The Real Malaysia Batman
The Real Malaysia Batman - Whoaaaaa
Batman... Rasanya semua kenal dan tahu apa itu Batman. Kalau budak budak umur 12 tahun yang hari ni tak tau lah diorang tau ke tak.. Kalau bapak bapak budak sekarang ni yang dulu jadi budak budak sekitar 80-an ke Y2K, mungkin tau. haha..
Batman merupakan watak fiksyen seorang adiwira. Walaupun adiwira, tapi Batman ni tak ada kuasa kuasa power macam Superman yang boleh terbang tu. Batman ni kehebatan dia adalah mencipta satu satu teknologi. Teknologi tu senjata dan kenderaan dia yang dia gunakan sewaktu melawan musuh dia. Musuh dia yang terkenal Joker. Psyco si Joker ni. Tapi Batman ni rileks je orang nya..
Mulanya Batman ni watak kartun je dalam komik.. Kemudian di bawa ke layar perak melalui filem filem.. Komik yang pertama di terbitkan pada tahun 1940. Berharga USD0.10 huhu.
Komik Batman tahun 1940
Filem Batman 'Batman And Robin'
Di dalam Filem, sejajar berjalan waktu, Batman melalui revolusi terutama pada pakaian custom dia..
Daripada asal sekadar baju nipis sehingga lah yang awesome... Kain gerbang belakang badan itu wajib ada walaupun tak boleh buat dia terbang.. kihkihkih
Costum pakaian Batman zaman purba kala... Tak nafsu tegok.. hahaha
Revolusi pakaian Batman... Alfredo Casero...??? Errr
Batman vs Superman (2016)Beria cerita pasal Batman... Admin bukan peminat Batman sangat... Tapi teruja dengan seorang lelaki ni yang dia minat gila gila dengan Batman sejak kecil sampailah dia menjelma sebagai Batman Malaysia. Dah hampir sejibik custom Batman dia buat.. Bukan setakat custom, motor Batman yang tayar kedabak besar tu pun dia ada...
4 Fakta Tentang Batman Malaysia1. SANGAT MEMINATI BATMAN
Individu yang ingin identitinya dirahsiakan ini meminati karakter Batman sejak kecil sehingga menginspirasikannya untuk menghasilkan kustom Batman
2. KOSTUM DIPERBUAT DARIPADA JAKET TERPAKAI
Memang banyak sebenarnya kostum Batman di Malaysia namun, bagi Batman Malaysia ini kualiti adalah segala-galanya.
Kisah menarik di sebalik penghasilan kostum ini adalah ia dihasilkan menerusi jaket kulit lama yang sudah terpakai.
Menurut Batman Malaysia, satu kostum dihasilkan menggunakan satu jaket sahaja dan paling mencabar adalah potongan pada bahagian dada.
Apa yang paling menarik perhatian mengenai rekaan pakaian istimewa ini adalah sebanyak 80 peratus perincian kostum ini mengikut rekaan asal dalam filem.
Namun, ada ‘penderitaan’ yang terpaksa ditanggung setiap kali memakai kostum batman.
Wajahnya pernah bertukar kebiru-biruan akibat kekurangan oksigen kerana memakai kostum itu terlalu lama iaitu selama tiga jam untuk satu persembahan. Kostum ini diperbuat daripada kulit manakala topengnya pula getah.
"Tapi mereka yang pernah berjumpa dan berbual dengan saya saja tahu situasi sebenar serta ‘penderitaan’ ini. Topeng ini umpamanya, ia diperbuat daripada getah dan apabila memakainya saluran pernafasan pada hidung sedikit tersekat. Jadi saya perlu menggunakan teknik pernafasan yang betul supaya dapat bernafas dengan baik sepanjang tempoh memakai kostum ini,” katanya dan mengakui tempoh masa paling ideal beliau memakai kostum berkenaan ialah satu jam.
3. PERTAMA KALI MUNCUL SECARA PUBLIC DI PLAZA TOL SUNGAI BESI
Batman Malaysia ini pertama kali muncul di khalayak ramai dari Plaza Tol Sungai Besi ke Nilai, Negeri Sembilan bersama Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah (MJMM) Abdul Rani Kulup pada April tahun lalu. Kemunculannya menyebabkan Lebuh Raya Utara Selatan mengalami kesesakan kerana orang ramai memperlahankan kenderaan masing-masing lantaran teruja melihat Batman Malaysia bergaya menunggang Batpod Batman
Katanya lagi, bukan mudah mengendalikan Batpod Batman kerana motosikal terbabit sangat berat bagaikan memandu kereta
“Pemegang motosikal ini pada tayar dan bukan seperti motosikal yang lain. Ini satu lagi cabaran yang perlu saya lalui kerana perjalanan dari Plaza Tol Sungai Besi ke Nilai yang jaraknya hanya 20 kilometer dirasakan seperti perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kelantan,” katanya
Selain itu jelasnya, Batpod Batman adalah ciptaan anak tempatan, Omar Jumiran, 48, dari Kajang menggunakan besi terpakai dan motosikal berkenaan hanyalah motosikal yang diubah suai dan enjin digunakan adalah daripada jenis Modenas Jaguh 170 cc
4. DALAM PROSES MENGHASILKAN KERETA TUMBLER BATMAN
Selepas muncul dengan motosikal Batman, individu ini juga bakal membuat kejutan dengan penghasilan kereta Batman digelar sebagai Tumbler
Jelasnya, casis kenderaan ini hampir siap dihasilkan dan hanya menanti kemunculan sebuah syarikat untuk menaja dalam penggunaan enjin
Kolobrasi ini bakal menjadikan penghasilan kereta Batman ini bukan sekadar angan-angan kosong
********************************
Sempoi lah abam Batman Malaysia kita
Sebenarnya cerita Batman Malaysia ni dah lama, dari tahun lepas, admin baru tau hari ni.. wakakakakaka..
Nak follow abam Batman Malaysia, boleh like page BATMAN MALAYSIA.Abam Batman ni peramah orangnya... n pandai buat lawak..kikiki
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kongsikanaje.blogspot.com/2019/05/the-real-malaysia-batman_29.html