The Lido Restaurant Restoran Halal Di Genting Dream By Resort World Cruises
The Lido Restaurant - Restoran Halal Di Genting Dream by Resort World Cruises
The Lido Restaurant - Restoran Halal Di Genting Dream by Resort World Cruises | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera guys! Ramai orang tanya bila naik Cruise, macam mana nak cari makanan? Halal ke? Sedap ke? Haaa semuanya MOMI akan jawab dalam entri kali ini. Dekat atas kapal pelayaran Genting Dream by Resort World Cruises ini ada sebuah restoran yang merangkumi rasa ingin tahu anda. Restoran tersebut ialah "The Lido Restaurant" yang berada di deck 16 dalam kapal pelayaran Genting Dream by Resort World Cruises. Apa yang menarik dekat The Lido Restaurant ni? Mari MOMI kongsikan
The Lido Restaurant - Restoran Halal Di Genting Dream by Resort World Cruises
Konsep The Lido RestaurantDekat The Lido Restaurant ini berkonsepkan bufet tau. Dibuka seawal 6:00 pagi lagi untuk hidangkan sarapan pagi, seterusnya menghidangkan makan tengah hari, minum petang (di ruang The Lido Outdoor Snack), makan malam dan 'supper' (di ruang The Lido Outdoor Snack) sehingga 2:30 pagi. Orang kata, kalau lapar tu naik terus Deck 16 pergi makan hehe.
The Lido Restaurant - Restoran Halal Di Genting Dream by Resort World Cruises
Dinasihatkan untuk keluar awal pada waktu sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam supaya tidak beratur panjang. Kenapa kena beratur? Sebab di atas kapal pelayaran ini memang ramai ya orang dan anda akan diberi nombor meja untuk makan. Ada untuk 2, 4 dan lebih dari 6 orang setiap meja. Di restoran ini ada dua tempat masuk, dari kiri dan kanan. Kalau nampak ramai dekat belah kanan tu, terus pergi kiri supaya tak beratur panjang.
The Lido Restaurant - Restoran Halal Di Genting Dream by Resort World Cruises
The Lido Restaurant - Restoran Halal Di Genting Dream by Resort World Cruises
The Lido Restaurant - Restoran Halal Di Genting Dream by Resort World Cruises
Apa Hidangan Yang Menarik Di The Lido Restaurant?Seperti yang MOMI dah bagitahu tadi, dekat The Lido Restaurant menghidangkan makanan secara bufet. Hidangan yang boleh anda nikmati adalah masakan tempatan, masakan internasional termasuk masakan 'western' dan bagi mereka yang vegeterian juga ada disediakan makanan vege disebelah kanan The Lido. Dekat sini anda pasti tidak bosan dengan makanannya sebab setiap hari akan berubah menunya. Lengkaplah dari pembuka selera, hidangan utama dan pencuci mulut.
The Lido Restaurant - Genting Dream by Resort World Cruises

Dekat The Lido, air adalah 'free flow' termasuk jus, air masak, kopi dan susu yang disediakan dekat 4 lokasi dalam restoran ini. Untuk peralatan makan seperti sudu, garfu dan sebagainya disediakan di pelbagai ruang. Memang sangat mudah, anda boleh pilih makanan, minuman, ambil sudu garfu dan terus makan.
The Lido Restaurant - Genting Dream by Resort World Cruises
The Lido Restaurant HALAL ke?Perkara paling penting dan paling banyak soalan ditanya bila makan dekat The Lido Restaurant ini ialah status Halal. Semua makanan dan minuman dekat The Lido Restaurant adalah Halal yang disahkan oleh OIC (Organisation of Islamic Corporation) and SMIIC (Standards and Metrology Institute of Islamic Countries), jadi anda boleh makan tanpa was was. Minuman alkohol adalah dilarang dalam The Lido Restaurant ini
The Lido Restaurant - Genting Dream by Resort World Cruises
The Lido Restaurant - Restoran Halal Di Genting Dream by Resort World Cruises
Haa dah terjawab semuanya kan? Kalau naik kapal pelayaran Genting Dream by Resort World Cruises dah tahu dah nak makan dekat mana tanpa rasa was was hehe. Memang kalau anda naik memang susah lah nak rasa lapar, sebab kalau lapar boleh terus ke The Lido Restaurant. Untuk bayaran di The Lido sudah termasuk dalam pakej yang anda bayar, jadi tak perlu risau nak keluarkan duit ke tidak hehe.
The Lido Restaurant - Restoran Halal Di Genting Dream by Resort World Cruises
Untuk maklumat lanjut mengenai kapal pelayaran Genting Dream by Resort World Cruises sila layari media sosial mereka di Facebook dan Instagram. Untuk tempahan anda boleh layari laman web Resort World Cruises atau hubungi nombor berikut :
Talian Bebas Tol (Singapura) : +65 800 852 8188Talian Bebas Tol (Malaysia) : 1800 81 4852
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.rafzantomomi.com/2023/02/the-lido-restaurant-restoran-halal-di.html