The Windmill Station Nilai
Assalamualaikum semua.
Beberapa minggu lepas makan di The Windmill Station atau TWS. TWS setakat ini hanya ada di bahagian Selatan Semenanjung Malaysia iaitu di Johor, Melaka dan Negeri Sembilan. Di Negeri Sembilan pun hanya ada di Seremban dan Nilai. Di Nilai TWS baru buka cawangan baru di Aeon Nilai. Di Johor TWS ada di Batu Pahat dan di Melaka ada 3 cawangan. Tak pasti ada lagi cawangannya di tempat lain yang baru buka atau tak.
TWS pada awalnya dikenali dengan nama “The Windmill Station”. Pengasas TWS berasal daripada Belanda, iaitu ‘Tanah yang dipenuhi dengan Kincir Angin’. TWS pertama kali dibuka di Melaka Bandaraya Bersejarah iaitu di Melaka Raya pada tahun 2000. Sejak itu TWS telah berjaya mengembangkan perniagaannya di beberapa buah tempat termasuklah Nilai, Seremban, Melaka dan Batu Pahat.“Di TWS, kami menawarkan pelbagai makanan barat yang hebat dan juga hidangan tempatan yang disajikan di restoran kami yang selesa. Kami percaya bahawa hidangan yang hebat dan perkhidmatan yang mesra ditambah pula dengan harga berpatutan mampu memberi kepuasan kepada setiap pelanggan kami.”
The Windmill Station (TWS):
1. TWS MELAKA RAYA (8:00am - 11:30pm)
48&50 Jalan 13
Taman Melaka Raya
75000 Melaka
2. TWS BUKIT BERUANG (9:00am - 11:00pm)
25&27 Pangsapuri Ixora
Jalan Bukit Beruang
75450 Melaka
3. TWS KOTA LAKSAMANA (8:00am - 11:30pm)
2&4 Jalan KLJ 1
Taman Kota Laksamana Jaya
75200 Melaka
4. TWS GATEWAY (8:00am - 11:30pm)
3A L1 Seremban Gateway,
Off Jalan Sungai Ujong
70200 Seremban N.S.D.K
5. TWS PUTRA NILAI (8:00am - 11:30pm)
3&4 Kompleks Sukan Airport, PT 22318
Jalan Kolej, Desa Kolej, Putra Nilai
71800 Nilai N.S.D.K.
6. TWS BATU PAHAT (9:00am - 11:30pm)
5&27 Jalan Murni 11
Taman Murni
83000 Batu Pahat, Johor
Jadi haritu makan di TWS cawangan Nilai dekat Kompleks Sukan Airport, dekat area Mesamall Nilai. Di TWS ada menu western dan juga local food. Banyak pilihan menunya. Ada juga menu pilihan untuk kanak-kanak. Ada menu dessert dan minuman dia pun banyak pilihan. Best makan dekat TWS ni sebab menu dia meriah sangat. TWS ni rajin juga buat promotion. Ok jom tengok makanannya
TWS Mixed GrillBeef, Lamb, Chicken, Fish, Premium Chicken Sausage served with Fries, Coleslaw, Sweet Corn, Onion RingHarga: RM35.90 (Price may be differ)Menu yang sesuai untuk 2 orang kalau jenis makan sedikit dan cepat kenyangKombinasi menu dengan sos black pepper yang boleh dikatakan memenuhi citarasaRating: 8/10
Potato SaladBoiled potato with diced onion and mayonnaiseHarga: RM5.90 (Price may be differ)Antara menu favourite kalau makan di TWSRating: 8/10
Banana SplitHarga: RM10.90Menu dessert untuk penggemar aiskrimRating: 8/10
Setakat ni aku dah pergi semua TWS cawangan Negeri Sembilan ni. Overall, makanan dia setiap cawangan ni memang sedap. Servis pun boleh tahan ok. Makanan sampai tak lambat tak cepat. Ok lah. Restoran bersih dan selesa untuk seisi keluarga. Harga makanan di TWS ni walaupun dia western tapi rasanya boleh tahanlah harga dia tak mahal tak murah. Jadi TWS ni antara restoran yang akan pergi selalu juga kalau nak cari makanan western. Lepastu yang best sebab menu dia pelbagai. Jadi korang yang terjumpa TWS tu bila jalan-jalan ke sini bolehlah cuba makan di sini ya. In shaa Allah akan puas hati. Ok jumpa lagi di lain entri. Bye!
Untuk maklumat lanjut:
Menu TWS:
https://www.tws.com.my/menu/#book/
Facebook TWS:
https://www.facebook.com/tws.my
Instagram TWS:
https://www.instagram.com/tws_malaysia/
Twitter TWS:
https://twitter.com/tws_malaysia
Website TWS:
https://www.tws.com.my/
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://yea-slmn.blogspot.com/2019/06/the-windmill-station-tws-nilai.html