Tiada Bahan Kimia Berbahaya Atau Mayat Dijumpai Dalam Kapal Hantu


Tiada Bahan Kimia Berbahaya Atau Mayat Dijumpai Dalam Kapal ‘Hantu’
CHUKAI, 15 Ogos (Bernama) — Tiada sebarang bahan kimia berbahaya atau mayat manusia ditemukan dalam kapal “hantu” yang hanyut di perairan Pelantar Minyak Semangkok A, Terengganu.
Pengarah Zon Maritim Kemaman Komander Maritim Abdul Halim Hamzah berkata sebanyak 17 anggota Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (HAZMAT) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan tiga pegawai Jabatan Laut Malaysia (JLM) Terengganu terlibat dalam pemeriksaan selama sejam di tiga aras kapal sepanjang 53.7 meter (m) dan selebar 10m itu di Pangkalan Bekalan Kemaman (KSB).
Beliau berkata pihak bomba telah menggunakan dua jenis alat berteknologi tinggi iaitu Four Gas Meter (FGM) dan Gasmet untuk mengesan kehadiran sebarang bahan atau gas berbahaya di dalam kapal berkenaan.
“Pihak HAZMAT telah menggunakan peralatan berteknologi tinggi untuk mengesan sebarang bacaan daripada bahan kimia atau gas berbahaya di ketiga-tiga aras kapal.
“Didapati kawasan itu selamat dan tiada petunjuk kehadiran jasad manusia. Pada mulanya memang terdapat bau kurang menyenangkan, tetapi selepas diperiksa ia berpunca daripada bahan mentah dalam peti sejuk,” katanya pada sidang media di Zon Maritim Kemaman, di sini hari ini.
Abdul Halim berkata kapal ‘hantu’ seberat 293 tan itu akan diserahkan kepada JLM untuk tindakan lanjut.
Selain itu, pihak Maritim akan menjalankan rondaan secara berkala di sekitar kawasan kapal bagi memastikan tiada aktiviti pencerobohan oleh pihak tidak bertanggungjawab.
“Kapal ini akan diserah kepada JLM untuk tindakan selanjutnya. Untuk sementara waktu ia akan ditempatkan di KSB sehingga proses seterusnya selesai,” katanya.
Terdahulu kapal “hantu” itu berjaya ditunda ke KSB, di sini kira-kira 11.30 pagi tadi sebelum pemeriksaan keselamatan pada 3.30 petang.
Sumber: BERNAMA
The post Tiada Bahan Kimia Berbahaya Atau Mayat Dijumpai Dalam Kapal ‘Hantu’ appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/08/15/tiada-bahan-kimia-berbahaya-atau-mayat-dijumpai-dalam-kapal-hantu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Diy Masker Aloe Vera Untuk Kulit Glowing Tanpa Bahan Kimia

Diy Masker Aloe Vera Untuk Kulit Glowing Tanpa Bahan Kimia

papar berkaitan - pada 17/8/2025 - jumlah : 312 hits
Kulit yang sihat dan berseri adalah impian semua orang walaupun tanpa produk mahal Kadang kadang rahsianya cuma terletak pada satu bahan semula jadi yang senang sangat nak jumpa iaitu aloe vera Gel aloe vera atau gel lidah buaya ni memang t...
Rafizi Dedah Mungkin Anak Disuntik Bahan Terlarang Racun Atau Virus Sebak Cerita Kejadian

Rafizi Dedah Mungkin Anak Disuntik Bahan Terlarang Racun Atau Virus Sebak Cerita Kejadian

papar berkaitan - pada 14/8/2025 - jumlah : 391 hits
Bekas Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli mendedahkan tiga kemungkinan kandungan yang disuntik ke anak lelakinya selepas diserang di sebuah pusat beli belah di Putrajaya semalam Tiga kemungkinan kandungan yang disuntik ke anak lelakinya...
Mayat Remaja Ditemui Terapung Dalam Tasik Putrajaya

Mayat Remaja Ditemui Terapung Dalam Tasik Putrajaya

papar berkaitan - pada 11/8/2025 - jumlah : 424 hits
Mayat remaja ditemui terapung dalam Tasik Putrajaya PUTRAJAYA Mayat seorang remaja lelaki ditemui terapung dalam Tasik Putrajaya di sini pagi tadi Ketua Polis Daerah Putrajaya Asisten Komisioner Aidi Sham Mohamed berkata mayat remaja berusi...
Mayat Zara Qairina Perlu Digali Semula Agc

Mayat Zara Qairina Perlu Digali Semula Agc

papar berkaitan - pada 9/8/2025 - jumlah : 409 hits
Mayat Zara Qairina Perlu Digali Semula AGC KUALA LUMPUR 8 Ogos Mayat Zara Qairina Mahathir perlu digali semula bagi membolehkan prosedur bedah siasat dijalankan ke atas jenazah pelajar Tingkatan Satu berkenaan menurut Jabatan Peguam Negara ...
Mayat Seorang Wanita Ditemui Dalam Rumah Di Taman Klebang Jaya

Mayat Seorang Wanita Ditemui Dalam Rumah Di Taman Klebang Jaya

papar berkaitan - pada 8/8/2025 - jumlah : 310 hits
BernamaIPOH Mayat wanita dalam keadaan reput ditemukan di sebuah rumah di Taman Klebang Jaya Chemor petang tadi Ketua Polis Ipoh Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata mayat ditemui oleh seorang lelaki yang merupakan ejen syarikat penapis ...
Bedah Siasat Mayat Mangsa Bunuh Doktor Tergamam Ada Orang Datang Ucap Terima Kasih

Bedah Siasat Mayat Mangsa Bunuh Doktor Tergamam Ada Orang Datang Ucap Terima Kasih

papar berkaitan - pada 15/8/2025 - jumlah : 579 hits
Bedah Siasat Mayat Mangsa Bunuh Doktor Tergamam Ada Orang Datang Ucap Terima Kasih Apabila terjadinya kematian khususnya yang melibatkan kes jenayah mayat akan dibedah siasat terlebih dahulu bagi menentukan punca kematian mengesan kecederaa...
Warga Asing Tanam Mayat Kawan Di Tapak Lupus Sampah Ditahan Polis

Warga Asing Tanam Mayat Kawan Di Tapak Lupus Sampah Ditahan Polis

papar berkaitan - pada 7/8/2025 - jumlah : 403 hits
BernamaSHAH ALAM Polis menahan tujuh warga asing termasuk dua wanita bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang lelaki di Bandar Sentosa Klang pada 20 Jun lepas Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Selatan Supt Kamalariffin Aman Shah berkat...
Budak 2 Tahun Tinggal Dengan Mayat Ibu

Budak 2 Tahun Tinggal Dengan Mayat Ibu

papar berkaitan - pada 21/8/2025 - jumlah : 627 hits
KOSMO SEORANG anak 2 tahun tinggal bersama mayat ibunya Foto WeiboBEIJING Seorang kanak kanak berusia dua tahun ditemukan di samping mayat ibunya yang dipercayai telah meninggal dunia selama berhari hari di wilayah Zhejiang China lapor lama...
Pakar Psikologi Tiada Bukti Zayn Rayyan Diabaikan Atau Didera

Pakar Psikologi Tiada Bukti Zayn Rayyan Diabaikan Atau Didera

papar berkaitan - pada 4/8/2025 - jumlah : 280 hits
PETALING JAYA 4 Ogos Seorang doktor pakar psikologi kanak kanak hari ini memberitahu Mahkamah Sesyen di sini bahawa kanak kanak autistik Zayn Rayyan Abdul Matin tidak diabaikan atau didera berdasarkan tiga laporan perubatan daripada Hospita...
Sambutan Hari Tanah Sedunia 2025 Perkukuh Pengurusan Tanah Lestari Negara

Coros Pace 4 Bakal Dilancarkan 8 Disember Ini

Lelaki Misteri Lrt Bangsar Serang Wanita

Servis Landing Page Onpay Dari Pengalaman Peribadi Kepada Penyelesaian Untuk Usahawan

How To Plan Ev Charger Installation At Home

Tajuk 18 Warga Jepun Dan China Ditahan Di Bukit Mertajam Kerana Aktiviti Disyaki Ilegal

Airasia Perkenal Pilihan Hijab Untuk Kru Kabin

Bersatu Kuala Terengganu Desak Hamzah Isytihar Gencatan Politik Dalaman


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Malam Indah Bahagia Terasa Di Suria Klcc Kuala Lumpur 3 12 2025

Amazing Dinner Recipes Pasta

Jangan Pelik Kalau Satu Hari Nanti

Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2025 Jadual Keputusan

Bakteria Pemakan Plastik Penyelesaian Alam Untuk Pencemaran Plastik

Cw Zon Debuts A Twin Engine Royal Enfield Classic 650 At Mooneyes