Tiada Dalil Menyatakan Roh Akan Pulang Ketika Bulan Ramadhan


Prinsip mengutamakan dalil adalah "tulang belakang atau nyawa" agama yang wajib dijaga. Jika tulang ini patah atau bengkok, kesucian Islam akan tercemar dengan garapan manusia yang kuat berkhayal atau dipengaruhi anasir agama asing.


Disiplin "DALIL, NASS, HUJAH DAN FAKTA" adalah perjuangan para ulama semenjak zaman sahabat sehingga kiamat.

Malangnya, antara anasir agama asing yang sangat popular di kalangan orang Islam adalah kepercayan pulangnya roh orang yang sudah meninggal pada waktu tertentu seperti malam Jumaat dan bulan Ramadhan.

Tidak kurang juga kepercayaan "hantu" yang didakwa berasal dari roh si mati yang tidak selesai urusannya, lalu dia pulang ke dunia bagi menyelesaikan dendam atau keadilan buat dirinya yang terbantut.

Kepercayaan ini jelas bercanggah dengan keadilan mahkamah Allah di akhirat kelak. Orang mati mahu segera mendapat keadian tanpa perlu menunggu balasan akhirat!

Menjelang Ramadhan, tazkirah media sosial tentang "KEPULANGAN ROH PADA BULAN RAMADHAN" mulai dikongsi ramai tanpa fikir.

Tazkirah ini juga tidak disokong oleh nas atau dalil yang sahih. Ia disebar bagai ombak besar yang merempuh semua disiplin Islam.

Akibatnya, masyarakat awam yang tidak mengenal disiplin agama sekali lagi dirosakkan mindanya dengan cerita karut serta khurafat percutian roh pada bulan Ramadhan.

Sesetengah orang pula bermatian mempertahankan kepercayaan ini walau tanpa dalil. Semoga Allah memberikan mereka hidayah.

Roh manusia yang sudah mati "TIDAK BOLEH SAMA SEKALI" pulang ke dunia. Mereka tidak pulang pada malam Jumaat, tidak juga pada bulan Ramadhan atau pulang menuntut bela sebagai hantu.

Kepercayaan roh balik ke dunia bukan dari ajaran Islam. Ia adalah pengaruh agama asing.

Di sini saya berikan beberapa dalil, nas dan hujah bagi meruntuh dan meranapkan terus kepercayaan ini.

Biar kepercayaan karut warisan turun temurun ini hancur lebur dan mati tanpa kubur. Ini hujahnya.

1. Perihal roh adalah rahsia Allah yang tergolong dalam urusan ghaib. Pengetahuan kita mengenainya pun sangat sedikit

Firman Allah SWT yang maksudnya: "Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: "ROH ITU DARI PERKARA URUSAN TUHANKU; DAN KAMU TIDAK DIBERIKAN ILMU PENGETAHUAN MELAINKAN SEDIKIT SAHAJA." (al-Isra' [17:85])

Sebarang bicara mengenai yang ghaib seperti roh wajib bersandarkan sumber wahyu seperti al-Quran dan Hadith yang Sahih.

Fahamilah disiplin ilmu Islam melalui Firman Allah SWT ini yang maksudnya:

"Katakanlah lagi: “TIADA SESIAPAPUN DI LANGIT DAN DI BUMI YANG MENGETAHUI PERKARA YANG GHAIB MELAINKAN ALLAH!" Dan tiadalah mereka menyedari bilakah masing-masing akan dibangkitkan hidup semula (sesudah mati)." (al-Naml [27:65])

2. Allah menegaskan manusia yang mati akan terkurung dalam alam barzakh sehingga kiamat

Barzakh bermaksud "DINDING PEMISAH YANG MENGHALANG ROH SI MATI DARI KEMBALI KE DUNIA." (Tafsir al-Jalalayn)

Firman Allah yang maksudnya: "Kesudahan golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang antara mereka, dia berkata: "Wahai Tuhanku, kembalikanlah aku (hidup semula di dunia). Supaya aku mengerjakan amal yang soleh dalam perkara yang telah aku tinggalkan." Tidak! Masakan dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang dia sahaja ucapkan, sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (dinding pemisah yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat)." (al-mu'minun [23:99-100])

3. Nikmat yang diperolehi oleh roh orang beriman di alam barzakh jauh lebih besar dan lebih hebat. Apa perlunya mereka pulang ke dunia untuk melihat nikmat dunia yang sungguh biasa?

Jika dikata pulangnya mereka kerana mahu mengutip pahala hasil sedekah orang masjid atau anak cucu, maka kuasa Allah mengatasi segalanya. Kuasa-Nya merentas alam.

Doa yang dipanjatkan oleh keluarga roh si mati boleh terus disalurkan ke alam barzakh tanpa perlu mereka pulang ke dunia.

4. "ALLAH SENDIRI MENEGASKAN" roh si mati tidak boleh pulang ke dunia sebagaimana kisah kesedihan seorang sahabat bernama Jabir bin Abdullah r.a. yang kematian bapanya dalam perang Uhud

Bagi memujuknya Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Mahukah aku khabarkan kepadamu berita gembira tentang ayahmu?" Aku (Jabir menjawab): "Ya! Wahai Rasulullah." Rasulullah SAW menyambung: "Allah tidak berbicara dengan sesiapapun secara terus melainkan di sebalik tabir. (Pun begitu) Allah menghidupkan ayahmu (di alam barzakh) lalu berbicara dengannya secara terus (berdepan tanpa perantara) seraya berkata: "Wahai hambaku! Pintalah (apa sahaja), pasti akan Aku tunaikan!" Ayahmu menjawab: "Wahai Tuhanku, hidupkan aku sekali lagi agar aku dapat mati (syahid) kerana (agama)Mu buat kali kedua." Allah menjawab: "(ITU TIDAK MUNGKIN BERLAKU KERANA) TELAH TETAP DARI (KEPUTUSANKU) bahawa sesungguhnya mereka (yang mati) tidak akan kembali lagi ke dunia." Rasulullah menyambung: "Berikutan itu Allah menurunkan ayat ini: "Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki." (Ali 'Imran [3:169]) (Sunan al-Tirmidhi)

Situasi yang sama boleh difahami dari kisah lelaki soleh (bernama Habib al-Najjar) yang mati dibunuh dalam kisah surah Yasin.

Firman Allah SWT yang maksudnya: "(Setelah dia mati) lalu dikatakan kepadanya: "Masuklah ke dalam Syurga". Ia berkata: "Alangkah baiknya kalau kaumku mengetahui - "Tentang perkara yang menyebabkan daku diampunkan oleh Tuhanku, serta dijadikannya daku dari orang-orang yang dimuliakan." (Yasin[36:26-27])

Beliau yang mati syahid ingin kembali ke dunia untuk menasihati kaumnya agar beriman kepada Allah, tetapi hasratnya dihalang.

Ini sebabnya beliau menggunakan lafaz "alangkah baiknya" kerana ia adalah harapan yang tidak mampu dicapai.

Walau berjela hujah naqli (wahyu) dan aqli (logik) diutarakan bagi menafikan kepercayaan karut ini, orang jahil yang TIADA DISIPLIN ILMU ISLAM akan menyanggah dengan ayat "SERIBU GUNA" mereka iaitu: "IA TIDAK MUSTAHIL PADA KEKUASAAN ALLAH KERANA ALLAH ITU MAHA BERKUASA. BOLEH SAHAJA ALLAH DENGAN KUASANYA YANG TIDAK TERBATAS MEMBEBASKAN ROH YANG BERIMAN PADA BULAN RAMADHAN ATAU MALAM JUMAAT UNTUK PULANG KE DUNIA."

Jika begitu logik mereka, maka ini jawapannya:

"Malam tadi saya didatangi Jibril a.s. Jibril memeluk saya erat sambil mengajarkan saya surah al-'Alaq. Sejurus selepas itu saya DILANTIK SEBAGAI NABI akhir ZAMAN SELEPAS NABI MUHAMMAD SAW.

"Jadi, anda semua perlu beriman kepada kerasulan saya. Jika ada yang tidak bersetuju dengan perlantikan saya sebagai Rasul, maka ini hujah "SERIBU GUNA" saya: "IA TIDAK MUSTAHIL PADA KEKUASAAN ALLAH KERANA ALLAH ITU MAHA BERKUASA. BOLEH SAHAJA ALLAH DENGAN KUASANYA YANG TIDAK TERBATAS MELANTIK SAYA SEBAGAI NABI AKHIR ZAMAN SELEPAS NABI MUHAMMAD."

Inilah antara contoh "DISIPLIN CACA MARBA" dalam agama yang digunapakai oleh sesetengah orang jahil.

Memang Allah Maha Berkuasa untuk melakukan apa sahaja, tetapi perlu dipahat kemas dalam hati bahawa Allah juga sudah meletakkan Sunnatullah atau undang-undang-Nya yang tidak akan diubah.

Antara Sunnatullah yang tidak akan berubah sampai kiamat adalah roh orang yang sudah mati tidak boleh pulang sama sekali ke dunia untuk apa sahaja tujuan.

Sebarang dakwaan menyanggah hukum dan undang-undang Allah ini wajib ditolak. Jika tidak, agama suci ini akan jadi "agama secukup rasa" yang bergantung kepada penganutnya.

Jika mahu lebih pedas tambahlah cilinya. Jika mahu lebih masin, tambahlah garamnya. Jika mahu lebih manis, tambahlah gulanya.

Jika ini disiplin memahami agama ini, hilanglah keagungannya dan runtuhlah kegemilangannya.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA: Benarkah Saka Roh Nenek Moyang? Bagaimana Ia Diwarisi?Injil Yohanes Bukan Ucapan Yesus, Dunia Kristian Tercengang!
sumber: catatantauhidsunnah



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2022/04/dalil-roh-pulang-di-bulan-ramadhan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bulan Ramadhan Bulan Pesta Ibadah

Bulan Ramadhan Bulan Pesta Ibadah

papar berkaitan - pada 10/4/2022 - jumlah : 209 hits
Sajak dibacakan pada hari Ahad 3hb April 2022 Bulan Ramadhan Bulan Pesta IbadahJanganlah Ramadhan dijadikan pesta makan minum Janganlah jadikan Ramadhan banyak tidur tidur sahaja di siangnya Janganlah jadikan Ramadhan selepas sedikit ibadah...
Resepi Energy Booster Untuk Ibu Hamil Ketika Bulan Puasa

Resepi Energy Booster Untuk Ibu Hamil Ketika Bulan Puasa

papar berkaitan - pada 28/3/2022 - jumlah : 162 hits
Apakah menu diet ibu mengandung ketika berpuasa yang enak untuk dinikmati ya Kalau ingin mendapatkan idea dan juga resipi teruskan pembacaan anda Selamat ke ibu hamil berpuasa Sebelum kita terus bercakap mengenai menu diet ibu mengandung ke...
Membedah Kesalahan Kesalahan Di Bulan Ramadhan

Membedah Kesalahan Kesalahan Di Bulan Ramadhan

papar berkaitan - pada 6/4/2022 - jumlah : 244 hits
Ini di antara kesalahan di bulan Ramadhan terutama ketika memasukinya
9 Golongan Yang Amat Rugi Di Sepanjang Bulan Ramadhan

9 Golongan Yang Amat Rugi Di Sepanjang Bulan Ramadhan

papar berkaitan - pada 4/4/2022 - jumlah : 313 hits
Amat rugilah mereka yang berpeluang bertemu dengan Ramadhan tetapi tidak mendapat keampunan ilahi Bagi orang yang beriman inilah masa yang dinanti nantikan Mereka bersedia dengan persiapan yang rapi bagi menyambut Ramadhan Pun begitu ramai ...
Niat Puasa Sebulan Harian Bulan Ramadhan

Niat Puasa Sebulan Harian Bulan Ramadhan

papar berkaitan - pada 3/4/2022 - jumlah : 299 hits
Alhamdulillah esok 3 April 2022 kita akan mula berpuasa Jangan risau kami kongsikan lafaz niat puasa sebulan harian bulan Ramadhan untuk rujukan anda Sebelum itu kami di mingguankerja mengucapkan selamat menyambut Ramadhan 1444H buat semua ...
Hiburan Keluar Makan Dengan Telekung Lepas Habis Tarawih Gadis Seronok Kongsi Vibes Bulan Ramadhan

Hiburan Keluar Makan Dengan Telekung Lepas Habis Tarawih Gadis Seronok Kongsi Vibes Bulan Ramadhan

papar berkaitan - pada 3/4/2022 - jumlah : 214 hits
Bulan ramadhan yang kita tunggu tunggu sudahpun tiba pasti ramai yang berasa seronok untuk menjalani ibadah berpuasa dan mengerjakan solat tarawih Begitu juga yang dirasakan oleh seorang pengguna dikenali sebagai Nabila Othman yang berkongs...
Anak Puan Stage 4 Bayi Baru 3 Bulan Ibu Ini Nasihat Jagalah Anak Beringat Ketika Raya

Anak Puan Stage 4 Bayi Baru 3 Bulan Ibu Ini Nasihat Jagalah Anak Beringat Ketika Raya

papar berkaitan - pada 12/4/2022 - jumlah : 218 hits
Baru berusia 3 bulan bayi comel ini telah dijangkiti Covid 19 varian Omicron lebih menyedihkan apabila doktor mengesahkan baby Mulan berada pada tahap 4 dan memerlukan bantuan oksigen sepanjang berada di Wad Kanak Kanak Hospital Klang Ianya...
Buasir Otak Tv 10 Juadah Berbuka Puasa Yang Popular Di Bulan Ramadhan

Buasir Otak Tv 10 Juadah Berbuka Puasa Yang Popular Di Bulan Ramadhan

papar berkaitan - pada 3/4/2022 - jumlah : 247 hits
Setiap orang pasti ada juadah yang digemari untuk berbuka puasa di bulan Ramadhan Kebanyakan juadah ini mudah untuk dijumpai di kebanyakan bazar Ramadhan di seluruh Malaysia Jadi kami akan kongsikan 10 Juadah Berbuka Puasa yang Popular di b...
Selamat Jalan Adik Ke Syurga Anak Sulung Baru 9 Bulan Dinda Hamil Lagi Namun Reda Zuriat Kembar Keguguran

Selamat Jalan Adik Ke Syurga Anak Sulung Baru 9 Bulan Dinda Hamil Lagi Namun Reda Zuriat Kembar Keguguran

papar berkaitan - pada 24/3/2022 - jumlah : 185 hits
Kalau sudah tertulis rezeki untuk mendapatkan lagi zuriat meskipun anak pertama baru sahaja berusia 9 bulan siapalah kita untuk menidakkannya Namun kegembiraan pasangan selebriti Indonesia Dinda Hauw dan Rey Mbayang tidak berpanjangan apabi...
Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

Fishing As A Stress Reliever

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh