The More Grateful We Are The Beauty We See
Grateful means a lot to me.
Hari semalam banyak mengajar juju untuk bangun hari ini. Tanpa semalam, tanpa minggu lepas, tanpa bulan lepas, tanpa beberapa bulan lepas dan saban tahun kita belajar hari-hari apa itu syukur.
Lihat orang susah - syukur bantu seadanya. Lihat orang istimewa - syukur mendoakan dia tanpa diketahuinya.Lihat waktu pagi - ramai orang berhijrah, kita tak berseorangan rupanya, syukur.Lihat setiap rezeki dan ujian itu hikmah diselepasnya ada sebab musabab, kita syukur akhirnya.
Nampak roda kehidupan kita. Umur tambahan kita, semakin berganjak umur semakin kita nampak susur galur syukur itu semakin dimengertikan.
Terlalu luas. Bahkan ujian menimpa bertalu pun kita zikir, kita istigfar, berdoa dan bermunajat untuk akhirnya ucap syukur.
Dimana pengakhiran kita ni sahabat-sahabat?
Setakat di media sosial? Tahu tak semalam juju dengar satu video agama dari Ustaz Wadi, ustaz yang terkenal dikalangan media TikTok, IG dan sebagainya.
Penyampaian beliau semalam sangat memberi kesan mendalam buat juju, jatuh air mata, jatuh ego dalam membetulkan doa lagi.
"Sekiranya kita di dunia selalu mengajak kawan-kawan pergi masjid, pergi dengar tazkirah, ajak dengar ceramah agama dan ajak pada benda-benda kebaikan. Kerana asbab itu kita dapat masuk syurga?
Kawan kita yang ikut sama buat kebaikan dengan kita suatu ketika dulu tak dapat masuk syurga, dia ke neraka?
Ketahuilah kawan-kawan semua, seandainya kita dapat masuk syurga, kita dapat syafaat untuk berdoa dalam syurga minta Tuhan masukkan kawan kita itu tadi ke dalam syurga kerana kita saksi kepada dia pernah bersama-sama buat ibadat dulu tika didunia"
MasyaAllah, siapa cakap kat dunia kita tak boleh tarik kawan masuk syurga? Boleh dgn izinNya dia masukkan kita atas tiket syafaat rakan kita sendiri.
Allahuakbar. Inilah kesyukuran juju hari ini, juju sebarkan pada kalian. Kita doakan satu sama lain ya mulai sekarang. Juju tiap² lepas solat doakan kalian, nak jadi jiran syurga dengan kalian. Jikalau juju tidak ke sana, juju minta kalian sebut nama juju ya.
Takut pabila tahu satu percikan kecil api neraka adalah sebesar kota istana, malah ada sebesar negeri. Terduduk warga di padang masyhar.
Ya Allah, kami tak sanggup ke neraka mu dan kami tak layak ke syurga mu dengan apa amal bekalan kami sedia ada.
Tapi kami ada kawan-kawan positif yang saling mendoakan satu sama lain. Satukan kami dalam syurga mu Allah.
Aminnn!!! 🤲❤️
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.juliajohari.com/2021/09/the-more-grateful-we-are-beauty-we-see.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+WithJulia+(With+Julia...)