Kempen Aeon Smile Of Love Menangi Pelayaran Genting Dream Oleh Resorts World Cruises
hai assalammualaikum
Kempen AEON Smile of Love : Menangi Pelayaran Genting Dream Oleh Resorts Worls Cruises - Syok kan dapat belayar atas kapal mewah Genting Dream yang besar tu, dengan kemudahan fasiliti yang bertaraf lima bintang sambil menikmati pemandangan cantik di atas cruise. Ia akan jadi satu pengalaman yang berharga kalau dapat naik cruise ni tau. Lagi best kalau dapat ditaja semua.
Hah!! Siapa yang nak sangat naik cruise, korang boleh menangi Genting Dream Cruise dengan hanya berbelanja di AEON sahaja. Baca macam mustahil, tapi ini betul tau.
Kempen AEON 'Smile of Love' : Menangi Pelayaran Genting Dream Oleh Resorts World Cruises
Baru-baru ni nad turut serta dalam majlis pelancaran kempen terbaru AEON CO. (M) BHD atau AEON, "Smile of Love – Win A Cruise Contest" dengan kerjasama Resorts World Cruises di AEON Alpha Angle Wangsa Maju. Teruja tau nak tau macam mana nak menang tiket cruise ni. Semestimya nad nak kongsi dengan semua pembaca nad. Siapa tak suka naik cruise kan, ofkos suka.
Kempen AEON 'Smile of Love' ini memberi peluang kepada pelanggan untuk memenangi pelayaran 3D/2N di Genting Dream oleh Resorts World Cruises.
Kempen dirasmikan oleh Ong Hsieh Lien, Assistant Vice President, Corporate Communications and Marketing of Resorts World Cruises, Nikki Lee, Head of Mall Marketing, AEON dan Koh Mei Leng, General Manager - Head of Payment System of AEON Credit Service.Peraduan bermula dari 10 Februari hingga 7 Mei 2023, di mana 8 pemenang bertuah akan diumumkan setiap bulan.
Kempen Smile of Love bertujuan untuk memberi ganjaran kepada pelanggannya atas kesetiaan mereka dan sokongan berterusan dengan membeli-belah di AEON Malls. Ia adalah salah satu daripada banyak cara yang AEON sedang berusaha untuk mencipta kebahagiaan dan pengalaman yang tidak dapat dilupakan untuk pelanggannya.
Peraduan ini merupakan satu peluang yang baik untuk pelanggan memenangi pengalaman sekali dalam seumur hidup.
Bagaimana nak sertai kempen 'Smile of Love' dan menangi pelayaran Genting Dream?
Dengan hanya membuat pembelian RM38 (Ahli AEON) dan RM58 (Bukan Ahli AEON) dengan jumlah sehingga dua gabungan resit hari yang sama di outlet F&B, Snek & Pawagam.
Senang kan! Beli dan Menang!
Pelanggan yang bertuah berpeluang memenangi pelayaran untuk 2 orang di Genting Dream, oleh Resorts World Cruises. Lapan pemenang bertuah akan diumumkan pada15hb setiap bulan
Resorts World Cruises, sebuah jenama pelayaran gaya hidup mewah dan dinamik yang kaya dengan warisan Asia,menawarkan gaya hidup pelayaran peribadi dengan pengalaman antarabangsa yang pelbagai
Kerjasama antara AEON dan Resorts World Cruises adalah masa yang tepat kerana Genting Dream kini berlepas dari Pelabuhan Klang setiap minggu, menawarkan siri 2 dan 3 Pelayaran malam ke destinasi popular, termasuk Pulau Pinang, Singapura dan tidak lama lagi Phuket
The Genting Dream, 'A Resort Cruising at Sea' menyediakan pelbagai tawaran menarik yang inklusif, seperti makan percuma di tempat terpilih, yang menampilkan pelbagai masakan antarabangsa dan Asia, serta sudut snek kegemaran sepanjang hari.
Sebagai Kapal Pelayaran Mesra Halal Standard OIC/SMIIC* Pertama di Dunia, Muslim pengembara akan mendapat akses kepada makanan dan minuman Halal yang disahkan di bahagian khusus di restoran The Lido, turut menyediakan masakan vegetarian dan lain.
Bilik solat juga disediakan di atas kapal untuk kemudahan tetamu Muslim. Jadi tak perlu rasa was-was ye.
Tawaran inklusif lain yang menarik juga tersedia untuk tetamu termasuk yang menakjubkan persembahan pentas antarabangsa dan tayangan filem Zodiac theatre dengan boleh memuatkan 999 kerusi yang mengagumkan
Selain itu, taman tema air di laut dengan adanya kolam dan 6 gelongsor air, Ropes Course dan ziplines, Rock Climbing Walls, Mini Golf Course, Spa Genting Dream serta lebih banyak aktiviti rekreasi untuk seluruh keluarga.
Menarik kan cruise Genting Dream ni. Jangan lepaskan peluang tau, mana tau rezeki berpihak kepada korang naik cruise ni. Jangan lupa simpan resit pembelian apabila berbelanja di outlet F&B, snack dan pawagam.
Untuk butiran lanjut mengenai kempen ini, sila layari Facebook AEON Mall kami, https://www.facebook.com/AEONMallMY/.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.miszrockers.com/2023/02/kempen-aeon-smile-of-love-menangi-pelayaran-genting-dream.html