Throwback Sempena Birthday Harum Dalia Ezzaty Abdullah Kongsi Proses Kelahiran Secara Indius Tanpa Penahan Sakit
Sempena birthday pertama anaknya, Harum Dalia yang pertama, aktres Ezzaty Abdullah mengimbau kembali saat-saat melahirkan. Indius tetapi tidak menggunakan sebarang penahan sakit!
Ezzaty yang melahirkan Harum pada 6 Disember 2017 dengan berat 2.9kg. Isteri kepada aktor Azwan Kombos ini menyatakan kesyukurannya atas kehadiran Harum sebagai kurniaan Allah yang terindah. Ia dinyatakan dalam posting Instagramnya, yang turut memaparkan video Harum sejurus selepas dilahirkan.
Ezzaty berkongsi yang proses kelahiran Harum bermula dari 5 Disember apabila melakukan rutin pemeriksaan berkala dan doktor mendapati bukaan serviks adalah 2cm. Doktor menganggarkan yang Harum akan lahir pada malamnya.
Namun pada 6 Disember 2017, proses bukaan hanya 3cm dan membuatkan doktor memecahkan air ketuban dan mungkin diberikan ubatan/drip sebagai indius bagi menggalakkan bukaan serviks. Lazimnya, apabila indius, kontraksi menjadi lebih kuat dan mungkin disebabkan itu doktor yang merawat menawarkan Ezzaty epidural sebagai penahan sakit, namun dia menolak kerana belum rasa sakit.
Berikut ialah perkongsian Ezzaty;
View this post on Instagram
Detik ni. Setahun yang yang lepas. Rasa syukur yang tak terhingga dikurniakan anugerah terindah dari Allah. 5 december 2017. 6 petang. Ibu pegi normal weekly check up tiba2 ade contraction lepas tu dr Fidak check dah buka 2cm. Terus ibu kena tolak masuk labor room sebab dr cakap malam ni Harum nak keluar. Ibu nak pegi shopping klcc dulu pun dr x bagi dah. Nak balik mandi pun x boleh. Xpe lah ibu dgn ayah duduk dalam labor room tu dating dua org. sampai malam awak masih x nak keluar jugak. 6 december 2017. 11pg. Ibu minta nurse check bukaan baru 3 cm je. Ehh? Lama betul ibu tunggu Harum. 4 petang. Dr Fidak pecahkan air ketumban dam bukaan jadi 6cm. Ibu kena induce sebab lambat sgt. Puas dah ibu main bola yang Dr bagi tu. 6ptg. Ibu minta mak makan nasi sebab risau nanti x larat nak push awak. Doktor pulak dah 4 kali masuk labor room ibu dgn ayah suruh ibu amik epidural tapi ibu xnak. Alhamdulillah masih belum rasa sakit masa tu walaupun dah induce. 830 malam ibu dah mula bosan tambah excited nak tunggu Harum ni. Ayah pun dah tukar2 dah tido atas katil ibu. Ibu duduk atas kerusi dgn main bola, ayah tido. 945 malam. Ibu dah rasa macam nak teran Harum. Nurse check dah 10cm. Semua nurse and doktor Fidak dtg bersiap sedia nak sambut Harum. Macam ade pesta dalam labor room ibu. Seronok betul rasa. 1036 malam. Harum selamat dilahirkan ke dunia secara normal tanpa epidural. Berat 2.9kg. Alhamdulillah. Doktor letak je Harum atas perut ibu terus ibu rasa macam nak beranak lagi. Seronok betul ibu lahirkan Harum Dalia. Syukur Ya Allah
A post shared by Ezzaty Abdullah (@ezzatyabdullah) on Dec 6, 2018 at 7:46am PST
Para follower mengucapkan selamat hari ulang tahun buat Harum dan mendoakan kesejahteraan Harum.
Sumber: ezzatyabdullah
The post Throwback Sempena Birthday Harum Dalia, Ezzaty Abdullah Kongsi Proses Kelahiran Secara Indius Tanpa Penahan Sakit appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://majalahpama.my/throwback-sempena-birthday-harum-dalia-ezzaty-abdullah-kongsi-proses-kelahiran-secara-indius-tanpa-penahan-sakit/