The Lemuni Janda Baik Pahang
The Lemuni merupakan antara Kedai Makan yang dikenali di Janda Baik, Pahang. Kedai makan yang menawarkan menu kampung dengan dekorasi suasana kampung yang cukup indah dan tenang. Walaubagaimanapun harga makanan ini boleh dikatakan mahal dan portion nya juga sangat sedikit.
Bergambar bersama rakan
Sedang mengambil ulam ulaman dan sambal untuk set lunch
Pada sebelah pagi menu yang ditawarkan adalah menu buffet berharga RM45 per pax. Tengah hari pula menu set. Tiada pilihan ala carte untuk waktu pagi mahupun tengah hari. Menu ala carte hanya bermula jam 4 petang keatas.
Maaf semasa keberadaan disini Cik iena tak sempat ambil gambar banyak kerana sibuk berborak bersama rakan-rakan dan ada diantara rakan-rakan yang terkesima dengan harga jadi Cik iena tak sampai hati nak beria pergi sekitar kawasan ini untuk ambil gambar. Nanti nampak macam Cik iena seorang je enjoy pergi tempat ni. Walaupun hati memberontak rontak nak pusing pusing ambil gambar kan haha
The Lemuni , Janda Baik Pahang
The Lemuni , Janda Baik Pahang
The Lemuni , Janda Baik Pahang
Pintu masuk The Lemuni , Janda Baik Pahang
Dari segi price Cik iena ok sahaja asalkan tempat tu meet my criteria. Banyak tempat Cantik untuk bergambar. Tapi memandangkan Cik iena datang bersama rakan -rakan dan bukan semuanya sama citarasa. Jadi Cik iena tidak lah beriya pergi ambil gambar di kawasan sekitar.
Jadi hanya ini sahaja gambar yang ada. Tapi memang tempat ni susasana sangat cantik lagi lagi makan di bawah rumah tu. Kampung Vibes sangat tau. Boleh tonton reel cik iena untuk lihat makanan yang kami pesan.
View this post on Instagram A post shared by Siti Fazlina Abd Wahab (@ienaeliena)
Cik iena cuma ambil gambar menu untuk makan tengah hari untuk rujukan. Untuk menu lain tak ambil. Kalau owner kedai panggil suruh review baru kene ambil semua gambar menu. Tapi memandangkan Cik iena datangsendiri makan dengan kawan kawan CIk iena ambil yang berkaitan sahaja.
Berikut untuk harga makanan sebagai rujukan anda juga ok
HArga Makanan The Lemuni , Janda Baik Pahang
HArga Makanan The Lemuni , Janda Baik Pahang
HArga Makanan The Lemuni , Janda Baik Pahang
Info dibawah yang cik iena dapat dari instagram @thelemuni pada november 2023
Buffet Sarapan
Jumaat, Sabtu & Ahad sahaja
Makan Tengahari
Khamis, Jumaat, Sabtu, Ahad & Isnin.
Buffet Hi Tea
Jumaat, Sabtu & Ahad sahaja
TUTUP
Selasa & Rabu
𝑭𝒐𝒓 𝒓𝒆𝒔𝒆𝒓𝒗𝒂𝒕𝒊𝒐𝒏, 𝒑𝒍𝒆𝒂𝒔𝒆 𝒇𝒊𝒍𝒍 𝒖𝒑 𝒎𝒆𝒏𝒖 𝒇𝒐𝒓𝒎 𝒊𝒏 𝒕𝒉𝒊𝒔 𝒍𝒊𝒏𝒌👇
https://wasep.me/the-lemuni
View this post on Instagram A post shared by The Lemuni (@thelemuni)
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.ienaeliena.com/2023/12/the-lemuni-janda-baik-pahang.html