The One Straw Revolution Natural Farming
Konsep " Natural Farming " moden dipopularkan oleh Masanobu Fukuoka, seorang petani dan ahli falsafah asal pulau Shikoku, Jepun ( 1913 - 2008 ) melalui bukunya " The One-Straw Revolution ".
Berkelulusan patologi tanaman dan menghabiskan beberapa tahun sebagai pegawai kuarantin kastam di Yokohama.
Semasa bekerja di situ, pada umur 25 tahun, beliau mendapat idea / ilham / inspirasi berkenaan falsafah " natural / nature " yang mengubah hidupnya.
Beliau berhenti kerja, kembali ke kampung halaman dan memulai usaha mempraktikkan idea berkaitan " natural / nature " dalam bidang pertanian.
Selama 65 tahun seterusnya beliau menumpukan usaha membina kaedah " natural farming " mengikut inspirasi yang beliau dapat semasa mudanya. Beliau percaya usahanya itu akan membawa kebaikan kepada dunia.
Beliau tidak membajak ladangnya, tidak menggunakan kimia pertanian, tidak menggunakan baja yang diproses, tidak menggunakan kompos proses dan tidak mengairi sawahnya seperti amalan pesawah di Asia sejak sekian lama tetapi hasil ladangnya adalah sama malah lebih baik dari ladang paling produktif di Jepun.
Tahun 1975, beliau menulis buku " best- selling " iaitu The One-Straw Revolution yang menggambarkan perjalanan hidup, falsafah serta teknik pertanian yang diamalkannya.
Buku ini telah dialih bahasakan melebihi 25 bahasa dan telah menjadikan Masanobu Fukuoka sebagai pemimpin pergerakan pertanian lestari ( sustainable agriculture movement ) dunia moden.
Beliau masih bertani sehingga ke penghujung usia dan meninggal pada tahun 2008 semasa berusia 95 tahun.
Setelah buku The One-Straw Revolution diterbitkan dalam Bahasa Inggeris, beliau telah menjelajah ke Afrika, India, Asia Tenggara, Eropah dan Amerika Syarikat. Teknik pertanian beliau juga telah digunakan untuk menghijaukan kawasan gurun.
Masanobu Fukuoka juga menulis buku " The Natural Way Of Farming ", " The Road Back To Nature " dan " Sowing Seeds In The Desert ".
Pada tahun 1998, beliau menerima penghargaan Magsaysay Award yang dikenali sebagai hadiah Nobel Asia bagi kategori Perkhidmatan Awam.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://jomtanamsayur.blogspot.com/2019/06/the-one-straw-revolution-natural-farming.html