Tiada Kawan Musuh Kekal Dalam Politik Kata Najib Mengenai Kemungkinan Kerjasama Dengan Anwar


FMT Reporters
-May 16, 2021 12:01 PM
Bekas perdana menteri Najib Razak, yang tidak menolak kemungkinan mengikat kerjasama dengan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim berkata, ‘semua orang perlu menimbangkan semua kemungkinan’.
KUALA LUMPUR: Bekas perdana menteri Najib Razak tidak menolak kemungkinan beliau akan bekerjasama dengan Presiden PKR Anwar Ibrahim pada masa depan.

“Seperti yang anda tahu, ada istilah, ‘dalam politik tiada kawan atau musuh kekal’. Saya percaya istilah ini benar, dan ia juga merujuk kepada pihak sebelah sana,” kata Najib tanpa menghurai lanjut. .

“Anda bertanya saya mengenai persoalan ini, tetapi (hakikat ialah) siapa yang jangkakan Dr Mahathir (Mohamad) dan Anwar akan bergabung. Ini sesuatu yang tidak dapat dibayangkan, (begitu juga) dengan Mahathir menerima DAP dalam kerajaan (Pakatan Harapan).

“Jadi, jika anda bercakap mengenai penjajaran baru kerjasama politik, itulah kemuncaknya,” kata Najib yang juga bekas presiden Umno, kepada portal Vibes.

Bagaimanapun Najib berkata, apabila seseorang seperti Mahathir dan dan Anwar bergabung dan kemudiannya Mahathir dan DAP mengikat kerjasama, muafakat itu tidak akan bertahan lama.

Beliau berkata, walaupun ahli politik mesti bingkas bertindak apabila “nampak peluang”, namun kestabilan politik hanya boleh dicapai sekiranya pihak yang terlibat saling mempercayai.

“Anda harus mempercayai satu sama lain. Jika anda saling percaya, hubungan itu akan berkekalkan,” kata Najib kepada portal itu.

Ketika ditanya sama ada beliau mempercayai Anwar untuk mengadakan kerjasama politik dengan ketua pembangkang itu, Najib sekadar berkata, semua orang harus mempertimbangkan segala kemungkinan.

“Saya mahukan orang yang berfikir fasal negara. Saya tidak melihat dari sudut individu. Saya mahu lihat apakah agenda anda untuk negara dan sama ada kita boleh bekerjasama dengan sesiapa (lain) demi negara.

“Segalanya harus berpaksikan kepentingan negara dan rakyat. Itu harus diberikan keutamaan lebih daripada segala yang lain,” kata Najib.

Najib turut menasihati Umno supaya bersifat terbuka dalam mengatur langkah parti itu di tengah-tengah percaturan baharu politik negara.

“Saya sentiasa berfikir bahawa lambat laun pilihan raya umum adalah penyelesaian terbaik untuk negara. Biar rakyat yang menentukan,” katanya.

“Saya percaya mandat harus dikembalikan kepada rakyat. Jika PRU tidak boleh diadakan, maka kita harus menimbangkan pilihan lain.

“Matlamat utama adalah memastikan Malaysia mempunyai tadbir urus yang baik dan berada di landasan betul,” kata Najib.

Katanya, pembentukan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang disokong Umno pada tahun lalu bukan untuk keuntungan politik sendiri, sebaliknya demi kelangsungan negara setelah kerajaan Pakatan Harapan (PH) gagal melaksanakan amanah rakyat.

“Ia bukan untuk kepentingan diri, tetapi (kerana) ramai orang mahukan perubahan, negara memerlukan perubahan.

“Sebagai seorang yang setia kepada parti (Umno), dan ini keputusan parti, saya mengikut keputusan parti,” kata Najib.

Kerajaan PN pimpinan Muhyiddin Yassin kini dilaporkan goyah selepas Umno mengambil keputusan tidak lagi akan bekerjasama dengan Bersatu pimpinan Muhyiddin Yassin pada PRU15.

Pemimpin kanan Umno dan Najib sendiri kerap mengkritik dasar kerajan yang dilihat tidak mampu menangani pandemik Covid-19 atau kelembapan ekonomi negara.

Mengimbas rekod PH semasa menerajui negara, Najib menyifatkan kerajaan di bawah pimpinan Mahathir itu sebagai “tidak bermoral” kerana gagal menunaikan janjinya kepada rakyat dalam tempoh 22 bulan ia berkuasa.

“Umumnya rakyat menolak kerajaan PH dan ini terpancar dalam keputusan tujuh pilihan raya (yang menyaksikan PH kalah) dan BN memperolehi majoriti lebih besar,” kata Najib.

“Mereka gagal menunaikan janji kepada rakyat. Apabila mendapat kuasa, (PH) tergamak berkata, janji itu bukan kitab suci dan mereka berhak untuk tidak menunaikannya.

“Ini bagi saya, (merupakan) perbuatan tidak bermoral. Anda (PH) kena minta maaf kepada rakyat kerana tidak menunaikan janji dan berbohong kepada mereka,” kata Najib


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/05/tiada-kawan-musuh-kekal-dalam-politik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Najib Kata Kerjasama Dengan Anwar Tak Mustahil Berlaku

Najib Kata Kerjasama Dengan Anwar Tak Mustahil Berlaku

papar berkaitan - pada 17/5/2021 - jumlah : 243 hits
May 17 2021 Bekas perdana menteri Najib Razak tidak menolak kemungkinan beliau akan bekerjasama dengan Presiden PKR Anwar Ibrahim pada masa depan Seperti yang anda tahu ada istilah dalam politik tiada kawan atau musuh kekal Saya percaya ist...
Anwar Calon Paling Sesuai Pm Akan Datang Kata Penganalisis Politik

Anwar Calon Paling Sesuai Pm Akan Datang Kata Penganalisis Politik

papar berkaitan - pada 5/5/2021 - jumlah : 259 hits
May 5 2021 Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Anwar Ibrahim dinamakan sebagai calon Perdana Menteri yang sesuai pada masa hadapan berdasarkan populariti dua pemimpin terbabit Penganalisis politik Dr Muhamad Nadzri Mohamed Noor berkata ...
Finas Tolak Permohonan Geran Afdlin Shauki Bermotif Politik Kata Anwar Hantar Beliau Bertanding Di Bera

Finas Tolak Permohonan Geran Afdlin Shauki Bermotif Politik Kata Anwar Hantar Beliau Bertanding Di Bera

papar berkaitan - pada 4/5/2021 - jumlah : 228 hits
May 3 2021 Anwar Ibrahim menuntut Finas mengkaji semula permohonan geran Afdlin Shauki dalam rencana besar bagi menggerakkan semula industri perfileman tempatan PETALING JAYA Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim mendakwa tindakan Perbadanan Kema...
Perwakilan Pkr Boleh Bahas Dakwaan Kerjasama Dengan Umno Termasuk Perbualan Anwar Zahid Pada Kongres Jun

Perwakilan Pkr Boleh Bahas Dakwaan Kerjasama Dengan Umno Termasuk Perbualan Anwar Zahid Pada Kongres Jun

papar berkaitan - pada 4/5/2021 - jumlah : 244 hits
May 3 2021 PETALING JAYA Pimpinan PKR memberi kebebasan penuh kepada perwakilan membahaskan dakwaan kerjasama parti itu dengan Umno termasuk rakaman perbualan kontroversi dikatakan antara presiden parti Anwar Ibrahim dan Presiden Umno Ahmad...
Katak Politik Juga Berlaku Zaman Ph Sprm Tak Harus Bersikap Terpilih Kata Pkr

Katak Politik Juga Berlaku Zaman Ph Sprm Tak Harus Bersikap Terpilih Kata Pkr

papar berkaitan - pada 4/5/2021 - jumlah : 215 hits
May 3 2021 Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail pada sidang media di Ibu Pejabat PKR hari ini PETALING JAYA PKR mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia tidak melakukan siasatan terpilih dalam isu katak politik Setiausaha A...
Kongres Pkr Terbuka Bahas Isu Kerjasama Umno Audio Dikaitkan Zahid Anwar

Kongres Pkr Terbuka Bahas Isu Kerjasama Umno Audio Dikaitkan Zahid Anwar

papar berkaitan - pada 3/5/2021 - jumlah : 444 hits
malaysiakini comDiterbitkan 3 May 2021 3 27 pmPKR memberi kebebasan kepada para perwakilannya untuk membangkitkan serta membahaskan isu spekulasi kerjasama parti itu dengan Umno mahu pun rakaman audio yang didakwa mengandungi perbualan kedu...
Pact With Anwar Not Impossible In New Political Milieu Says Najib

Pact With Anwar Not Impossible In New Political Milieu Says Najib

papar berkaitan - pada 16/5/2021 - jumlah : 320 hits
Najib Razak considers the alliance between Dr Mahathir Mohamad and Anwar Ibrahim as the ultimate in shifting political alliances PETALING JAYA Umno has to keep its options open when it comes to tying up with other parties as shifting allian...
Polis Akan Hilang Taring Akibat Campur Tangan Politik Kata Bekas Kpn

Polis Akan Hilang Taring Akibat Campur Tangan Politik Kata Bekas Kpn

papar berkaitan - pada 3/5/2021 - jumlah : 271 hits
May 2 2021 Musa Hassan mengakui campur tangan politik dalam polis berlaku sejak sekian lama dan turut mengganggu operasi pasukan itu PETALING JAYA Bekas ketua polis negara Musa Hassan berkata pasukan polis akan hilang taring jika budaya cam...
Jangan Jadi Seperti Malaysia Kata Indonesia Mengenai Kes Covid 19

Jangan Jadi Seperti Malaysia Kata Indonesia Mengenai Kes Covid 19

papar berkaitan - pada 9/5/2021 - jumlah : 350 hits
Peningkatan kes Covid 19 di Malaysia baru baru ini telah membuatkan ia dijadikan contoh oleh Kementerian Kesihatan Indonesia untuk mengingatkan rakyatnya agar berwaspada Jurucakap kementerian bagi vaksinasi Covid 19 DR Siti Nadia Tarmizi M ...
Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Laku Keras Rumah Teres Setingkat Mampu Milik Di Bandar Ainsdale Rm400k Sekelip Mata Habis Dijual

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia

Anwar Beri Impak Besar Pada Forum Wef

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Buffet Ramadan The Westin Desaru Coast

Rasuah Haram Hindarinya

Kitshafiq Rumah Tanpa Pintu Chord

Pyanhabib Kisah Sepotong Telur Dadar Dan Gulai Nangka Bulan Ramadan

Confirmed Ram Will Produce A Mid Size Pickup Truck In 2027

Breaking News Citroen May Reintroduce The 2cv