17 Ogos Untuk Putuskan Sama Ada Pembubaran Dun Sabah Boleh Diadili



By Bernama - 7 August 2020KOTA KINABALU – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 17 Ogos ini untuk menentukan sama ada keputusan Yang Dipertua Sabah membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini boleh diadili, iaitu boleh dibicarakan di mahkamah
Pesuruhjaya Kehakiman Leonard David Shim menetapkan tarikh itu selepas mendengar permohonan kebenaran untuk semakan kehakiman terhadap keputusan membubarkan DUN Sabah
Perkara itu dibawa ke mahkamah oleh Tengku Fuad Ahmad, peguam bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman dan 32 lagi ahli DUN yang memohon kebenaran mahkamah untuk semakan kehakiman
Bercakap kepada pemberita selepas itu, Tengku Fuad berkata, mahkamah juga menetapkan 10 Ogos ini untuk hujahan bertulis daripada Peguam Besar Negeri Sabah Brenndon Keith Soh dan 12 Ogos bagi pihak beliau (Tengku Fuad) memfailkan hujahan balas
Beliau berkata, permohonan kebenaran untuk semakan kehakiman itu bagi menentukan sama ada Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin, sebagai responden pertama, telah bertindak mengikut undang-undang semasa membubarkan DUN atas nasihat Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, responden kedua
“Kita akan bersidang semula di sini pada 17 Ogos ini untuk hujahan tambahan atau keputusan,” kata Tengku Fuad yang ditemui di kompleks mahkamah di sini
Permohonan itu juga menamakan Suruhanjaya Pilihan Raya dan kerajaan negeri Sabah sebagai responden ketiga dan keempat masing-masing
Tengku Fuad menjelaskan hujahan yang dikemukakan di hadapan Shim ialah Tun Juhar tidak dinasihati secara betul oleh Mohd Shafie dalam menggunakan kuasanya untuk membubarkan DUN di bawah perlembagaan negeri
Pada 30 Julai, Mohd Shafie mengumumkan yang beliau menerima kebenaran Tun Juhar untuk membubarkan DUN berkuat kuasa serta-merta bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri dalam tempoh 60 hari
Ketua menteri itu mendapatkan kebenaran membubarkan DUN selepas Musa, pada sidang media, mengumumkan yang beliau mendapat sokongan 33 ADUN untuk membentuk kerajaan negeri baharu
DUN yang dibubarkan itu mempunyai 65 ADUN. – Bernama



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/08/17-ogos-untuk-putuskan-sama-ada.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sabah Siar Warta Kerajaan Isytihar Pembubaran Dun

Sabah Siar Warta Kerajaan Isytihar Pembubaran Dun

papar berkaitan - pada 30/7/2020 - jumlah : 423 hits
KOTA KINABALU 30 Julai Kerajaan Negeri Sabah hari ini menyiarkan Warta Kerajaan berhubung perisytiharan pembubaran Dewan Undangan Negeri Sabah Dalam kenyataan di sini Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Safar Untong berkata warta itu memaklumk...
Suruhanjaya Pilihan Raya Telah Terima Pemakluman Rasmi Pembubaran Dun Sabah

Suruhanjaya Pilihan Raya Telah Terima Pemakluman Rasmi Pembubaran Dun Sabah

papar berkaitan - pada 31/7/2020 - jumlah : 444 hits
PUTRAJAYA Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia telah menerima pemakluman rasmi dari Dewan Undangan Negeri Sabah semalam berhubung pembubaran DUN Sabah penggal ke 15 kata Setiausaha SPR Ikmalrudin Ishak Beliau berkata berdasarkan Perkara 21 Per...
Spr Belum Di Maklumkan Pembubaran Dun Sabah Pagi Tadi

Spr Belum Di Maklumkan Pembubaran Dun Sabah Pagi Tadi

papar berkaitan - pada 30/7/2020 - jumlah : 296 hits
PUTRAJAYA Suruhanjaya Pilihan Raya masih belum menerima makluman rasmi daripada Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah berhubung pembubaran kerajaan negeri itu pagi tadi Timbalan Pengerusi SPR Dr Azmi Sharom berkata sehubungan itu pihaknya bel...
Shafie Memilih Bubar Dun Minta Rakyat Sabah Putuskan Antara Dia Atau Musa

Shafie Memilih Bubar Dun Minta Rakyat Sabah Putuskan Antara Dia Atau Musa

papar berkaitan - pada 31/7/2020 - jumlah : 454 hits
Ketua Menteri Sabah mengumumkan Yang Di Pertua Negeri Juhar Mahiruddin telah berkenan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan Dalam sidang media hari ini Shafie berkata Juhar menyatakan perkenan...
Susulan Kerajaan Dap Warisan Tumbang Shapie Apdal Bubarkan Dun Sabah

Susulan Kerajaan Dap Warisan Tumbang Shapie Apdal Bubarkan Dun Sabah

papar berkaitan - pada 30/7/2020 - jumlah : 408 hits
Oleh JebatSusulan kerajaan Katak Warisan DAP tumbang Shapie Apdal mencari jalan penyelesaian dengan meminta DUN Sabah dibubarkan sekaligus membolehkan pilihanraya negeri diadakan dalam masa 60 hari dari tarikh pembubaran Selepas PRU14 yang ...
Ydp Lulus Bubar Dun Sabah Tindakan Bijak Shafie Afdal

Ydp Lulus Bubar Dun Sabah Tindakan Bijak Shafie Afdal

papar berkaitan - pada 30/7/2020 - jumlah : 453 hits
Dalam sidang media hari ini Shafie berkata Juhar menyatakan perkenannya dalam pertemuan pagi ini Setelah buat surat semalam saya bertemu dengan TYT untuk menyerahkan surat Selepas itu pagi tadi bertemu TYT dan TYT memperakui untuk membubark...
Dun Sabah Bubar Shafie Apdal

Dun Sabah Bubar Shafie Apdal

papar berkaitan - pada 30/7/2020 - jumlah : 507 hits
Beri laluan kepada pilihan raya negeri dalam tempoh 60 hari Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal KOTA KINABALU Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hari ini mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri Sabah bagi mem...
Bosan Makan Bijirin Sama Resepi Cereal Pancake Mudah Sedap Boleh Jadi Penganti Paling Win Superdaddy Yang Buatkan

Bosan Makan Bijirin Sama Resepi Cereal Pancake Mudah Sedap Boleh Jadi Penganti Paling Win Superdaddy Yang Buatkan

papar berkaitan - pada 11/8/2020 - jumlah : 447 hits
Anak anak memang seronok kalau ajak makan sarapan seperti bijirin dan juga susu tapi kadang bosan juga makan bijirin yang sama Apa kata tukarkan bijirin dengan mini pancake seperti yang dikongsikan oleh Super Daddy Encik Khairul Abdullah Co...
Ti M Rasa Aneh Adun Kerajaan Sabah Boleh Alih Sokongan Secara Mengejut

Ti M Rasa Aneh Adun Kerajaan Sabah Boleh Alih Sokongan Secara Mengejut

papar berkaitan - pada 2/8/2020 - jumlah : 601 hits
MALAYSIAKINIPertubuhan antirasuah Transparency International Malaysia berkata aneh untuk sebuah parti yang menguasai dua per tiga dewan undangan negeri kemudian menyaksikan sebahagian besar wakil rakyatnya mengalih sokongan kepada pembangka...
Najib S Family Supporters Gather For Prayers Ahead Of House Arrest Decision

Napoleon S Defeat At Waterloo The End Of An Era

Analisis Dan Sorotan Perlawanan Liga Wanita Nasional 2025 Hari Ini

Perginya Kakak Ipar Yang Ceria Dan Baik Budi Kehilangan Yang Tak Disangka

Cara Cek Saman Polis Guna Sso Pdrm

Legoland Malaysia Christmas 2025 Brick Tacular Holidays Experience With Giant Lego Tree Festive Shows

Cara Reset Kewangan Anda Sebelum Masuk Tahun Baru

Membuat Modul Iot Membaca Banyak Device Dengan Rs485


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Seo Tools Percuma Bahasa Melayu Jana Meta Title Keyword Ai

Hidden Gems In Perlis 2025 Ultimate Travel Dining Guide

Kenapa Notebook Planner Custom Lebih Bernilai Berbanding Biasa

Keputusan Penting Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Khas Keempat Fam

Tinjauan Ekonomi Peperangan Memahami Dinamik War Economy Di Amerika Syarikat

Lirik Lagu Toksik Khai Bahar Yulia Kamelia