The Story Of Maria
Assalamualaikum...
Blurb
The Story Of Maria
'Aku Mati Untuk Hidup'
Desas-desus masyarakat setempat mengatakan apartmen itu berhantu. Ada yang mendakwa puaka di situ boleh menyerupai orang yang dikenali. Termakan helah, boleh mendatangkan musibah. Dafi tidak ada pilihan lain untuk menyewa bilik di apartmen itu kerana sewanya murah.
“Cuma satu aje aku nak pesan. Bila malam, jangan nak melilau sangat.” – Iman
“Beraninya kamu, Dafi! Kalau akak, mati hidup semula pun tak mahu menyewa situ.” – Zubaidah
Sehinggalah gangguan demi gangguan yang dialami, membuatkan kehidupan Dafi berubah. Kemuncaknya, Rahim yang menumpang tinggal di apartmen itu buat sementara waktu, dirasuk dan kemudiannya hilang tanpa penjelasan munasabah.
“Dia ada dalam rumah ni cuma kita tak nampak dia dan dia tak nampak kita.” - Jamali
Benarkah segala macam kejadian paranormal yang menimpa mereka ada kaitannya dengan seorang perempuan rahib Kristian bernama Maria yang pernah mendiami apartmen itu? Siapakah Maria yang sebenarnya?
“I see death is falling from the sky.” – Maria
Dah lebih dua minggu rasanya khatam novel The Story Of Maria (TSOM) garapan penulis seram yang muda lagi kacak, Anuar Darwisy. Anuar walaupun belum lagi kategori veteran, namun sangat berkarisma menulis kisah mistik yang bukan tahyul semata tetapi sarat dengan pengajaran. Anuar juga sering menitipkan panduan dan nasihat serta petikan ayat Al-Quran sebagai tauladan untuk pembaca di dalam setiap novelnya.
TSOM mengisahkan tentang seorang pensyarah kulinari, Dafi, yang menerima tawaran menjadi tenaga pengajar kolej di Mantin. Setelah membuat kira-kira, kerana masih lagi baru bekerja, Dafi memilih untuk menyewa apartment yang lebih murah sewanya berbanding kondominium yang lebih selesa.
Di kolej, Anuar mula rapat dengan pensyarah wanita yang dipanggil Kak Zubaidah. Zubaidah, isteri seorang pegawai polis, Jamali, sering menasihatkan Dafi supaya berhati-hati. Walaupun mereka bukan lama kenal, tetapi Zubaidah dan suaminya amat mengambil berat tentang Dafi.
Baca nama apartment pun dah klise, apalagi bila kita tahu satu blok apartment tak berpenghuni. Bila ada kawan serumah yang asyik menghilang dan ada yang tetiber ada tanpa pengetahuan kita, pun dah boleh agak cerita di sebaliknya. Mungkin dah terlalu banyak membaca dan menonton kisah seram, dah boleh agak jalan cerita serta siapa yang punya angkara.
Walaupun begitu, AD bijak mengeksploitasi situasi semasa coronavirus yang baru dikesan (ketika itu) serta Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebagai latarbelakang sehinggakan pembaca dapat merasai situasi sebenar memandangkan penulis mengakui mendapat ilham ketika PKP dilaksanakan di seluruh negara. Penulis yang sebelum ini selesa menulis kisah seram purba nampak agak 'struggle' juga apabila cuba keluar dari kepompongnya.
Di sinilah, AD mencabar diri melangkau kisah kini dengan masa lampau dalam sebuah kisah seram urban. Watak Rahim, pelajar Dafi yang menumpang sementara di rumah sewanya kerana mengalami masalah untuk mencari rumah sewa lain mula membayangi watak Dafi yang disangka hero. Tak sangka juga, Rahim ni berani orangnya dan kepala otak dia macam ada butang carian google, klik aje dapat tahu semua benda... sesuatu yang tak logik la bagi Sk tapi tak mustahil juga ada remaja yang berkebolehan begitu.
Paling berani apabila AD memasukkan watak paderi bagi mencari penyelesaian kisah Maria yang sesat dalam agama asalnya. AD juga memetik ayat-ayat dari Kitab Injil di samping itu juga potongan dari ayat Al-Quran. Sk percaya tentu AD mendapatkan pandangan mereka yang lebih ahli dan arif dalam hal ini sebelum menjadikannya sebuah novel.
Apakah sebenarnya yang berlaku kepada Maria dan kenapakah Maria sanggup mati untuk hidup?
Nak tahu jawapannya, kenalah dapatkan novel ini terlebih dahulu.
The Story Of Maria kini boleh didapati di semua cawangan Kedai Buku Popular di seluruh Malaysia. Jika anda peminat kisah mistik, ayuh dapatkan novel ini ya
😍
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://sariyusa.blogspot.com/2022/02/the-story-of-maria.html