Tiada Kompromi Libatkan Hak Kebajikan Kanak Kanak Rina Harun


Kasthuri Jeevendran Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun. KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak akan berkompromi dengan kesalahan yang melibatkan hak dan kebajikan kanak-kanak.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun berkata, pihaknya akan terus komited meningkatkan kesedaran masyarakat melalui kerjasama pelbagai pihak dalam usaha melindungi kanak-kanak sebagai tanggungjawab bersama.
Malah kata Rina, sememangnya beliau akan memastikan tindakan tegas diambil kepada pesalah yang terlibat dengan penderaan dan salah laku kanak-kanak.
“Ingin saya menzahirkan rasa hiba dan kesedihan yang amat mendalam atas kematian Allahyarham Adik Zubaidi Amir Qusyairi bin Abdul Malik semalam malah saya turut merasakan keperitan dan kedukaan yang dirasai oleh ibu-ibu yang mempunyai anak sebaya dengan Allahyarham.
“Saya berkehendakkan agar kematian Allahyarham Adik Zubaidi disiasat segera dengan teliti, dan hukuman yang tegas dan setimpal diberikan kepada pesalah agar perkara sebegini tidak berulang lagi.
“Juga ini akan menjadi pengajaran kepada para ibu bapa yang cuai dalam penjagaan anak, termasuklah yang melakukan penderaan dan salah laku kepada kanak-kanak.
“Sesungguhnya kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana- mana kesalahan yang melibatkan hak dan kebajikan kanak-kanak,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Rina menyatakan demikian bagi mengulas insiden seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun meninggal dunia dipercayai didera ibu kandung dan bapa tirinya di sebuah rumah di Taman Krubong Jaya, Melaka.
Mangsa telah ditemukan lemas dalam tong air di rumah berkenaan dengan terdapat beberapa kesan kecederaan di beberapa bahagian badan sekitar jam 4 petang semalam.
Susulan daripada insiden itu, ibu kandung serta bapa tiri mangsa ditahan polis bagi siasatan lanjut dan proses bedah siasat dijangka selesai malam ini.
Kata Rina, kini pihaknya sedang mengkaji secara menyeluruh Dasar Perlindungan Kanak-Kanak Negara dengan menitikberatkan agar kanak-kanak bebas daripada segala perkara negatif melalui advokasi, pencegahan dan khidmat sokongan.
“Saya minta semua rakyat Malaysia terus menanamkan rasa cintakan keluarga dan menghargai anak-anak sebagai suatu amanah dan anugerah daripada Tuhan. 
“Atas semangat ‘KitaJagaKita’, saya berharap agar masyarakat turut menjadi mata dan telinga kepada kerajaan dan terus memupuk sikap ambil peduli kepada masalah kejiranan  setempat agar dapat terus melaporkan sebarang kecurigaan kepada pihak berkuasa,” ujarnya. 
Rina meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai penderaan kanak-kanak melaporkannya ke Talian Kasih 15999 dan Talian Whatsapp 019-2615999 yang beroperasi 24 jam.
Merka juga boleh buat laporan di 108 Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) di seluruh negara atau Balai Polis yang berdekatan.
Sementara itu, Rina berkata, mereka yang berhasrat mengambil atau telah mengambil kanak-kanak ke dalam pemeliharaan, jagaan atau kawalannya perlu membuat pemakluman kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat seperti mana yang tertakluk dalam Akta Kanak-kanak 2001. 
Jabatan Kebajikan Masyarakat bersedia memberi khidmat nasihat terhadap peraturan-peraturan dan prosedur yang sah yang perlu dipatuhi dalam urusan pengambilan anak angkat,” ujarnya. -MalaysiaGazette


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/01/tiada-kompromi-libatkan-hak-kebajikan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rombakan Kabinet Ebit Liew Sesuai Ganti Rina Harun

Rombakan Kabinet Ebit Liew Sesuai Ganti Rina Harun

papar berkaitan - pada 3/2/2021 - jumlah : 499 hits
Hari hari ada saja usaha Ebit Liew untuk membantu RAKYAT yang tertekan Cuma yang kita tak tahu ialah apa Menteri Menteri Kabinet buat hari hari kecuali Ismail Sabri yang hari hari kerja dia hanya bagi sidang akhbar Menteri Menteri lain hari...
Hukum Pesalah Dera Budak Rina Harun

Hukum Pesalah Dera Budak Rina Harun

papar berkaitan - pada 1/2/2021 - jumlah : 334 hits
31 JANUARI Sebagai Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat saya ingin menzahirkan rasa hiba dan kesedihan yang amat mendalam atas kematian Allahyarham Adik Zubaidi Amir Qusyairi bin Abdul Malik pada 29 Januari 2021 Saya turut mer...
Kim Seonho Derma Rm366k Buat Kanak Kanak Penghidap Leukemia

Kim Seonho Derma Rm366k Buat Kanak Kanak Penghidap Leukemia

papar berkaitan - pada 28/1/2021 - jumlah : 201 hits
Bukannya sahaja memiliki wajah yang menawan tetap pelakon Kim Seon ho juga mempunyai hati yang baik Terbaru pelakon lelaki popular itu dikhabarkan telah menderma sebanyak 100 milion won bagi membantu kanak kanak yang menderita penyakit leuk...
Makanan Pelengkap Untuk Bayi Dan Kanak Kanak

Makanan Pelengkap Untuk Bayi Dan Kanak Kanak

papar berkaitan - pada 28/1/2021 - jumlah : 362 hits
MAKANAN PELENGKAP UNTUK BAYI DAN KANAK KANAK Makanan pelengkap adalah makanan tambahan yang diberikan kepada bayi anda selain daripada pemberian susu ibu Pada umur enam bulan pemberian susu ibu sahaja tidak mencukupi Ia perlu dilengkapkan d...
Kanak Kanak 4 Tahun Dan Ibu Maut Digilis Lori

Kanak Kanak 4 Tahun Dan Ibu Maut Digilis Lori

papar berkaitan - pada 27/1/2021 - jumlah : 216 hits
Kuala Lumpur Seorang kanak kanak perempuan berusia empat tahun dan ibunya maut digilis lori dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat Jalan 4 3a 6 3a Pusat Bandar Utara berdekatan Pasar Borong Selayang di sini semalam Dalam kejadian ja...
Ancaman Asap Rokok Kepada Kanak Kanak Autisme

Ancaman Asap Rokok Kepada Kanak Kanak Autisme

papar berkaitan - pada 23/1/2021 - jumlah : 153 hits
PENDEDAHAN nikotin daripada asap rokok boleh menjejaskan perkembangan saraf otak termasuk berisiko kepada kejadian autisme dalam kalangan kanak kanak Banyak kajian menunjukkan pendedahan kepada asap rokok mempunyai hubung kait dengan risiko...
Kakitangan Sbs Transit Diiktiraf Selamatkan Kanak Kanak Hampir Jatuh Dari Tangga Bergerak

Kakitangan Sbs Transit Diiktiraf Selamatkan Kanak Kanak Hampir Jatuh Dari Tangga Bergerak

papar berkaitan - pada 28/1/2021 - jumlah : 187 hits
SINGAPURA Senario yang berlaku di depan mata Encik Mohamed Ferdaus Md Yusoff cukup menggerunkan Dalam satu kejadian pada 2019 beliau melihat seorang kanak kanak di sebuah stesen MRT Sixth Avenue berpaut pada susur tangga bergerak Lebih meng...
Design Bunting Pakaian Kanak Kanak Murah

Design Bunting Pakaian Kanak Kanak Murah

papar berkaitan - pada 30/1/2021 - jumlah : 815 hits
Design BuntingPakaian Kanak kanak Murah Berminat untuk tempah design poster banner bunting sticker logo editing video khidmat fotografi dan videografi website hosting domain atau lain lain sila hubungi kami melalui email atau telegram Email...
Kanak Kanak Maut Didera Suami Isteri Direman Tujuh Hari

Kanak Kanak Maut Didera Suami Isteri Direman Tujuh Hari

papar berkaitan - pada 30/1/2021 - jumlah : 281 hits
MELAKA Sepasang suami isteri direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kematian seorang kanak kanak lelaki berusia tujuh tahun yang dipercayai didera di Taman Krubong Jaya di sini semalam
Trump Mahu Penduduk Gaza Dipindahkan Ke Negara Jiran

Subsidi Tambang Penerbangan Musim Raya Kurang Rungutan Rakyat Kata Loke

Khutbah Jumat Isra Mi Raj Dan Palestina

Biodata Soloz Kerjaya Filem Terbaru Game Of Life

Kemalangan Di Mesir 8 Pelajar Malaysia Cedera Dapat Bantuan Wisma Putra

Cara Mengatasi Tekanan Emosi Dalam Kehidupan Sehari Hari

Kumpulan Khutbah Jumat 2025

Resepi Bbq Kambing


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy


Lirik Lagu Anak Raja De Fam

Monday Blues

Telefilem Buah Hati

Aprilian Terbujuk Rayu Chord

Maxwel Franklin Saran Telempai Ke Bukai Chord

Mencari Rasa Nasi Lemak Sebenar Di Lembah Klang Boleh Datang Ke Yalo Yalo Yumm