tertinggal. Seluar dalam anak tu kecuali, ambil pakaian besar dahulu okey. Dah sedia?

#3 Ambil sehelai pakaian, cakap dekat diri "Is it SPARKS JOY?" Maksudnya adakah sehelai pakaian ini beri anda GEMBIRA, BAHAGIA dan CERIA? Jika ya letak sebelah kanan, jika ia TIDAK SPARKS JOY letakkan ia di sisi kiri. Jangan on radio, jangan ada gangguan orang lain. Kena buat seorang diri baru kita jujur dengan diri. 


SPARKS JOY ialah perasaan terhasil emosi gembira terhadap sesuatu material sama ada kita amat suka atau ia memberi makna kepada kita. Emosi gembira yang dikatakan ini juga adalah seolah percikan api, kecil dan tiba-tiba dan oleh itu dipanggil ‘spark joy’. Jika ia membangkitkan rasa gembira, ia perlu disimpan dengan asingkan ke longgokan ‘simpan’. 
#4 Ulang sehingga selesai. Anda kena jujur pada diri, sisih pakaian yang lusuh, jarang pakai yang boleh kitar semula. Sekarang senang ada tong kitar semula pakaian atau barangan yang masih elok tapi tidak digunakan untuk di salurkan. Contoh macam gambar di di atas juju ada highlight joy & not joy. 

#5 Ulang sehinga selesai. Kemudian yang NOT JOY, sila masukkan dalam satu plastik bersih, lipat elok-elok dan ikat plastik dalam keadaan tersusun. Kumpul sehingga semua sesi pakai selesai ikut fasa. 

#6 Apa nak buat baju 'SPARKS JOY"? Macam julia, julia bahagikan macam ini. 3 pasang baju duduk rumah, 5-6 pasang baju kerja, 2 pasang baju jalan-jalan. Ini sahaja julia letak dalam bakul untuk kegunaan setiap hari. Selainnya? Sila gulung dan lipat elok-elok simpan dalam bekas pakaian macam ini, boleh di beli di online contoh Miniso atau Shopee. 

#7 Sudah siap lipat, zipkan dan janji pada diri takkan guna semua baju ini. Kalau bayi dan kanak-kanak, diorang kan cepat membesar, jadinya elak beli baju berlebihan, pakai secara kerap dan bila lusuh baru beli baru. Jangan beli non stop.

Orang dewasa macam kita, tak mungkin meninggi lagi kan haha, mengembang adalah. Kotak sparks joy tu, kalau ada acara tertentu sahaja pakai dan boleh buka tapi kena janji selepas guna kena simpan semula di dalam bekas ini rapat-rapat. Jangan usik langsung. Faham, jangan usik!

Sistem Giliran Pakaian (Out) (In). 
Selesai fasa pembahagian pakaian. Tadi julia kongsikan hanya baju harian sahaja tinggal di pakai dan buat pusingan. Contoh, macam baju pakai di rumah, kalau 3 pasang sahaja buat pakaian untuk 3 hari dan ulang basuh pakai baju yang sama, rasanya tak akan membukit bakul betul tak? 

Kemudian rotate pakai lah baju tu sehingga ia jadi lusuh. Bila sudah lusuh dan tidak lagi beri SPARKS JOY, korang boleh kitar semula baju tersebut (out).

Barulah masa ini kita cari kotak simpanan baju untuk di ganti sepasang sahaja (in).  
*Kalau ada 2 baju lusuh, ganti dalam kotak 2 baju sedia ada dan seterusnya. Konsep, In Out ini sangat berbaloi diamalkan sebab tak akan ada timbunan pakaian tidak terpakai bercampur dengan baju kebiasaan kita suka pakai. Automatik, otak kita set pakaian di rumah banyak Sparks Joy, tak perlu beli lagi pakaian sehingga pakaian dalam kotak belum berkurang. Nafsu dahulunya suka beli pakaian jadi stabil selepas guna cara Konmari. 
Hasil sisih OUT untuk di hantar di tong kitar semula. Jangan hantar dekat rumah adik beradik, jiran kah, ibu bapa kah sebab ia menambah semak 'TIDAK JOY" pada rumah orang lain pula. 
Nak beli pakaian baru bolehTapi pastikan ada IN ada OUT. Bila beli 2 baju baru, kena ada 2 baju sedia ada di pakai OUT. Serius, aku rasa seperti tak perlu lagi beli baju baru setiap bulan, sebab inilah kita berfikir dulu sebelum buat belian, fikir dulu pakaian mana perlu di keluarkan terus dari rumah. 
Buat tau, memang senang dan teratur julia rasakan. Abg Qi yang umur 7 tahun tu pun dah pandai sebut 'SPARKS JOY toys in' & 'Dont SPARKS JOY toys out'. Toys satu rumah dalam keadaan teratur dan tiada istilah lambakan toys sana sini berkotak-kotak. Hanya 1 kotak untuk toys yang beri sumber ceria dan kegembiraan. 
Masalah kita semua. SAYANG NAK BUANG!
Termasuk aku, suami dan anak sendiri selalu cakap sayang lah janganlah buang boleh pakai lagi, padahal setahun pun belum sentuh pakai, simpan lah berhabuk dan basuh lagi, simpan, basuh lagi. Sampai ke sudah masalah ini tak selesai. 
Ada masanya untuk kita lepaskan barangan tersebut dengan baik iaitu dengan mengucapkan terima kasih terhadap barangan tersebut kerana pernah suatu ketika berkhidmat kepada kita atau masa kita beli ia membahagiakan kita. 
Seronok tengok rumah tersusun dengan kaedah paling mudah. 
Mudah! Cuba ya.
"Less is more."

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.juliajohari.com/2019/10/tiada-lagi-kisah-pakaian-berbakul-bakul.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+WithJulia+%28With+Julia...%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sejak 2018 Bea Cukai Gagalkan Penyelundupan Pakaian Bekas Impor Senilai Rp91 Miliar

Sejak 2018 Bea Cukai Gagalkan Penyelundupan Pakaian Bekas Impor Senilai Rp91 Miliar

papar berkaitan - pada 12/10/2019 - jumlah : 190 hits
Direktur Jenderal Bea Cukai Kemenkeu Heru Pambudi mengatakan salah satu tantangan bagi industri garmen Tanah Air yakni peredaran baju bekas pakai dari luar negeri Sejak 2018 hingga saat ini tercatat Bea Cukai telah menggagalkan penyelundupa...
Masih Ramai Hisap Rokok Guna Telefon Ketika Isi Minyak

Masih Ramai Hisap Rokok Guna Telefon Ketika Isi Minyak

papar berkaitan - pada 19/10/2019 - jumlah : 718 hits
MALAYSIAKINI Pengusaha stesen minyak bertanggungjawab memastikan tahap keselamatan persekitaran premis mereka berada di tahap yang terbaik termasuk dari segi kelengkapan peralatan pemadam api supaya dapat mengurangkan risiko kemalangan jiwa...
Kamu Patut Guna Minyak Masak Yang Sihat Untuk Makanan Bergoreng

Kamu Patut Guna Minyak Masak Yang Sihat Untuk Makanan Bergoreng

papar berkaitan - pada 19/10/2019 - jumlah : 253 hits
Kamu gemar memasak dan seorang foodie sejati Kamu patut tahu jenis jenis minyak masak kesihatan yang bagus dan sesuai untuk memasak makanan bergoreng Tidak dapat dinafikan dengan pelbagai rangkaian dan keluaran minyak masak yang terdapat di...
Najib Razak Guna 3 Karakter Berbeza Saksi Utama

Najib Razak Guna 3 Karakter Berbeza Saksi Utama

papar berkaitan - pada 18/10/2019 - jumlah : 278 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Kajian Guna Sistem Rel Sepenuhnya

Kajian Guna Sistem Rel Sepenuhnya

papar berkaitan - pada 18/10/2019 - jumlah : 250 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Tak Ada Santan Pun Guna Cream Cheese Dalam Udang Masak Lemak Labu Versi Bayi Sedap

Tak Ada Santan Pun Guna Cream Cheese Dalam Udang Masak Lemak Labu Versi Bayi Sedap

papar berkaitan - pada 19/10/2019 - jumlah : 552 hits
Anak anak paling suka menu berkuah dalam hidangan nasi mereka Selain beraneka sup seperti sup ayam ikan dan daging anda boleh juga mempelbagaikan menu berkuah lain buat anak Rasa lemak lemak manis juga buat anak suka untuk makan Tapi ingat ...
Lelaki Didakwa Pukul Pak Guard Guna Kayu Golf Tak Puas Hati Kereta Kena Clamp Parkir Di Tempat Oku

Lelaki Didakwa Pukul Pak Guard Guna Kayu Golf Tak Puas Hati Kereta Kena Clamp Parkir Di Tempat Oku

papar berkaitan - pada 21/10/2019 - jumlah : 967 hits
Tindakan seorang lelaki yang didakwa memaki hamun memukul serta menumbuk pengawal keselamatan dipercayai warga Nepal sempat dirakam dan tular di laman media sosial malam tadi Video kejadian tersebut yang mula dimuatnaik di laman Facebook it...
Salah Guna Amla Bagi Politik Balas Dendam

Salah Guna Amla Bagi Politik Balas Dendam

papar berkaitan - pada 22/10/2019 - jumlah : 365 hits
oleh Ab Jalil Backer Tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mengeluarkan notis kompaun terhadap 80 individu dan entiti yang dipercayai menerima dana daripada 1Malaysia Development Berhad menggunakan Seksyen 92 Akta Pencegahan Pengu...
Majlis Mewah Tapi Guna Pinggan Besen Plastik Kualiti Pasar Malam

Majlis Mewah Tapi Guna Pinggan Besen Plastik Kualiti Pasar Malam

papar berkaitan - pada 21/10/2019 - jumlah : 443 hits
Tindakan Majlis Asean Award menghidangkan makanan menggunakan pinggan plastik mengundang pelbagai reaksi termasuk pengasas produk kosmetik terkenal Rozita Ibrahim dan chef selebriti terkenal Datuk Redzuawan Ismail Rozita yang merupakan ibu ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Warga Emas Buat Onar Tutup Lubang Kunci Rumah Orang Lain Guna Gam Super

Penumpang E Hailing Ghaib Tinggalkan Kain Putih

Startup Ai Raih 25 Pembiayaan Vc Di Eropah