Ancaman Asap Rokok Kepada Kanak Kanak Autisme



 
PENDEDAHAN nikotin daripada asap rokok boleh menjejaskan perkembangan saraf otak termasuk berisiko kepada kejadian autisme dalam kalangan kanak-kanak.
Banyak kajian menunjukkan pendedahan kepada asap rokok mempunyai hubung kait dengan risiko kejadian autisme pada bayi dan kanak-kanak.
Pensyarah Jabatan Kesihatan Masyarakat, Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Zaleha Md Isa berkata, autisme merujuk kepada ketidakseimbangan perkembangan saraf kompleks yang mempengaruhi keupayaan interaksi sosial dan komunikasi individu serta mempunyai tingkah laku berulang.
Katanya, keadaan itu berlaku sepanjang hayat dan autisme terjadi dalam bentuk spektrum, iaitu sebahagian individu mengalaminya di peringkat ringan, sederhana dan teruk.
Bukti saintifik terkini mencadangkan ada pelbagai faktor membuatkan kanak-kanak cenderung mengalami autisme, di mana interaksi di antara faktor persekitaran dan genetik dijangka memainkan peranan utama.
“Faktor persekitaran berkaitan dengan autisme termasuk pendedahan kepada bahan kimia seperti logam plumbum, raksa, cat, dan racun perosak organoklorin.
“Autisme biasanya muncul di peringkat awal kanak-kanak sebelum mereka mencapai usia tiga tahun dan boleh dikenal pasti seawal umur 18 bulan.
“Ada kajian di Malaysia menunjukkan pendedahan asap rokok menurunkan perkembangan saraf kanak-kanak pada umur dua tahun,” katanya.
Pendedahan asap rokok jejas saraf otak
Dr Zaleha berkata, faktor risiko persekitaran, misalnya pendedahan kepada asap rokok menarik minat ramai penyelidik untuk mengkaji lebih lanjut berkaitan hubungannya dengan autisme.
 
Risiko kejadian autisme boleh dikurangkan dengan mengelak punca pendedahan kanak-kanak dan ibu hamil kepada faktor persekitaran khususnya asap rokok. – Foto hiasan  
“Pendedahan campuran kompleks gas dan partikel dihembus oleh perokok atau asap daripada pembakaran produk tembakau seperti rokok, cerut, atau paip dikenali sebagai asap rokok sekunder atau asap tembakau persekitaran, umpamanya boleh menjejaskan perkembangan otak golongan itu.
“Asap rokok sekunder boleh berlaku seawal peringkat kehamilan dan di mana-mana saja seperti di rumah atau di tempat awam.
“Kanak-kanak lebih terdedah kepada asap rokok di rumah, iaitu mereka yang tinggal dengan perokok seperti bapa atau anak lelaki dewasa yang merokok.
“Kajian di Malaysia menunjukkan 44.7 peratus kanak-kanak terdedah kepada asap rokok sekunder di rumah,” katanya.
Menurunkan skor IQ
Tahukah anda antara ribuan bahan kimia di dalam asap rokok, nikotin adalah bahan kimia paling cenderung memberi kesan buruk kepada perkembangan otak.
Kesannya dijangka berlaku melalui tindakannya pada reseptor asetilkolin nikotinik menjadi perantara kepada perubahan struktur saraf.
“Perubahan boleh menyebabkan ketidakseimbangan kognitif, tingkah laku dan perkembangan, serta menurunkan skor ‘Intelligence Quoteint’ (IQ),” katanya.
Banyak kajian cuba mengenal pasti hubungan di antara ibu yang merokok semasa hamil dan risiko kejadian autisme pada anak.
Kata, kajian menunjukkan pendedahan awal kepada asap rokok boleh mengakibatkan perkembangan saraf yang teruk kepada kanak-kanak.
“Ini adalah kerana, pendedahan kepada asap rokok lebih berbahaya kepada otak yang sedang berkembang berbanding pendedahan di dalam rahim kerana dos pendedahan kepada asap rokok persekitaran adalah lebih tinggi berbanding dos pendedahan di dalam rahim.
“Pendedahan asap rokok dalam tempoh lama ketika kanak-kanak berbanding ketika janin adalah faktor kritikal yang memberi kesan ke atas perkembangan saraf,” katanya.
Risiko kepada autisme
Penerangan biologi ini disokong oleh uji kaji di dalam haiwan dan perkembangan otak tikus berubah sewaktu pendedahan asap rokok selepas lahir tetapi tidak berubah sebelum lahir.
Pendedahan asap dengan kanak-kanak autisme memerlukan kajian lanjut.
Bagaimanakah risiko kejadian autisme boleh dikurangkan dengan mengelak punca pendedahan kanak-kanak dan ibu hamil kepada faktor persekitaran berkaitan dengan kejadian autisme, khususnya asap rokok.
“Kementerian Kesihatan sudah melaksanakan dua program utama, iaitu aktiviti pencegahan bertujuan mencegah golongan bukan perokok terdedah kepada asap rokok. Selain itu, aktiviti pemulihan dan penguatkuasaan bagi memastikan sekurang-kurangnya 130,000 perokok berhenti merokok setiap tahun,” katanya.
Bagi memastikan pengurangan tempoh dan kekerapan pendedahan asap rokok sekunder dalam kalangan kanak-kanak terutamanya di rumah, strategi yang boleh dilakukan adalah dengan melaksanakan polisi larangan merokok di rumah atau rumah bebas asap rokok.
Polisi larangan merokok boleh dilaksanakan di dalam kenderaan awam, kereta persendirian dan juga tempat awam yang diwartakan.
“Pengurangan pendedahan asap rokok ini bukan sahaja boleh mengurangkan masalah ketidakseimbangan perkembangan otak kanak-kanak, malah ia juga boleh mengurangkan risiko pelbagai penyakit lain seperti penyakit kardiovaskular, pernafasan dan kanser,” katanya.
Meskipun kejadian autisme berbeza meskipun tiada data rasmi individu didiagnosa sebagai autisme di negara ini, namun di peringkat global, dianggarkan satu daripada 160 kanak-kanak mengalami autisme.
Punca autisme tidak jelas. Kanak-kanak lelaki empat kali ganda lebih cenderung mengalami autisme berbanding kanak-kanak perempuan.
Beliau berkata, kadar kejadian autisme di peringkat global meningkat dengan mendadak pada dekad ini.
“Justeru, ia merisaukan orang ramai dan ada peningkatan bilangan kajian serta pemantauan ke atas kejadian autisme,” katanya.
The post Ancaman asap rokok kepada kanak-kanak autisme appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/01/23/ancaman-asap-rokok-kepada-kanak-kanak-autisme/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=ancaman-asap-rokok-kepada-kanak-kanak-autisme

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Waspada Asap Rokok Yang Menempel Pada Baju Bisa Picu Pneumonia Pada Anak Anak Peringatan Untuk Para Ayah Perokok

Waspada Asap Rokok Yang Menempel Pada Baju Bisa Picu Pneumonia Pada Anak Anak Peringatan Untuk Para Ayah Perokok

papar berkaitan - pada 29/1/2021 - jumlah : 227 hits
Waspada Asap Rokok yang Menempel Pada Baju Bisa Picu Pneumonia Pada Anak anak Peringatan Untuk Para Ayah PerokokAnda perokok yang selalu merasa anak balita Anda terbebas dari bahaya rokok karena Anda tak merokok saat bersamanya Jika ya seba...
Pergelangan Tangan Kanak Kanak Putus Digigit Cicak Komodo

Pergelangan Tangan Kanak Kanak Putus Digigit Cicak Komodo

papar berkaitan - pada 20/1/2021 - jumlah : 278 hits
Seorang kanak kanak lelaki berusia empat tahun menjadi mangsa gigitan seekor cicak komodo pada Sabtu 16 Januari 2021 di Desa Komodo Daerah Komodo Nusa Tenggara Timur Indonesia Pergelangan tangan kiri mangsa digigit haiwan reptilia itu sehin...
Moral Kanak Kanak Turun Ke Tahap Terendah Jika Sekolah Ditangguh Lagi Kata Pakar

Moral Kanak Kanak Turun Ke Tahap Terendah Jika Sekolah Ditangguh Lagi Kata Pakar

papar berkaitan - pada 18/1/2021 - jumlah : 237 hits
Pakar berkata penangguhan sesi persekolahan untuk tempoh lebih lama boleh melemahkan asas pembelajaran pelajar sekali gus menjejaskan prestasi mereka apabila melangkah ke sekolah menengah KOTA KINABALU Pakar pediatrik berkata pelanjutan per...
Kanak Kanak Miskin Mati 2 Kali Ganda Berbanding Kawan Mereka Yang Kaya

Kanak Kanak Miskin Mati 2 Kali Ganda Berbanding Kawan Mereka Yang Kaya

papar berkaitan - pada 18/1/2021 - jumlah : 369 hits
NEW YORK Bilangan kanak kanak tidak berpelajaran meningkat perkahwinan kanak kanak takkan turun selama berdekad dekad dan jutaan kanak kanak akan mati kebanyakannya disebabkan oleh penyakit yang boleh dicegah menjelang 2030 jika kemiskinan ...
Kerap Merakam Aksi Anak Makan Ibu Bapa Kanak Kanak Ini Didakwa Mempergunakan Anak Mereka Untuk Hasilkan Keuntungan

Kerap Merakam Aksi Anak Makan Ibu Bapa Kanak Kanak Ini Didakwa Mempergunakan Anak Mereka Untuk Hasilkan Keuntungan

papar berkaitan - pada 21/1/2021 - jumlah : 319 hits
KERAP MERAKAM AKSI ANAK MAKAN IBU BAPA KANAK KANAK INI DIDAKWA MEMPERGUNAKAN ANAK MEREKA UNTUK HASILKAN KEUNTUNGAN Sepasang suami isteri di China mendapat kecaman hebat dari netizen di China dan dari media setelah didakwa membuat rakaman an...
Kajian Mendapati 68 Kanak Kanak Melaporkan Kesan Sampingan Pemakaian Topeng

Kajian Mendapati 68 Kanak Kanak Melaporkan Kesan Sampingan Pemakaian Topeng

papar berkaitan - pada 22/1/2021 - jumlah : 230 hits
Kesan sampingan pemakaian topeng terhadap kanak kanak Hasil kajian pertama Jerman mengenai kanak kanak dan remaja yang memakai penutup mulut dan hidung menunjukkan 68 mengadu memakai topeng Penyelidik di Universiti Witten Herdecke telah mem...
Kanak Kanak 4 Tahun Dan Ibu Maut Digilis Lori

Kanak Kanak 4 Tahun Dan Ibu Maut Digilis Lori

papar berkaitan - pada 27/1/2021 - jumlah : 211 hits
Kuala Lumpur Seorang kanak kanak perempuan berusia empat tahun dan ibunya maut digilis lori dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat Jalan 4 3a 6 3a Pusat Bandar Utara berdekatan Pasar Borong Selayang di sini semalam Dalam kejadian ja...
Kepalabatas Impian Kanak Kanak Pesakit Leukemia Naik Mpv Polis Tercapai

Kepalabatas Impian Kanak Kanak Pesakit Leukemia Naik Mpv Polis Tercapai

papar berkaitan - pada 23/1/2021 - jumlah : 269 hits
Impian seorang kanak kanak lelaki berusia tujuh tahun yang menderita penyakit leukemia untuk menaiki kereta peronda polis akhirnya menjadi kenyataan pada hari ini Mohamad Ammar Dhani Mohd Azuan yang disahkan menderita penyakit kanser darah ...
Dua Kanak Kanak Nigeria Fasih Berbahasa Melayu Macam Alih Suara

Dua Kanak Kanak Nigeria Fasih Berbahasa Melayu Macam Alih Suara

papar berkaitan - pada 16/1/2021 - jumlah : 205 hits
Bahasa kebangsaan kita iaitu bahasa Melayu antara yang harus kita banggakan Apatah lagi apabila bangsa selain Melayu dan bukan warganegara mampu berbicara menggunakan bahasa kebangsaan dan cukup fasih sekali Bukan sesuatu yang pelik apabila...
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Hiking Gunung Bubu Gerik

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

Mengalahkan Kami Yang Non Muslim Marion Caunter Dikritik Netizen Gara Gara Sambut Perayaan Krismas


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Top Attractions In Port Dickson Why Weekday Travel Is Your Best Bet

Empat Cara Mengawal Kemarahan

Jihad Membela Fitnah Pas

Lembaga Kursus Untuk Profesional Guna Meningkatkan Teknik Komunikasi

Kaya Homemade Sukatan Untuk Stok Seminggu

Surah Adh Dhuha