Tiada Jangkaan Banjir Besar Oktober Awal November Ini Metmalaysia



KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan tiada banjir besar berlaku dari sekarang sehingga awal November kerana negara belum memasuki Monsun Timur Laut.
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) MetMalaysia, Lim Ze Hui bagaimanapun berkata, dalam tempoh peralihan monsun yang bermula pada bulan ini dan berterusan hingga November depan, beberapa kawasan masih terdedah kepada hujan serta ribut petir pada sebelah petang.
Jelas beliau lagi, ketika hujan lebat dan ribut petir pada masa singkat, sesetengah tempat turut berisiko mengalami banjir kilat bergantung kepada sistem perparitan dan sungai di kawasan terbabit.
"Jangkaan dari segi meteorologinya, memang dari Oktober sehingga pertengahan November nanti, di mana kita jangkakan angin Monsun Timur Laut belum bermula. Namun, dalam tempoh peralihan monsun, kita masih lagi terdedah kepada hujan dan ribut petir pada sebelah petang.
"Jadi risiko ribut petir seperti yang kita sedia maklum juga membahayakan. Namun, jika banjir besar yang dikaitkan dengan Monsun Timur Laut, kita tidak menjangkakan apa-apa lagi akan berlaku dalam tempoh masa tersebut iaitu antara Oktober dan awal November," katanya.
Katanya, Monsun Timur Laut diramalkan berlaku pada November ini hingga Mac tahun depan.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pandangan segelintir pihak bahawa tempoh yang sesuai untuk diadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) adalah antara Oktober dan November kerana taburan hujan ketika dua bulan itu tidak melebihi purata.
Mengulas lanjut, Ze Hui berkata sukar untuk menentukan secara spesifik mengenai kemungkinan bencana banjir walaupun MetMalaysia meramalkan kebanyakan negeri di Semenanjung Malaysia akan menerima kadar hujan purata dalam tempoh enam bulan ini.
Ini kerana kata beliau, banjir boleh berlaku berdasarkan beberapa faktor termasuk keadaan geografi sesuatu kawasan.
"Contohnya sesuatu tempat walaupun hujan melebih paras purata tetapi memandangkan persekitaran sesuatu tempat atau perparitan sesuatu tempat, dan tetap juga kepada geografi. Jadi mungkin ada tempat-tempat yang agak lebih mudah banjir. Jadi walaupun paras hujan pada paras purata, ia mungkin boleh menyebabkan banjir.
"Begitulah sebaliknya, sesuatu tempat yang keadaan geografinya boleh menampung air dengan lebih banyak, mungkin tempat-tempat seperti ini, walaupun ia di atas paras purata, ia tak mengalami banjir," tambah Ze Hui lagi.
Dalam pada itu, beliau berkata MetMalaysia menggunakan beberapa model iklim antarabangsa dalam meramal keadaan cuaca, yang antaranya boleh melepasi sehingga 10 hari.
Begitu pun, Ze Hui menegaskan ketepatan model-model berkenaan perlu diteliti dan kebiasaan ia digunakan untuk ramalan bagi tempoh tiga atau empat hari akan datang berbanding jangkaan yang panjang lapor AstroAwani

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2022/10/tiada-jangkaan-banjir-besar-oktober-dan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Banjir Besar Menakutkan Malaysia Bulan Depan

Banjir Besar Menakutkan Malaysia Bulan Depan

papar berkaitan - pada 4/10/2022 - jumlah : 256 hits
Selalunya kalau ramalan ramalan itu melesetPernah diramal banjir besar di Kelantan 2006 2007Tiba2 yg banjir teruk negeri JohorTsunami 2004 tiada pun sesiapa mendugaJuga Tsunami di Jepun yg membunuh 10 ribu jiwaBanjir besar di Lembah Klang j...
Agong Titah Bersedia Hadapi Risiko Banjir Besar

Agong Titah Bersedia Hadapi Risiko Banjir Besar

papar berkaitan - pada 9/10/2022 - jumlah : 232 hits
malaysiakini comDiterbitkan Oct 9 2022 10 59 AMYang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah menitahkan semua agensi berkaitan membuat persediaan menyeluruh yang rapi demi kemaslahatan ummah bagi menghadapi ri...
Pru15 Tak Sesuai Diadakan Pada November Kata Metmalaysia Tetapi Zahid Hamidi Bertegas Mahu Pru15 Diadakan Segera

Pru15 Tak Sesuai Diadakan Pada November Kata Metmalaysia Tetapi Zahid Hamidi Bertegas Mahu Pru15 Diadakan Segera

papar berkaitan - pada 6/10/2022 - jumlah : 151 hits
Jabatan Meteorologi Malaysia memaklumkan Pilihan Raya Umum ke 15 tidak sesuai diadakan semasa Monsun Timur Laut yang dijangka bermula pada November ini nbsp Jika mengambil kira pandangan kami daripada komuniti pengurusan ben
Insya Allah Rakyat Akan Mengundi Pada Awal November Sebelum Masuk Ke Minggu Kedua

Insya Allah Rakyat Akan Mengundi Pada Awal November Sebelum Masuk Ke Minggu Kedua

papar berkaitan - pada 10/10/2022 - jumlah : 194 hits
Kita akan usahakan yang terbaik untuk meyakinkan rakyat memilih kembali KEADILAN dan Pakatan Harapan untuk mendepani cabaran cabaran negara yang dijangka lebih hebat dalam 2023 akibat kemelut ekonomi dunia dan lain lain Saya mohon semua rak...
Hujan Dan Banjir Bukan Setiap Hari November Disember 2022

Hujan Dan Banjir Bukan Setiap Hari November Disember 2022

papar berkaitan - pada 2/10/2022 - jumlah : 285 hits
Jika berlaku banjir semasa proses berkempen tarikh pilihanraya baru boleh ditangguh ditunda dan di anjak pada Tarikh baru yang lebih sesuai seluruh negara seluruh Negeri atau sesuatu tempat Tiada mustahil bagi orang politik banjir pun merek...
Saham Eropah Merosot Secara Mendadak Pada Awal Oktober

Saham Eropah Merosot Secara Mendadak Pada Awal Oktober

papar berkaitan - pada 4/10/2022 - jumlah : 160 hits
Pada hari Isnin indeks saham Eropah utama turun lebih 1 apabila data statistik mengenai negara EU diterbitkan Lebih lebih lagi pelabur terus membincangkan inflasi yang melonjak dan kadar faedah yang meningkat secara kekal dalam ekonomi terb...
Satu Beg Kelengkapan Anak Metmalaysia Jangka 10 Juta Rakyat Malaysia Terkesan Banjir Bersedia

Satu Beg Kelengkapan Anak Metmalaysia Jangka 10 Juta Rakyat Malaysia Terkesan Banjir Bersedia

papar berkaitan - pada 10/10/2022 - jumlah : 195 hits
Kesan trauma melalui pengalaman berdepan banjir besar kira kira 10 bulan yang lalu di Klang dan Shah Alam Selangor masih meninggalkan kesan yang teramat Banjir terburuk yang melanda warga Shah Alam dan menyifatkan sebagai bencana banjir ter...
Dah Selidik Dengan Metmalaysia Jadi Kita Adakan Pru15 Sebelum Banjir Zahid Hamidi

Dah Selidik Dengan Metmalaysia Jadi Kita Adakan Pru15 Sebelum Banjir Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 5/10/2022 - jumlah : 217 hits
Dah selidik dengan MetMalaysia jadi kita adakan PRU15 sebelum banjir Zahid HamidiFoto Berita TularPresiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi menyuarakan keyakinannya bahawa Pilihan Raya Umum Ke 15 akan diadakan pada tahun ini sebelum bencana banjir b...
Kemaman Hulu Terengganu Dijangka Banjir November Ini

Kemaman Hulu Terengganu Dijangka Banjir November Ini

papar berkaitan - pada 4/10/2022 - jumlah : 181 hits
BANJIR luar biasa yang melanda daerah Hulu Terengganu akhir Februari lalu telah memberi pengajaran besar terhadap pengurusan bah di Terengganu
Pasangan Pakar Motivasi Terkenal Dalam Negara Umum Bercerai Rupanya Suami Tambah Satu Lagi Isteri Berusia 24 Tahun

Menceraikan Istri Demi Wanita Lain Ini Kisah Cinta Khalid Bin Yazid Dan Ramlah

5 Jenis Ujian Emosi Di Hari Raya

Wading Into Winter Here S Why Snow Waders Matter

Night Side Songs A Pioneering Palliative Care Musical

200 Durian Trees Destroyed Pahang Accused Of Violating Court Order

Dia Nak Kacau Felda Pula Sebab Tempat Melayu Kenyataan Di Atas Adalah Fitnah

Narrowing Data Gaps To Ensure No Woman Or Girl Left Behind


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cara Kira Kuantiti Berapa Banyak Open House Jamuan Raya

Rumah Terbuka Mini

Domain Name Valuation Matter

Raya Di Teratak Kecil Nieyl

Gildcoustic Feat Staso Prasetyo Bapak Chord

Bab 4 April 2025