Tiada Isu Pembalasan Politik Dalam 3 Isu Prasarana Di P Pinang


Oleh AMREE AHMAD PUTRAJAYA: Kementerian Pengangkutan menafikan dakwaan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng kononnya bertindak melakukan pembalasan politik ke atas negeri tersebut.
Sebaliknya, dakwaan pembatalan tiga daripada empat projek prasarana itu yang disifatkan sebagai bentuk pembalasan politik terhadap negeri berkenaan adalah tidak benar sama sekali.
“Ini termasuk perkhidmatan feri yang tidak dibatalkan sebaliknya ditambah baik mengikut arus pemodenan untuk diberi lebih keselesaan,” kata kementerian itu menerusi kenyataan hari ini.
Kementerian tersebut merujuk artikel yang disiarkan oleh portal tempatan pada 7 Januari lalu dengan tajuk “PN jadikan ‘Wee’ sebagai senjata untuk memangsakan rakyat Pulau Pinang – Guan Eng.
”Justeru, kementerian itu membuat pembetulan tanggapan salah yang dinyatakan pemimpin DAP tersebut selain dakwaan oleh adik perempuan Guan Eng sendiri, Senator Lim Hui Ying.
Isu Rapid Feri Pulau Pinang yang dibangkitkan termasuk cadangan dari pelbagai pihak bagi memelihara warisan dan budaya ikonik negeri itu jelas kementerian, masih dipertimbangkan.
“Ini meliputi saranan agar feri lama itu dijadikan sebagai restoran terapung, muzium atau pun kapal pelayaran pelancongan sejajar fasa pemodenan bermula 1 Januari lalu,” kata kementerian berkenaan lagi.
Prasarana Malaysia Bhd. telah menyewa dua feri laju buat sementara hingga feri baru ‘bas air’ diperoleh Penang Port Sdn. Bhd. untuk beroperasi dalam tempoh jangka masa 18 bulan.
Usaha berterusan kata kementerian, bagi ganti feri lama banyak kelemahan serta sering rosak dengan purata sebulan sekali dan dianggap kurang berdaya maju untuk jangka masa panjang.
Menyentuh isu Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PIA), kementerian itu berkata, cadangan projek pembesaran belum lagi dibatalkan oleh menterinya, Datuk Wee Ka Siong.
“Namun, ia diteliti semula dengan ambil kira permintaan penumpang dan keadaan ekonomi akibat pandemik Covid-19 yang beri kesan besar buat industri penerbangan awam,” katanya.
Apatah lagi ujar kementerian, aliran trafik penumpang di PIA lebih teruk berbanding peringkat global apabila jatuh 78 peratus kepada 1.816 juta sepanjang tahun lalu berbanding data 2019.
Situasi buruk itu menjejaskan keupayaan operatornya, Malaysia Airports Holding Berhad bagi biayai naik taraf PIA seperti dibincangkan Ka Siong dengan Ketua Menteri, Chow Kon Yew.
Biarpun ia dijangka naik balik tahun ini, tetapi keadaan itu diunjurkan melibatkan 30 peratus daripada kapasiti penuh dan diramal hanya mampu akan pulih sepenuhnya menjelang 2024.
“Berhubung isu Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Bayan Lepas-Komtar, ia tidak dibatalkan kementerian seperti didakwa Guan Eng sebaliknya ada laporan yang belum diserah,” katanya.
Kerajaan negeri didapati tidak memberi kelulusan akhir Penilaian Impak Sosial dan Laporan Impak Alam Sekitar dari Jabatan Alam Sekitar serta Jabatan Perancangan Bandar dan Desa.
Ia sepatutnya dikemukakan kepada Agensi Pengangkutan Awam Darat sebelum diluluskan Menteri Pengangkutan mengikut sub-seksyen 84(6) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.
Kementerian itu berharap, pemimpin politik dapat menahan diri daripada sebar cerita fiskyen hanya demi kepentingan politik, bahkan perlulah sentiasa beri fakta sebenar kepada rakyat.
“Segala pendapat daripada kerajaan negeri berhubung penambahbaikan prasarana pengangkutan awam demi keselesaan penumpang diterima baik oleh pihak kementerian,” katanya. -UTUSAN ONLINE


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/01/tiada-isu-pembalasan-politik-dalam-3.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pakatan Harapan Kedah Gesa Jangan Ugut Pulau Pinang Isu Caj Air

Pakatan Harapan Kedah Gesa Jangan Ugut Pulau Pinang Isu Caj Air

papar berkaitan - pada 7/1/2021 - jumlah : 246 hits
Pakatan Harapan Kedah menyokong sepenuhnya usaha kerajaan negeri untuk menuntut caj air mentah daripada Pulau Pinang namun menyarankan supaya kaedah terbaik dan lebih berhemah digunakan bagi menyelesaikan isu itu Timbalan Pengerusi PH Kedah...
Isu Caj Air Sanusi Kita Jumpa Di Mahkamah Km P Pinang

Isu Caj Air Sanusi Kita Jumpa Di Mahkamah Km P Pinang

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 194 hits
MALAYSIAKINI Kerajaan Negeri Pulau Pinang sedia berjumpa dengan Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor di mahkamah berhubung isu caj air mentah Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata Pulau Pinang akan mempertahankan hak riparian sumber air...
Umno Pulau Pinang Tolak Kerjasama Politik Dengan Bersatu Pada Pru15 Datuk Musa Sheikh Fadzir

Umno Pulau Pinang Tolak Kerjasama Politik Dengan Bersatu Pada Pru15 Datuk Musa Sheikh Fadzir

papar berkaitan - pada 3/1/2021 - jumlah : 570 hits
UMNO Pulau Pinang menolak sebarang kerjasama politik dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia pada Pilihan Raya Umum ke 15 Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata keputusan itu diputuskan majoriti semua bahagia...
Cerita Sebalik Berita Rencam Politik Tanah Air 2020

Cerita Sebalik Berita Rencam Politik Tanah Air 2020

papar berkaitan - pada 31/12/2020 - jumlah : 220 hits
Wartawan Astro AWANI menceritakan kisah di sebalik sesuatu berita yang dilaporkan SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Astro AWANI LIVE https www astroawani com video terkini Social Media FACEBOOK ...
Kronologi Kejadahan Politik Malaysia

Kronologi Kejadahan Politik Malaysia

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 152 hits
Saja aku tulis kronologi di sini untuk kita semua tak lupa apa yang berlaku kat negara kita Dan untuk kita cerita kat cucu cicik kita betapa jadahnya politik Malaysia 24 Februari 2020 Bersatu umum keluar PH Kenyataan dibuat oleh Presiden Be...
Tolak Mereka Yang Rasuah Salah Guna Kuasa Dan Hanya Pentingkan Laba Politik Titah Sultan Nazrin

Tolak Mereka Yang Rasuah Salah Guna Kuasa Dan Hanya Pentingkan Laba Politik Titah Sultan Nazrin

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 240 hits
freemalaysiatoday com January 12 2021 12 52 PMIPOH Umat Islam diingatkan supaya tidak menyerahkan amanah atau tanggungjawab kepada golongan yang bermoral rendah terpalit dengan rasuah salah guna kuasa tidak jujur mahupun ikhlas Sultan Perak...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa