Tiada Keputusan Mahkamah Isu Kalimah Allah Jangan Putar Belit




Tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menarik balik rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan seorang warga Sarawak, Jill Ireland, membawa masuk bahan bercetak agama Kristian mengandungi kalimah Allah tiada kena mengena dengan isu membenarkan kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam.
Menteri Dalam Negeri, Senator Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail membidas pihak yang sengaja memutar belitkan fakta dan menimbulkan kemarahan masyarakat Islam.
“Menarik balik (rayuan) bukan seolah olah mahkamah ada memberi kebenaran Jill Ireland boleh guna kalimah Allah. Keputusan mahkamah hanya berkaitan tindakan kastam merampas yang tidak mengikut undang undang. Itu saja.
“Di luar, dia (pembangkang) punya pusing seolah olah kita tarik balik rayuan terhadap keputusan mahkamah yang membenarkan penggunaan kalimah Allah
“Tidak ada keputusan mahkamah benarkan penggunaan Allah dalam kes Jill Ireland,” katanya dalam ucapan di Majlis Rumah Terbuka dan Pra-Pelancaran Pertubuhan Malaysia Madani (MyMadani), malam tadi.
Saifuddin turut menjelaskan kronologi kes Jill Ireland tersebut yang lebih kepada isu pentadbiran apabila wanita itu pulang ke Malaysia membawa bahan bercetak dan CD agama Kristian berbahasa Indonesia. Kastam merampas bahan berkenaan mengikut Akta Penerbitan dan Mesin Cetak 1984 berdasarkan arahan pentadbiran pada 1986.
“Jill Ireland kemudian lawan di mahkamah. Peguam Jill Ireland kata, Yang Arif Hakim anak guam saya bawa masuk bahan ini, kastam tahan. Kastam kata, ada arahan pentadbiran 1986 yang mengatakan bahan itu tidak boleh bawa masuk.
“Peguam Jill Ireland kata, Yang Arif, 1986 juga ada keputusan kabinet, masa itu Tun Mahathir (sebagai PM). Dalam keputusan itu bahawa perkara ini dibenarkan, asal ditulis cop untuk agama Kristian sahaja.
“Keputusan kabinet kata kalimah “Allah”, “Baitullah”, “Kaabah” dan “solat” tidak boleh digunakan, melainkan dicop untuk kegunaan Kristian sahaja pada bahan penerbitan.
“Hakim kata, kabinet kata boleh dengan cop, kastam kata tak boleh. Bila berlaku percanggahan Hakim kata Jill Ireland, kamu menang,” katanya.
Justeru Saifuddin hairan bagaimana pihak tertentu boleh memutar belitkan fakta kononnya dalam kes itu hakim membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam bahan penerbitan agama selain Islam.
“Hakim bukan kata Jill Ireland kalimah Allah kamu boleh guna. Hakim kata ini mahkamah sivil, saya bukan buat keputusan tentang isu teologi, saya buat keputusan tentang administratif, iaitu arahan pentadbiran bercanggah dengan keputusan Jemaah Menteri 1986.
“Keputusan hakim Mahkamah Tinggi ialah, bercanggah keputusan Kabinet dengan arahan pentadbiran. Itu keputusan mahkamah,” katanya.
Berdasarkan senario itu, kata Saifuddin, beliau kemudian mengikuti nasihat Peguam Negara untuk menggugurkan rayuan KDN kerana kes tersebut terlalu real percanggahannya dan tidak boleh dimenangi.
Kemudian beliau membawa ke Jemaah Menteri untuk proses penarikan balik rayuan oleh KDN.
The post Tiada keputusan mahkamah isu kalimah Allah, jangan putar belit first appeared on Suara Pakatan Daily.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/36377?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=tiada-keputusan-mahkamah-isu-kalimah-allah-jangan-putar-belit

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isu Kalimah Allah Rupanya Ini Punca Asal Kes Tersebut Ramai Tak Tahu

Isu Kalimah Allah Rupanya Ini Punca Asal Kes Tersebut Ramai Tak Tahu

papar berkaitan - pada 16/5/2023 - jumlah : 139 hits
Isu kalimah Allah Rupanya ini punca asal kes tersebut ramai tak tahu Gegak gempita bumi Malaysia apabila KDN menarik balik rayuan ke atas keputusan kes Jill Ireland bt Lawrence Bill v Menteri bagi Kementerian Dalam Negeri Malaysia amp Anor ...
Kalimah Allah Isu Sensitif

Kalimah Allah Isu Sensitif

papar berkaitan - pada 17/5/2023 - jumlah : 179 hits
BARU JE BERTAKBIR HARI RAYA TENTANG TENTERA AHZABORANG YANG MENJAGA URUSAN AGAMA SUNYI SEPI KALIMAH ALLAH BUKAN ISU NEGERI TAPI NEGARA MALAH ISU INTERNASIONALISU KALIMAH YANG TERDAPAT DI DALAM KITAB ORANG ISLAN IAITU AL QURAN ITULAH ISU POK...
Putrajaya Dititah Perhalusi Isu Kalimah Allah Dengan Cermat

Putrajaya Dititah Perhalusi Isu Kalimah Allah Dengan Cermat

papar berkaitan - pada 24/5/2023 - jumlah : 140 hits
Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah baginda masih berpegang kepada fatwa yang mewartakan kalimah Allah adalah hak eksklusif orang Islam dan memberi amaran kepada Putrajaya supaya berwaspada susulan tindakan kerajaan menarik...
Anthony Loke Kalimah Allah Jemaah Menteri Dr M Putus Selesai Kes Luar Mahkamah

Anthony Loke Kalimah Allah Jemaah Menteri Dr M Putus Selesai Kes Luar Mahkamah

papar berkaitan - pada 19/5/2023 - jumlah : 178 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook menegaskan penyelesaian kes kalimah Allah di luar mahkamah berdasarkan keputusan Jemaah Menteri ketika Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri dan bukan atas permintaan part...
Isu Kalimah Allah Kerajaan Gagal Pertahan Kesucian Islam

Isu Kalimah Allah Kerajaan Gagal Pertahan Kesucian Islam

papar berkaitan - pada 17/5/2023 - jumlah : 219 hits
satuberita myBy May 16 2023USTAZ AFNAN HAMIMI DATO TAIB AZAMUDDEN Timbalan Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS MalaysiaOLEH Afnan Hamimi Taib Azamudden Ahli Parlimen Alor SetarKERAJAAN Madani pada hari ini sekali lagi telah menunjukkan kebaculan ...
Fakta Isu Kalimah Allah Penjelasan Untuk Mudah Difaham

Fakta Isu Kalimah Allah Penjelasan Untuk Mudah Difaham

papar berkaitan - pada 18/5/2023 - jumlah : 310 hits
Isu yg dinyatakan oleh YBM Menteri KDN YBM Saifuddin Nasution hanya merujuk kpd kes Jill Ireland vs Kastam Bukan isu penggunaan kalimah Allah secara keseluruhan tapi isu kastam rampas CD milik Jill Ireland Pertama kita pahami kronologi KES ...
Kkb Polls Go Out To Vote With Peace Of Mind As Safety Assured Says Selangor Police

Kanak Kanak Usia 3 Tahun Sudah Boleh Diajar Berdikari Tahu Urus Diri Sudah Cukup Baik

Bnm Fines Habib Jewels Rm96 250 For Anti Money Laundering Breach

Business Community Heaves Sigh Of Relief At Stable Opr

Are Malaysian Consumers Missing The Target In Anti Israel Boycotts Of Western Brands

Pharmaniaga Komited Pulih Kewangan Keluar Status Pn17

Sejarah Hitam Bola Sepak Berulang

Hukuman Masyarakat Sangat Berat Jika Anda Punya Pendapat Berbeza Dari Mereka



Info Dan Sinopsis Filem Shaitaan 2024 Remake Filem Vash Kini Di Netflix

Biodata Emran Rijal Owner Jenama Emri Vision Suami Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra

Biodata Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra Yang Kahwin Bersuamikan Emran Rijal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3


Eka Heights Kediaman Baru Yang Moden Dan Selesa

Faedah Sirah Nabi Perang Bani Quraizhah Dan Pelajaran Di Dalamnya

Zim Zim Ala Kazim

Dalia Farhana Curang Chord

Cara Hilangkan Migrain

Untonglah Menantu Zahid Hamidi Dilantik Pengerusi Jiankun