Tiada Ancaman Air Pasang Besar Di Kuala Muda Setakat Ini


 azrulhakimie
Peningkatan air laut secara normal, tak datangkan risiko
SUNGAI PETANI– Fenomena air pasang besar yang diramal berlaku di kawasan Kuala Muda, di sini antara Selasa lepas hingga esok, setakat ini tidak membawa ancaman kepada penduduk khususnya di kawasan pantai di daerah itu.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah Awang Askandar Ampuan Yaacub berkata berdasarkan pemantauan pihaknya, peningkatan paras air laut berlaku secara normal dan ia tidak mendatangkan risiko kepada penduduk.
“Pemantauan air pasang besar di Kedah ada dua tempat iaitu kawasan Kuala Muda dan Kuala Kedah dan tahun lepas ada kawasan terjejas ekoran fenomena itu tapi untuk kali ini ia diramalkan berlaku di Kuala Muda.
“Kita telah mengerahkan anggota ke lokasi yang dijangkakan berpotensi berlaku air pasang besar untuk ramalan kali ini dan berdasarkan laporan petugas di lapangan walaupun air pasang berlaku tetapi ia tidak begitu serius,” katanya ketika ditemui Bernama di sini hari ini.
Beliau berkata pemantauan dilakukan di dua lokasi iaitu pantai Kota Kuala Muda dan pantai Tanjung Dawai dengan berpandukan maklumat hidrografi yang dikeluarkan Pusat Hidrografi Nasional serta Jadual Ramalan Air Pasang Surut Malaysia.
Katanya, pada pukul 2 pagi tadi aras air di kedua-dua lokasi itu dikesan naik ke sekitar 1.3 dan 1.5 meter iaitu bacaan normal dan tidak mencapai paras yang diramalkan iaitu 2.26 meter.
Awang Askandar berkata komuniti atau penduduk di kawasan pantai Kuala Muda tidak perlu bimbang dengan keadaan itu, namun mereka perlu sentiasa berwaspada untuk sebarang kemungkinan yang boleh berlaku.
Pusat Hidrografi Nasional sebelum ini mengeluarkan amaran fenomena air pasang besar di pesisir pantai khususnya di negeri-negeri pantai barat Semenanjung Malaysia mulai 1 hingga 5 Februari.
Selain Kuala Muda, kawasan lain yang diramal berhadapan dengan fenomena itu adalah Pelabuhan Klang dan Sabak Bernam, Selangor; Bagan Datuk, Perak serta Batu Pahat dan Pontian di Johor. – Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2022/02/tiada-ancaman-air-pasang-besar-di-kuala.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Maran Bantu Mat Jeng Mencapai Impian Dalam Sukan Luncur Air Jadi Ikon Anak Muda

Umno Maran Bantu Mat Jeng Mencapai Impian Dalam Sukan Luncur Air Jadi Ikon Anak Muda

papar berkaitan - pada 27/1/2022 - jumlah : 443 hits
MARAN Mat Jeng atau nama sebenar Muhammad Shukrizam Abdullah 28 kini mula kian popular dan menjadi bualan penduduk di Felda Jengka 7 dekat sini Apa tidaknya ramai yang terkejut bagaimana anak muda yang tinggal di kawasan Felda yang dikelili...
Wow Tudia Peninju Muda Miliki Kekayaan Luar Biasa Pasang Impian Tewaskan Mayweather

Wow Tudia Peninju Muda Miliki Kekayaan Luar Biasa Pasang Impian Tewaskan Mayweather

papar berkaitan - pada 4/2/2022 - jumlah : 486 hits
Peninju muda miliki kekayaan luar biasa pasang impian tewaskan MayweatherPeninju muda itu merupakan anak kepada jutawan Saif Ahmed Belhasa PENINJU muda Rashed Belhasa kini sedang membuat persiapan untuk bertempur dengan legenda terkenal Flo...
Pengantin Suku Kaum Ini Tak Dibenarkan Buang Air Besar Selama Tiga Hari Lepas Kahwin

Pengantin Suku Kaum Ini Tak Dibenarkan Buang Air Besar Selama Tiga Hari Lepas Kahwin

papar berkaitan - pada 1/2/2022 - jumlah : 487 hits
Indonesia merupakan negara yang mempunyai pelbagai tradisi unik mengikut adat resam suku kaum tempatan Antaranya adalah majlis pernikahan yang dilangsungkan mengikut adat tradisi serta budaya yang berbeza Menurut Indo Zone dalam kebanyakan ...
Ibu Muda Ini Menjual Air Tebu Segar Di Bawah Terik Matahari Ditemani Anak Kecilnya Yang Baru Berusia 3 Bulan

Ibu Muda Ini Menjual Air Tebu Segar Di Bawah Terik Matahari Ditemani Anak Kecilnya Yang Baru Berusia 3 Bulan

papar berkaitan - pada 1/2/2022 - jumlah : 491 hits
January 31 2022 Kisah ibu muda yang dikongsikan di laman Facebook Vitaminbae Tular gambar seorang ibu muda yang menjual air tebu di tengah panas ditemani bayinya yang baru berusia 3 bulan Kisah ibu muda ini mendapat banyak perhatian daripad...
Ancaman Pak Belang Taman Eko Rimba Air Menderu Ditutup

Ancaman Pak Belang Taman Eko Rimba Air Menderu Ditutup

papar berkaitan - pada 3/2/2022 - jumlah : 366 hits
Penutupan Taman Eko Rimba Air Menderu atas faktor keselamatan pengunjung dan tarikh pembukaan semula akan dimaklumkan kelak KEMAMAN Taman Eko Rimba Air Menderu di Kampung Chabang dekat Kerteh di sini ditutup kepada semua pengunjung berkuatk...
Gangguan Kualiti Air 24 Kawasan Di Kuala Terengganu

Gangguan Kualiti Air 24 Kawasan Di Kuala Terengganu

papar berkaitan - pada 4/2/2022 - jumlah : 428 hits
Oleh Foto hiasan KUALA TERENGGANU Sebanyak 24 kawasan di daerah ini membabitkan 31 750 akaun Syarikat Air Terengganu akan menghadapi gangguan kualiti air sehingga Mac ini Ketua Pegawai Eksekutif SATU Abdul Karim Endut berkata gangguan itu b...
Air Empangan Pergau Bukan Punca Banjir Besar

Air Empangan Pergau Bukan Punca Banjir Besar

papar berkaitan - pada 27/1/2022 - jumlah : 588 hits
Empangan Pergau terletak di jajahan Jeli Kelantan Pembinaan empangan ini mula dicadangkan pada 1960 Sejak itu kajian mengenai keberkesanan terhadap penjanaan kuasa elektrik alam sekitar ekosistem dan penduduk sekitar dijalankan Kerja kerja ...
Nasi Air Special Di Restoran Fasha Thai Jalan Kmaruddin Kuala Terengganu Sentiasa Terbaik

Nasi Air Special Di Restoran Fasha Thai Jalan Kmaruddin Kuala Terengganu Sentiasa Terbaik

papar berkaitan - pada 29/1/2022 - jumlah : 765 hits
Setiap rasa kurang selera menjamah nasi ini adalah antara menu teratas yang menjadi pilihan iaitu Nasi Air Special di Restoran Fasha Thai Jalan Kamaruddin Kuala Terengganu Aroma dan rasa nasi airnya yang memang enak di adun dengan bahan bah...
Bersatu Akui Muda Mampu Beri Ancaman

Bersatu Akui Muda Mampu Beri Ancaman

papar berkaitan - pada 26/1/2022 - jumlah : 412 hits
Ahmad Faizal Azumu berkata setiap parti politik yang berdaftar sudah tentu mampu memberi ancaman kepada parti politik lain termasuk MUDA PETALING JAYA Bersatu mengakui kehadiran parti MUDA selepas didaftar secara rasmi mampu memberi cabaran...
Fifa Overturns Three Harimau Malaya Match Results

Penuntut Unipsas Dan Kptm Terjejas Banjir Terpaksa Dipindahkan Akibat Hujan Berterusan Selama Beberapa Hari Di Kuantan

Tenaga Nasional Berhad Menutup Bekalan Elektrik Sekitar Daerah Kuantan Susulan Hujan Yang Berterusan Dan Banjir

Miki Ghazali Zulfikar Raih Emas Muay Thai Sea Games Tewaskan Petarung Tuan Rumah

Agc Arah Siasatan Tiga Lelaki Ditembak Mati Di Melaka Diklasifikasi Kes Bunuh

Mp Kuantan Adun Tanjung Lumpur Turun Padang Membantu Penduduk Taman Guru Terperangkap Akibat Banjir Yang Kian Buruk

Pergerakan Gaji Tahunan Syarat Kelayakan Perubahan Mulai 2026

Nasi Goreng Dan Bab Manusia Jadi Monyet


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Practical Christmas Gifts That Actually Get Used All Year

Keperluan Barang Sekolah Lengkap Di Pusat Pakaian Hari Hari

Evolusi Bahan Cetakan Dalam Membantu Pertumbuhan Jenama

Ketika Kebahagiaan Menjadi Biasa Memahami Keindahan Sederhana

Russia Tuntut Usd230 Bilion Daripada Euroclear Susulan Tindakan Eu

Baki Akaun Menyusut Hutang Puluhan Ribu Masih Tertangguh