The Making Of Puri
Assalamualaikum...
Hi Everything! Hahahaha. I cannot la. Ada sorang minah Pinoy ni confident cakap Hi Everything instead of Hi Everyone. Each time tengok je, I ketawa. Mudah benar terhibur waktu-waktu Covid ni. So, nkorang macam mana now? OK tak tu? Dah giler ke belum? Hehe. Macam I rasanya now dah adjusting dah. Rasa macam OK jugak ni duduk kat rumah. Monday-Friday as for now memang occupied la. Sebab kerja kan? Kekadang rasa mata macam kena lekat dengan gam tapi tak boleh la nap kan sebab waktu kerja. Ada rasa macam bersalah. Kalau Conference Video Call, dekat office kitorang guna MS Teams. I yang jaga account untuk company so each meeting yang kena buat, I la kena jadik host. I will make sure semua masuk, dengar apa boss I cakap sekejap lepas tu pasang speaker kuat-kuat and I teruskan activity yang I buat. Mostly masak and ada dekat Kitchen la. Unless kalau kena ambik notes, baru la kena mengadap je Laptop. Macam Shein, start from harini dia kena Zoom Video Call hari-hari. I akan setting dekat dia siap-siap nanti dia buat la sendiri. Naseb ada 2 laptop so takde la berebut with Shein. Kerja sekolah dia pon, dia buat sendiri kalau guna Laptop. Hidup je jari dia tu. Dah la debab. Cuma iMac ni setting dia lain sikit.
Anyway, Harini I nak share dengan nkorang experience I masak Puri. Kelakar pon ada. Masa first trial, Puri I failed. Dah la I buat dua adunan lepas tu tak jadi. Huwaaaaa sedihnya. Terbuang macam tu je. Patut I simpan and bakar je atas Pan. Nanti boleh jadi Capati pulak. Ni jap lagi I nak shopping kat Shoppee, nak cari Tepung Atta. Nak surprise Saz with Capati pulak. Dia sure suka. Usually I kalau buat Capati akan jadik 4 segi, tapi takpe. Yang penting effort and jangan give up. I buat Puri ni pon 2 kali baru berjaya. Actually takde la suka makan sangat tapi saja la nak try. Time-time macam ni la memasing nak asah skill jadik Chef kan? Maybe petang-petang sikit I nak buat cake lah dengan Shein. Haritu buat Dalgona Coffee dengan dia. Happy sangat Shein. Dia jenis committed tau? Buat sampai habes. I selalu kiss kiss gomol dia now and cakap 'Thank you jadi anak Mama'. Eh, happy sangat ada Shein. Rasa best la dia ada. Kalau tak sure sunyi je I dengan Saz. Aku pandang kau, kau pandang aku. Anyways, jom tengok macam mana kejadian Puri I
Ni second day buat Puri. Baru menjadi. I dah buat research kenapa Puri I tak jadi. So I akan share dengan nkorang pulak. Lepas ni nkorang buat, sekali je terus jadik lah. Puri ni kalau nak lembut, kena uli lama-lama sikit. Dalam resepi internet cakap, 'Uli sampai tak melekat di tangan'. Memang sekejap je la I uli. Patut kena spend time untuk uli pulak. Baru la Puri ni akan jadi lembut.
Ni Resepi nak buat Puri. Nkorang ikut je ni OK? Macam margarine tu boleh tukar dengan butter or ghee or minyak. Semua pon OK. Tepung tu guna tepung gandum. Haritu ada yang tanya, 'Guna tepung Bestari OK tak Kaksu?' Itu Tepung salutan. Hahahahah.
Memula masukkan tepung dengan margarine. Campur sampai la jadi macam serbuk roti. Yang ni gambar I guna resepi yang letak Yis tu. Guna la imaginasi nkorang sendiri macam mana OK? Hahaha.
Then uli sampai tak melekat dekat tangan and ambik masa dalam 5-10 minutes Uli adunan ni. So nanti Puri akan jadi lembut. Lepas tu rehatkan selama 15 minutes sahaja. Tutup adunan ni dengan kaki kain supaya permukaan dia tak kering.
Bila dah 15 minutes, bahagi-bahagikan doh tu menjadi sebesar bola Pingpong. Untuk secawan tepung, dia akan jadik 6 keping Puri. Nkorang buat la ikut berapa banyak yang ada dekat rumah. Tips I, kena pastikan 15 minutes ngam-ngam. Jangan lebih jangan kurang.
Lepas tu canai. Tak terlalu nipis OK? Lepas dah canai terus la goreng. Tips lagi. Kena pastikan minyak betul-betul panas. Bila masukkan Puri dalam minyak, terus simbah dengan minyak atas dia sampai la mengelembung and kecikkan api terus.
I makan dengan Gulai Sardine. Patut puri sedap makan dengan Sambal Sardine. Silap pulak.
Kalau kat Merbau Pulas, depa makan Capati dengan Sawi + Telur macam ni.
Ni kejadian Puri I masa hari pertama. Sedih sangat rupa dia. Hahaha. But NEVER GIVE UP ok? Takpe kalau tak berjaya first time, second time boleh cuba lagi.
Ada orang buat Puri guna yis, ada yang tak. Bagi pendapat I, kalau tak guna Yis pon OK. Jadik je. Takpe. Jangan lupa tips-tips yang I kasik kat atas tu. InsyaAllah akan berjaya and Puri nkorang akan jadi cantik. I boleh makan sekeping je sebab Puri ni berminyak. Kalau Capati boleh makan 3-4 keping. Teringat Masi Timah punya Puri, bapak la sedap. Adoi. Nanti kita tengok kejadian Capati I macam mana pulak. Macam roti canai, takde pulak keinginan I nak buat. Lagipon Sazli dah beli 2 packs dah Frozen punya. Kawan dia buat. Sedap! Ni ada Sambal Tumis ni, nanti I nak makan la Roti Canai cicah sambal tumis. Harini I buat Nasi Lemak so I akan makan Nasi Lemak ni dari pagi-malam. Selamat takyah masak for lunch. Hehe. Esok ingat nak buat Grilled Chicken la. Teringin pulak. Hari-hari teringin nak makan. Esok habes RMO ni, naik 2 kg. Confirm
-eNd-
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://surayasulatin.blogspot.com/2020/03/the-making-of-puri.html