Md Diary 1 The Decision


Assalamualaikum dan salam ceria!

Aku baru saja habis convocation, jadi perasaan itu masih fresh lagi. Aku nak buat beberapa part MD diary untuk menceritakan summary perjalanan aku sepanjang degree. Aku rasa ni platform paling sesuai sebab kalau tulis dalam fb / IG dia akan jadi terlalu panjang & cringe ahaha. Tulisan ni akan jadi sedikit panjang, kalau tak nak baca boleh skip sksks. 

THE DECISION
Tadika:Selalunya keputusan nak ambil medic ni tak berlaku dengan keputusan 1 malam. Aku dah berniat nak ambil doktor sejak tadika lagi AHAHA. Masatu mak aku dia doktrin aku dengan abang aku. Lepas balik je dari klinik, dia pesan; Nanti besar belajar rajin-rajin, boleh jadi doktor. Gitulah lebih kurang. Tapi aku masih ingat, aku cakap aku nak jadi doktor. Mak aku kata, tak payahlah. Jadi dentistlah sebab aku perempuan. Sobs. 
😸😸😸

Sekolah Menengah:Waktu sekolah menengah ialah waktu aku yang membara nak jadi doktor. Tambah lagi ada cikgu dan kawan yang support dan galakkan. Aku memang masa ni dah research dah. Okay, masuk matriks macam ni. Masuk asasi camni. Masuk IB macam ni. Kalau belajar medic kat Mesir camni, kat Turki camni, kat Indonesia camni. Masa ni jugak aku dah mula amalkan doa, supaya Allah mudahkan untuk berpeluang sambung pelajaran masuk medic. Literally itu doa aku AHAHA. 

Kemudian, keputusan SPM aku tak straight As. Tapi mujurlah keputusan itu masih dikira lepas untuk jadi doktor. Tapi masatu aku dah realistik. Ini aku tak boleh nak mohon belajar medic luar negara (UK etc) under scholarship atau nak masuk universiti yang top dalam negara macam UM / UKM dan berharap dapat masuk medic. Sebab pada aku, competition akan jadi sangat fierce. 

😸😸😸

Sebelum AsasiOkay ini waktu paling memeningkan. Sebab banyak pilihan yang ada sekarang untuk aku. Masa itu aku mohon macam-macam yela dah cuak sebab SPM tak straight As. Aku mohon matriks, UPU mostly asasi aku letak, medic di Mesir (masatu ada under KPM & under agency) dan ada juga aku cuba cuba nak isi private university macam Universiti Perdana. 

Alhamdulillah masa tu aku dapat mostly yang aku apply tu. Tapi terpaksalah pilih sebab aku dapat: Matriks kat Negeri Sembilan, Asasi Sains Hayat UNIMAS, Universiti Al-Azhar (under KPM), Universiti Mansoura (under agency). Ha, jadi kat situ ada krisis sebab aku nak pilih yang mana. Yang Mesir tu, aku siap dah translate semua sijil-sijil aku ke bahasa Arab. 

Tapi setelah research, berbincang, beristikharah, dengan kewangan mak ayah aku tak mampu nak tampung aku ke Mesir (ayah aku cakap if nak dia terpaksa ambil loan). Aku pun ambil Asasi Sains Hayat UNIMAS. Atas faktor aku baca, yang course Unimas ada kuota khas untuk pelajar asasi sendiri (ni aku akan cerita next perenggan). 

😸😸😸

AsasiIngatkan langit gelap bertukar cerah, rupanya bila masuk asasi. Sains Hayat masatu student sahaja dah 400-500 orang, tak ingat. Sains Hayat ni kalau kau tanya, memang mostly nak masuk medic. Aku masatu dah fikir. Ah sudah. Kuota universiti bagi masatu 50-60 orang sahaja diterima. Aku masatu dah redho, asal ambil course medical related field je dahlah even kalau kena masuk universiti lain. 
Waktu ini waktu yang aku paliiiinnggggg tak berharap dengan medic. Aku tetap belajar bersungguh-sungguh tapi sebenarnya atas faktor aku nak sambung course kat universiti lain AHAHA. Masatu aku dapat dekan Sem 1. Aku ni dulu tak faham sangat tau sistem Dekan, cgpa semua. Sedar-sedar dah dekan ha gitu poyo betul haktuih. Dekan asasi rupanya masatu >3.75 GPA. 
Masa asasi jugak, mak ayah cakap kalau tak ambil medic pun tak apa. Kira memang dah suruh aku masuk course lainlah. Ada satu hari ada surat dari universiti private offer untuk aku belajar physiotherapy. Aku dah sem 2 masatu, mak aku suruh aku quit asasi pastu belajar tu. Gila betul, AHAHA sorry Mama ahaha. Aku masatu memang meletop sekejaplah. Aku sejak itu fikir, keputusan penting dalam hidup aku ni, biarlah banyak aku yang pilih sendiri. 
Dah dekat final sem 2, diorang dah short-listkan siapa yang dipanggil untuk interview. Rasa macam 100 orang jugalah dipanggil. Masa ini, aku dah ada semangat balik untuk masuk medic AHAHA. Aku pun buat betul-betul interview, doa dan solat hajat semua. Dan aku buat betul-betul untuk sem 2. Alhamdulillah aku dekan juga untuk sem 2. 

😸😸😸

Lepas AsasiOkay lepas asasi, aku still dalam mode berjaga-jaga. Keputusan elok tapi macam mana pula kalau interview aku tak okay. Sebab one of the panel cakap dalam interview: jawapan aku tak meyakinkan. Aku pun still berjaga-jaga. So, aku mohon UniKL bidang Farmasi first choice dan universiti private lain ada juga aku mohon UniTAR bidang apa maybe optometrist. Sebab sijil Asasi Unimas ni tak di-accept oleh IPTA lain huhuhu. Aku pun tak boleh mohon UPU untuk degree sebab ini lah. 

Aku siap pergi interview farmasi UniKL. Tapi aku tak ingatlah soalan-soalan interviewer sangat. Sanggup mak ayah aku drivekan dan teman aku ke Ipoh kat RCMP. Tapi ada soalan interviewer tu tanya: Kalau awak dapat medic kat Unimas dan farmasi ni, awak nak pilih yang mana? Aku rasa aku tipu soalan itu sebab takut UniKL betul-betul reject aku huhuhu. 

😸😸😸

D-Day: Hari keputusan UPU dalam Asasi UnimasSerius macam tak boleh tidur malam sebelumnya masatu. Masa hari kejadian, dah buka je sistem. Aku isilah no. matriks dan kad pengenalan. Dia tulis: Maaf anda tak diterima mana-mana kursus pengajian. Aku dah cuak. LAH! rupanya aku silap isi no IC. Aku isi semula dan bila check, Alhamdulillah aku dapat Medic UNIMAS. Aku pun bagitau mak aku yang dah nak gerak pergi kerja. Lepastu mak aku pun peluk aku AHAHA. 
Pihak Unikl farmasi itu ada call aku, dah dapat ke keputusan UPU. Aku jawablah dah. Dia tanya course apa. Lepas tau terus dia letak fon, sis sedih AHAHA. Bagus juga sebab nak bagi peluang kat orang lain untuk masuk kan..

Keputusan UPU dalaman UNIMAS masatu

List course yang aku mohon untuk degree UNIMAS



Alhamdullillah a'la kulli hal
Jadi, itu saja bebelan aku panjang-panjang. 




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://kisahmissxyz.blogspot.com/2022/02/md-diary-1-decision.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Yoursay Rafizi Will Make The Right Decision At The Right Time

Yoursay Rafizi Will Make The Right Decision At The Right Time

papar berkaitan - pada 21/2/2022 - jumlah : 196 hits
YOURSAY If you still love your party come back and save it Undecided PKR vice president Rafizi Ramli is pragmatic and strategic when it comes to important decisions but at the same time he is prepared to take risks One can understand where ...
Looking For A New Mattress 7 Questions To Help Make The Right Decision

Looking For A New Mattress 7 Questions To Help Make The Right Decision

papar berkaitan - pada 12/2/2022 - jumlah : 210 hits
Did you know that your sleep time is a third of your total life This fact alone makes it clear that your sleep should be treated as important as your other life aspects You can The post appeared first on
What S The Relationship Between Actor Hairul Azreen Billionaire Tan Sri Vincent Tan

What S The Relationship Between Actor Hairul Azreen Billionaire Tan Sri Vincent Tan

papar berkaitan - pada 11/2/2022 - jumlah : 275 hits
What s The Relationship Between Actor Hairul Azreen Billionaire Tan Sri Vincent Tan Hairul Azreen recently shared a post of him with Tan Sri Vincent Tan on his Instagram drawing keen attention from fans and netizens alike Are these two well...
What S New In The Caribbean For 2022

What S New In The Caribbean For 2022

papar berkaitan - pada 11/2/2022 - jumlah : 232 hits
By BY CHARU SURI from NYT Travel https ift tt GW2QchR
The Difference Between Democracy Freedom And Rights

The Difference Between Democracy Freedom And Rights

papar berkaitan - pada 11/2/2022 - jumlah : 206 hits
So yes I have democracy but I do not have freedom and rights I cannot do what I like or what I am entitled to do My freedom and rights are decided by others And I need to follow the rules and regulations decided by others And I did not even...
Want To Buy An Iconic Building The Private Finance Initiative Scam

Want To Buy An Iconic Building The Private Finance Initiative Scam

papar berkaitan - pada 10/2/2022 - jumlah : 186 hits
Private Finance Initiative or PFI has a long history It has many different variations It has a history with the United States Navy where some clever financiers realised that after the Second World War not a single US Navy ship has been sunk...
15 Super Cool St Patrick S Day Wreath Designs That Invite The Luck Of The Irish

15 Super Cool St Patrick S Day Wreath Designs That Invite The Luck Of The Irish

papar berkaitan - pada 10/2/2022 - jumlah : 202 hits
It s February still but for those with Irish heritage February is when preparations for the St Patrick s Day celebration start If you re excited for this awesome Irish holiday then you would do well to show The post appeared first on
Love Through The Arts Design Challenge

Love Through The Arts Design Challenge

papar berkaitan - pada 11/2/2022 - jumlah : 172 hits
Bulan Februari identik dengan bulan kasih sayang Kini saatnya kamu mengungkapkan kasih sayangmu lewat karya visual Design challenge Love Through The Arts merupakan bentuk kolaborasi antara MyEduSolve dan Hipwee untuk mengajak seluruh kreato...
Reasons Why You Shouldn T Doubt Galaxy A03 S Worth Despite The Affordable Price

Reasons Why You Shouldn T Doubt Galaxy A03 S Worth Despite The Affordable Price

papar berkaitan - pada 11/2/2022 - jumlah : 217 hits
Compared to years ago the price for a mobile device these days can get pretty hefty In a way consumers are expected to splurge if they re looking for high quality mobile devices With any other items a high price does not guarantee high qual...
Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Fishing As A Stress Reliever

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Panji Sakti Malam Ini Chord

Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco