The Secret Of Destiny
Assalamualaikum W.B.T.
Alhamdulillah.. Selepas 2 tahun since my last blog post, I'm bacckk!! Daripada zaman pandemic ke endemic. Macam-macam yang kita lalui. PKP bagai tiada penghujungnya, dan akhirnya kita di sini. Sekarang perlahan-lahan kita sudah mula dapat menjalani kehidupan seperti sebelumnya. Dapat beraya, dapat pulang ke kampung, dapat menyertai majlis-majlis secara terbuka walaupun secara keseluruhannya COVID masih belum berakhir.
Dan.. apa yang berlaku kepada aku dalam tempoh 2 tahun ni? Dalam keadaan aktiviti yang terhad dalam masa 2 tahun ni pencapaian yang paling aku tak sangka adalah bergelar seorang isteri. Kata orang, kadang jodoh datang dalam keadaan yang tidak disangka-sangka. Kata orang lagi, jodoh itu tidak semestinya orang yang kita kenal bertahun-tahun lamanya. Dan.. dua-dua keadaan ini aku alaminya sendiri dalam proses penemuan jodoh ni. Aku sebelumnya juga agak konservatif. Walaupun dalam dunia teknologi dan sosial media yang semakin berkembang, aku pun tetap percaya di laman maya itu kita tidak akan bertemu dengan orang yang ikhlas dan sebetulnya untuk berkawan. Apa yang terpapar di laman sosial tentang seseorang itu mungkin bukanlah dirinya yang sebenar, tetapi... mungkin juga itu dirinya yang sebenar. So, how can we know a person without knowing her/him in a real life?
Panjang mukaddimah ni.. dan it's sound quite serious. Haha.😄
Long story short, tetiba aku berjumpa jodoh dalam era pandemik dan sempat pula kahwin, which is something yang aku tak pernah fikir. Bayangkanlah, betapa aktifnya aku ke sana sini sebelum COVID melanda tapi takde sorang pun yang melekat. I mean.. Melekat untuk dijadikan suami. Tapi.. bila pandemik melanda, aku baru perasan how lonely am I? Nope.. Tak jugak.
Aku cuma rasa usia makin berganjak, maybe it's time untuk aku fikir fasa seterusnya. Then.. I'm starting browsing.. for a jodoh.
Aku tak nak promote any app mencari jodoh ya, because I'm not gonna do any free marketing. Zaman sekarang ni nak cari jodoh pun kena bayar nokss!
If your circle is not so big.. then find out of the circle. One of it any website mencari jodoh yang legit. Yess.. It's proven, trust me! This is how I know my husband.
To be continued..
😜
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://indahnyapelangiku.blogspot.com/2022/06/the-secret-of-destiny-part-1.html