Tiada Diskriminasi Pati Bukit Malut Datang Ambil Vaksin Tak Diambil Tindakan Kata Sanusi


 
Golongan bukan warganegara sekalipun tetap diberi suntikan vaksin untuk mengelak jangkitan merebak, kata Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor.PETALING JAYA: Kerajaan negeri Kedah memberi jaminan tiada tindakan akan diambil terhadap pendatang asing yang tinggal di Bukit Malut, Langkawi, yang keluar untuk menerima suntikan vaksin bagi mengekang penularan Covid-19 di situ.
Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor berkata tiada diskriminasi dalam program vaksinasi dan semua pihak akan diberi layanan sama termasuk pendatang tanpa izin.
“Saya beri jaminan kepada semua bahawa mereka akan diberi vaksin secara percuma. Mungkin ada kebimbangan kalau keluar suntik vaksin akan kena tangkap, saya beri jaminan mereka tidak akan ditangkap.
“Semua patut terima vaksin kerana kalau tidak diberi vaksin, kita takut mereka akan menjadi pembawa (virus Covid-19) dan memang program vaksinasi ini sudah mengambil kira penduduk warganegara dan bukan warganegara,” katanya dalam sidang media secara dalam talian selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Alor Setar, menurut laporan Bernama.
Beliau berkata bagi mempercepatkan proses vaksinasi di Bukit Malut yang kini berada di bawah perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD), pusat pemberian vaksin (PPV) bergerak juga telah dilaksanakan di situ.
“PPV bergerak diperlukan kerana kesukaran untuk mereka keluar ke PPV awam dan PPV integrasi atas beberapa faktor termasuklah kediaman yang berhimpit (terlalu rapat). Saya difahamkan rekod terkini penduduk di Bukit Malut sudah melebihi 10,000 orang,” katanya.
“Ada yang bukan warganegara tapi mereka tetap diberi suntikan vaksin untuk elakkan jangkitan merebak. Hari ini sahaja ada tiga kematian penduduk di Bukit Malut dan saya ucapkan takziah.
“Justeru penduduk dimohon beri kerjasama penuh kepada agensi yang sedang laksanakan PKPD dan buat pendaftaran suntikan vaksin.”
Sementara itu, Muhammad Sanusi berkata keluarga mangsa Covid-19 yang meninggal dunia terutama di daerah Kuala Muda dan Kota Setar tidak lagi boleh memilih tanah perkuburan untuk mengebumikan ahli keluarga masing-masing.
“Kena ikut apa yang diputuskan kerajaan, kena redha sebab ia akan menjejaskan kesegeraan pengebumian jenazah lain. Sebelum ini sehari kita boleh kebumikan dalam lima jenazah sahaja sedangkan kadar kematian harian agak tinggi antara 10 hingga 12 jenazah sehari.
“Setiap pengebumian perlu ada inspektor kesihatan dan kita kekurangan pegawai yang uruskan jenazah Covid-19. Prosedur operasi standard proses pengebumian adalah lapan hingga 12 jam tapi ada yang sampai 20 jam sebab pergerakan petugas ke kawasan yang agak jauh ikut permintaan keluarga,” katanya.
Selepas ini setiap kariah akan bergilir-gilir menerima jenazah Covid-19 bagi membolehkan urusan pengebumian dapat disegerakan mengikut syarak, sekali gus mengurangkan tempoh keberadaan jenazah di rumah mayat hospital yang kini menggunakan kontena sejuk beku. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2021/08/tiada-diskriminasi-pati-bukit-malut.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+Must

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Berhimpun Atau Tindakan Akan Diambil Kata Ketua Polis Kl

Jangan Berhimpun Atau Tindakan Akan Diambil Kata Ketua Polis Kl

papar berkaitan - pada 31/7/2021 - jumlah : 313 hits
Ketua Polis Kuala Lumpur Azmi Abu Kassim berkata sebarang perhimpunan tidak dibenarkan kerana negara masih berada dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara PETALING JAYA Polis akan mengambil tindakan terhadap mana mana pihak yang menganjurkan seb...
Pandemik Politik Hanya Di Putrajaya Kedah Tak Terjejas Kata Sanusi

Pandemik Politik Hanya Di Putrajaya Kedah Tak Terjejas Kata Sanusi

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 246 hits
Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor menjelaskan situasi di pusat sekarang tidak menjejaskan kedudukan kerajaan negeri PETALING JAYA Krisis politik ketika ini adalah pandemik yang terhad kepada Putrajaya dan tidak memberi kesan kepada...
Rentas Negeri Penerima Vaksin Lengkap Bertemu Keluarga Dipertimbangkan Kata Tpm

Rentas Negeri Penerima Vaksin Lengkap Bertemu Keluarga Dipertimbangkan Kata Tpm

papar berkaitan - pada 23/7/2021 - jumlah : 269 hits
MALAYSIA NOWIsmail berkata beliau menerima keluhan ramai yang terpaksa berpisah dengan pasangan dan anak anak kerana larangan merentas negeri Sekatan jalan raya dijalankan di seluruh negara bagi memastikan orang ramai tidak ingkar larangan ...
Kotakan Janji Tambah Bekalan Vaksin Beri Prioriti Kepada Sabah Kata Salleh

Kotakan Janji Tambah Bekalan Vaksin Beri Prioriti Kepada Sabah Kata Salleh

papar berkaitan - pada 6/8/2021 - jumlah : 247 hits
Salleh Said Keruak berkata peningkatan kes di Sabah sejak beberapa hari lalu membuktikan proses vaksinasi harus dipercepatkan PETALING JAYA Bekas menteri komunikasi dan multimedia Salleh Said Keruak menggesa vaksinasi di Sabah dipercepatkan...
Langsuir Datang Suntik Vaksin

Langsuir Datang Suntik Vaksin

papar berkaitan - pada 1/8/2021 - jumlah : 548 hits
Tangkap layar video yang memaparkan seorang lelaki hadir menghadiri janji temu suntikan vaksin di PPV Dewan Mini Putrajaya Kota Kinabalu Sabah dengan memakai kostum hantu puntianak baru baru ini PETALING JAYA Tindakan seorang pemuda memakai...
Tak Komen Jelek Hina Atau Maki Sanusi Tapi Saya Kena Juga Kata Ketua Umno Sungai Petani

Tak Komen Jelek Hina Atau Maki Sanusi Tapi Saya Kena Juga Kata Ketua Umno Sungai Petani

papar berkaitan - pada 12/8/2021 - jumlah : 214 hits
FMT ReportersKetua Umno Sungai Petani Shahanim Mohamad Yusoff mendakwa dirinya menjadi mangsa hanya kerana mendedahkan status jumlah kematian Covid 19 di Kuala Muda PETALING JAYA Sejurus selepas Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor me...
Tarik Sokongan Selaras Ketetapan Pau2020 Ismail Sabri Dan Menteri2 Umno Memang Wajar Diambil Tindakan Disiplin

Tarik Sokongan Selaras Ketetapan Pau2020 Ismail Sabri Dan Menteri2 Umno Memang Wajar Diambil Tindakan Disiplin

papar berkaitan - pada 6/8/2021 - jumlah : 236 hits
Disedari atau tidak atau mungkin ada yang cuba buat buat lupa keputusan MT UMNO membuat keputusan menarik sokongan terhadap kerajaan PN sebagaimana diumumkan Ahmad Zahid Hamidi pada 3 Ogos baru baru ini adalah selaras dengan ketetapan PAU20...
Tunggu Data Negara Lain Untuk Teruskan Vaksin Kepada Pelajar Spm Kata Khairy

Tunggu Data Negara Lain Untuk Teruskan Vaksin Kepada Pelajar Spm Kata Khairy

papar berkaitan - pada 29/7/2021 - jumlah : 384 hits
July 28 2021Kerajaan memutuskan untuk menangguhkan pemberian vaksinasi kepada pelajar Sijil Pelajaran Malaysia demikian menurut Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin Ini kerana katanya ia selaras dengan keputusan United King...
Dakwaan Petugas Ppv Kutip Rm80 Seorang Untuk Vaksin Tak Benar Kata Sprm

Dakwaan Petugas Ppv Kutip Rm80 Seorang Untuk Vaksin Tak Benar Kata Sprm

papar berkaitan - pada 6/8/2021 - jumlah : 269 hits
Terdahulu polis mengesahkan rakaman video yang tular di media sosial memaparkan individu beratur panjang serta tidak mematuhi penjarakan fizikal di luar pagar PPVIN Shah Alam PETALING JAYA Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menafikan da...
Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Put Aside Egos And Resolve Rice Crisis Mat Sabu Syed Hussin Told

Bufet Ramadan 2025 Di Le Meridien Petaling Jaya

How A Parent S Affection Shapes A Child S Happiness For Life

Surat Al Isra Ayat 1 Arti Dan Tafsir Ayat Isra Mi Raj

Tarikh Pembayaran Emolumen Bulanan Bagi Tahun 2025

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Pemuda Pas Bersatu Jangan Tunggang Demo Atau Kami Tendang


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Isu Ham Di Universiti Malaya

Lirik Lagu Jauh Danial Kifli

0x1c8c5b6a

Tidak Seindah Filem Ini Kisah Dina Sanichar Mowgli Versi Sebenar Yang Dibesarkan Serigala

Gua Damai Extreme Park Batu Caves Pakej Aktiviti Dan Harga

2025 Skoda Octavia Select And Rs Price And Specs