Salah Guna Amla Bagi Politik Balas Dendam




oleh Ab Jalil Backer
Tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengeluarkan notis kompaun terhadap 80 individu dan entiti yang dipercayai menerima dana daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB), menggunakan Seksyen 92(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA 2001), adalah sangat tidak wajar dan bertentangan dengan prinsip keadilan manusiawi.
Ini merupakan satu tindakan bermotif penindasan politik dan balas dendam secara zalim yang tidak sepatutnya berlaku dalam pentadbiran Malaysia moden.
Seramai 80 individu dan entiti ini menerima wang daripada Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak, bukannnya daripada 1MDB. Pada masa tersebut belum timbul sebarang pendakwaan terhadap Mohd Najib.
Malah ketika ini pun mahkamah belum memutuskan bahawa Mohd Najib bersalah mengambil wang 1MDB. Belum pun diputuskan sama ada wang dalam akaun Mohd Najib tersebut adalah wang 1MDB.
Justeru prinsip keadilan apa yang digunakan oleh SPRM dan Kerajaan untuk mengenakan denda dan kompaun ke atas 80 orang ini sedangkan dakwaaan penyelewengan tersebut belum disahkan berlaku.
SPRM telah melampaui prinsip keadilan bahawa seseorang itu tidak bersalah selagi belum dibuktikan bersalah.
Perkara kedua yang tidak kurang pentingnya dalam memutuskan tindakan ke atas penerima ini ialah apakah mereka bersubahat dengan perbuatan tersebut?
Pada masa mereka menerima dana politik atau pembayaran daripada Mohd Najib belum timbul pun tuduhan bahawa Mohd Najib menerima wang dari 1MDB.
Tuduhan penyelewengan terhadap akaun ini hanya muncul pada 2015 setelah akaun ini ditutup.
Jadi jelas tidak ada seorang pun antara mereka mempunyai pengetahuan mengenai tuduhan ini semasa menerima wang tersebut dan membelanjakannya.
Kebanyakan ahli politik, organisasi politik dan NGO yang menerima sumbangan dari akaun ini telah membelanjakan bagi tujuan kebajikan dan kemasyarakatan.
Apakah mereka perlu menuntut semula wang tersebut daripada rakyat yang menerima sumbangan kerusi roda, ubat-ubatan, pembaikan rumah rakyat miskin?
Adalah tidak adil untuk kerajaan mengkompaun mereka yang tidak mendapat apa-apa keuntungan peribadi dari dana ini?
Kelihatan keadilan tidak lagi penting kerana ini peluang kerajaan untuk menekan musuh politik mereka.
Perkara ketiga lebih serius ialah tindakan SPRM mengkompaun syarikat-syarikat yang menerima bayaran daripada akaun ini.
Syarikat-syarikat yang dikompaun ini telah melaksanakan perkhidmatan atas permintaan Perdana Menteri Malaysia.
Ini termasuklah Institut Terjemahan & Buku Malaysia Bhd yang hanya mencetak buku atas permintaan Pejabat Perdana Menteri dan menerima bayaran atas perkhidmatan mereka.
Tujuan AMLA digubal dan dikuatkuasakan ialah untuk menyekat kegiatan penggubahan wang haram. Ia bertujuan menghalang mana-mana individu atau syarikat daripada menerima wang daripada sumber yang meragukan atau tidak sah.
Sebaliknya syarikat-syarikat ini menerima pembayaran dari akaun Perdana Menteri Malaysia yang dibuka secara sah dalam sistem perbankan Malaysia.
Akaun ini tidak pernah dipertikaikan oleh Bank Negara Malaysia sepanjang transaksi tersebut sehinggalah ia ditutup.
Syarikat-syarikat ini telah menggunakan modal dan tenaga kerja bagi memberi perkhidmatan yang diminta.
Bagaimana Kerajaan boleh bertindak zalim meminta kembali wang tersebut dan mendenda mereka? Tidak mustahil ada syarikat-syarikat kecil akan ditutup berhadapan denda yang sebesar itu.
Perdana Menteri seorang muslim, demikian juga Ketua Pengarah SPRM.
Saya fikir jika mereka faham konsep keadilan dalam Islam maka penerima-penerima yang tidak bersalah ini tidak sepatutnya diminta mengembalikan wang tersebut apatah lagi dikenakan kompaun sehingan 2.5 kali ganda nilai penerimaan.
Jika keadaan ini berterusan akan wujud kemungkinan balas dendam pada masa hadapan.
Maka suatu hari nanti apabila Pakatan Harapan kalah, tidak mustahil syarikat-syarikat yang mendapat pembayaran daripada PH pula akan berhadapan keadaan yang sama.
Sampai bila undang-undang akan disalahgunakan demi kelompok politik yang berkuasa?
Hentikanlah politik balas dendam yang tidak bersempadan ini.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/10/21/salah-guna-amla-bagi-politik-balas-dendam/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wales Mahu Balas Dendam

Wales Mahu Balas Dendam

papar berkaitan - pada 26/10/2019 - jumlah : 441 hits
JUARA Enam Negara Wales tekad mahu membalas dendam ketika menentang Afrika Selatan pada saingan separuh akhir Piala Dunia Ragbi di Yokohama esok Wales menang empat aksi terakhir Ujian di antara kedua dua pasukan selepas hanya menang dua aks...
Salah Guna Kuasa Sprm Tahan 2 Pegawai Felda

Salah Guna Kuasa Sprm Tahan 2 Pegawai Felda

papar berkaitan - pada 18/10/2019 - jumlah : 432 hits
Azam Baki dan Latheefa Koya pada sidang media di Ibu Pejabat SPRM hari ini PUTRAJAYA Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menahan dua pegawai Felda yang didakwa menyalahgunakan kuasa mereka membabitkan Stadium Jengka di Pahang Timbalan Ke...
5387 Pihak Berkuasa Salah Guna Kuasa Demi Capai Kpi Tv Ppim 12 10 2019

5387 Pihak Berkuasa Salah Guna Kuasa Demi Capai Kpi Tv Ppim 12 10 2019

papar berkaitan - pada 13/10/2019 - jumlah : 338 hits
Helah scammer yang menyamar sebagai pegawai bank berjaya memperdaya seorang ibu yang ingin membuat pinjaman peribadi untuk pembiayaan pengajian mangsa Dikatakan tidak boleh menggunakan akaun bank sendiri kerana lanjutan usia si ibu mendedah...
Ahli Jawatankuasa Masjid Jangan Salah Guna Jawatan Untuk Agenda Peribadi

Ahli Jawatankuasa Masjid Jangan Salah Guna Jawatan Untuk Agenda Peribadi

papar berkaitan - pada 27/10/2019 - jumlah : 389 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Polisi Ungkap Motif Abu Rara Tusuk Wiranto Balas Dendam Amir Jad Bekasi Ditangkap

Polisi Ungkap Motif Abu Rara Tusuk Wiranto Balas Dendam Amir Jad Bekasi Ditangkap

papar berkaitan - pada 12/10/2019 - jumlah : 270 hits
Polisi menyebut SA alias Abu Rara kesal Amir JAD Bekasi Abu Zee Ghurobah yang telah ditangkap Abu Rara pun berkomitmen melakukan amaliyah Abu Rara adalah terduga teroris yang menyerang Menko Polhukam Wiranto saat kunjungan kerja di Pandegla...
Pegawai Kanan Mardi Ditangkap Salah Guna Kuasa

Pegawai Kanan Mardi Ditangkap Salah Guna Kuasa

papar berkaitan - pada 16/10/2019 - jumlah : 561 hits
Provided by Media Primanorizuan hmetro com myKUALA TERENGGANU Pegawai kanan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia di negeri ini ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bagi siasatan berhubung kes salah guna kuasa Sumb...
Jangan Guna Pengaruh Politik Ganggu Siasatan Polis

Jangan Guna Pengaruh Politik Ganggu Siasatan Polis

papar berkaitan - pada 14/10/2019 - jumlah : 271 hits
SUSULAN beberapa laporan media sehingga 12 Oktober 2019 mengenai penangkapan beberapa pemimpin tertinggi DAP yang difahamkan terbabit secara langsung dengan pergerakan penganas LTTE atau Liberation Tigers of Tamil Eelam yang diasaskan oleh ...
Sohibul Iman Sebut Nasdem Bakal Kunjungan Politik Ke Pks

Sohibul Iman Sebut Nasdem Bakal Kunjungan Politik Ke Pks

papar berkaitan - pada 23/10/2019 - jumlah : 203 hits
Usai bertemu dengan Ketua Umum Partai Gerindra Sohibul menegaskan kunjungan NasDem ke PKS tidak serta merta diartikan menggaet kawan politik untuk menjadi oposisi pemerintah Kendati Surya Paloh pernah melontarkan pernyataan satir partainya ...
Kempen Bmf Di Masjid Dikesan Ada Unsur Politik Asmuni

Kempen Bmf Di Masjid Dikesan Ada Unsur Politik Asmuni

papar berkaitan - pada 22/10/2019 - jumlah : 511 hits
IPOH 22 Okt Kerajaan negeri Perak tetap bertegas tidak membenarkan mana mana pihak yang mempunyai kaitan dengan parti politik untuk menjadikan masjid sebagai lokasi apa juga penganjuran termasuk kempen tertentu Ia selari dengan ketetapan ya...
Pac Urges Govt To Tap Local Firms To Cut Healthcare Costs

Tekanan Perasaan Masalah Kewangan Punca Lelaki Bunuh Isteri

Huawei Mate Xt Dengan Inovasi Tri Fold Mencuri Tumpuan Di Pavilion Kuala Lumpur

Keutamaan Dan Buah Dari Shalat Malam

Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Jika Ruu Ura Dilaksana Orang Melayu Mungkin Akan Kembali Pulang Ke Kampung Noh Omar

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Aid Palestine With Dates Inisiatif Amal

Makan Dan Solat Di Masjid Fujikawaguchiko Fujikawaguchiko

30 Soalan Deep Talk Boleh Ditanya Bersama Pasangan

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Filem Wantugo