Tiada Lagi Keberkatan Doa Seorang Ibu
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhamad ﷺ serta ahli keluarga baginda dan para sahabat radhiallahu ‘anhu.
Setiap yang hidup pasti akan merasai mati. Bonda tercinta ana telah kembali ke Rahmatullah, pergi tak kembali buat selama-lamanya… Allah سبحانه وتعالى menguji kita dan kita sentiasa diuji sehingga kita semua juga akan mengikut jejak-jejak mereka.
إِنَّا لِلَّـهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
“Sesungguhnya kita adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kita kembali.”
Ya Allah! Ampunilah ibuku, kasihanilah dia, sejahterakanlah dia, ampunilah dosanya, muliakanlah kedudukannya, lapangkanlah kuburnya dan mandikanlah dia dengan air, salji dan embun. Bersihkanlah dia dari semua kesalahan sebagaimana kain putih dibersihkan dari kekotoran, gantikanlah rumah yang lebih baik daripada rumahnya (di dunia), keluarga yang lebih baik daripada kami keluarganya dan masukkanlah dia ke dalam syurga serta lindungilah ibuku daripada azab kubur, fitnahnya dan daripada seksa api neraka.
Ya Allah! Janganlah kiranya pahala kami tidak sampai kepadanya, janganlah Dikau fitnahkan kami sepeninggalannya. Ampunilah kami dan ibubapa kami juga saudara-saudara kami yang telah pergi dahulu dengan membawa iman dan janganlah Dikau menjadikan resah gelisah dalam hati kami dan bagi orang yang beriman. Wahai Tuhan kami; Sesungguhnya Dikau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang!
Segala Puji bagi Allah, Tuhan Pentadbir seluruh alam. Rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad ﷺ , penghulu semua Rasul dan juga ke atas keluarga dan para sahabat Baginda seluruhnya. Ya Allah! Jadikanlah kubur ibubapa kami sebagai sebuah taman daripada taman-taman syurga. Ya Allah! Dikaulah Tuhan bagi ibubapa kami, Dikaulah yang menjadikannya dan Dikaulah juga yang menunjukkannya kepada agama Islam. Dikaulah yang juga yang mencabut nyawanya, Dikau lebih mengetahui perkara-perkara zahir dan batinnya. Kami memohon syafaat kepada-Mu untuk ibubapa kami. Ya Allah! Ampunkanlah kesalahan kami dan segala kesalahan yang telah dilakukan oleh ibubapa kami, limpahkanlah jua Kurnia-Mu wahai Allah, Tuhan Sebaik-baik Pengurnia rahmat! Selawat Allah dan kesejateraan ke atas Penghulu kami Nabi Muhammad ﷺ . dan ke atas keluarganya serta para sahabat Baginda seluruhnya. Segala Puji bagi Allah, Tuhan Pentadbir seluruh alam.
رَبِّ اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيْرًا.وَلِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ الأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأَمْوَاتِ بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ.
“Wahai Tuhanku! Ampunilah dosaku dan dosa kedua ibu bapaku serta cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah melimpahkan kasih sayang memelihara dan mendidikku semasa kecil. Dan ampunilah dosa-dosa kesemua lelaki dan perempuan Islam; dosa-dosa di kalangan lelaki dan perempuan yang beriman, sama ada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia. Dengan kelimpahan rahmat-Mu wahai Tuhan yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.”
.
Allahyarhamah Bonda menghembuskan nafas terakhirnya dengan tenang di samping semua anak cucunya pada hari Jumaat 20.09.2013. Kehilangan Allahyarhamah amat kami semua rasai namun Allah lebih menyayanginya dan kami redha dengan pemergiannya. Semoga rohnya digolongkan dalam hamba2nya yang solehah dan ditempatkan bersama mereka yang diberi kenikmatan dan kegembiraan di kalangan para nabi, para siddiqin, para syuhada’, dan para solehin…Aamiiin!
Semoga roh Allahyarhamah Bonda ana tenang bersemadi dan memperolehi syurga firdausi Allah سبحانه وتعالى. ...Ameen
________________________________________________________________________________
Rindu Mak yang tiada penghujung,
Kasih Mak yang tiada tandingan,
Cinta Mak yang tiada sempadan.
Tiada lagi belai seorang Mak, Tiada lagi berkah doa seorang Mak.
Mak pergi untuk selama-lamanya.
Moga Emak berjumpa Abah di Syurga.Ameen..وَالسَّلاَمْ
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://cakoayam.blogspot.com/2019/12/selawat-dan-salam-ke-atasjunjungan.html