The Girl On The Train
Masa duk cari cerita best dalam Netflix, k.fiezz macam tak berapa minat cerita The Girl On The Train ni. Try tengok sikit, eh macam menarik lah walaupun jalan cerita dia slow sikit masa mula-mula. So jom k.fiezz kongsi sikit jalan cerita movie thriller ni. K.fiezz memang peminat cerita jenis thriller ni sebab jalan cerita dia buat kita tak sabar-sabar nak tengok scene selepas tu. Nak tengok apa jadi sebenarnya.
Okey berbalik pada topik utama. K.fiezz nak kongsi movie The Girl On The Train yang baru release di Netflix ni.
Sinopsis The Girl On The TrainMovie ni adaptasi dari Novel dengan tajuk yang sama & dikeluarkan pada tahun 2015. Jalan ceritanya mengisahkan wanita bernama Mira, seorang alcoholic yang bercerai dengan suaminya, Dr.Shekhar. Mira ni seorang peguam & suaminya seorang Doktor. Selepas terjadi satu kejadian yang menyebabkan Mira keguguran, Mira menjadi seorang peminum dan ni menyebabkan suaminya mulai bosan dengan tindakan Mira. Tak lama selepas tu, Mira & suaminya bercerai.
Selepas bercerai, Mira jadi tak tentu arah apa lagi bila bekas suaminya dah ada pengganti dia. Keadaan Mira yang selalu mabuk dan tak terurus, menjadikan dia tak bekerja lagi sebagai peguam.
Dalam si Mira ni selalu mabuk, dia selalu menggunakan pengangkutan awam iaitu keretapi & masa keretapi ni melalui satu kawasan rumah, Mira selalu nampak satu rumah ni & ada sepasang suami isteri yang nampak bahagia sangat. Satu hari masa melalui laluan yang sama, Mira ternampak si isteri (Nusrat) di balkoni rumah dalam keadaan yang mencurigakan tetapi dengan lelaki lain bukan suaminya. Mira jadi marah sangat sebab si isteri (Nusrat) ni curang. Mira bercakap dengan kawannya, dia rasa nak bunuh je si isteri (Nusrat) tu sebab curang dengan suami.
Satu hari Mira pergi ke rumah tersebut tetapi tak ada siapa yang buka pintu. Dalam masa yang sama dia ternampak si isteri (Nusrat) naik ke kawasan hutan yang berada berhampiran rumah tersebut. Jadi Mira ikut si isteri (Nusrat). Selepas dari tu yang dia ingat, dia panggil si isteri (Nusrat) dari belakang semasa dia mengikuti Nusrat & ada berlaku sikit kekasaran. Selepas dari tu, dia tak ingat apa-apa dah.
Esoknya kecoh bila keluar berita Nusrat di bunuh & selepas di siasat oleh pihak Polis, Mira disyaki membunuh Nusrat. Masalahnya si Mira ni memang tak ingat langsung apa yang jadi.
Review The Girl On The Train
Secara jujurnya cerita ni masa mula-mula start agak slow. Rasa nak tutup je sebab tak nampak related jalan cerita dia lagi. Tapi masa awal-awal ada scene si Nusrat ni dikejar oleh seseorang tapi tak tahu lah siapa. Tak nampak. Lepas tu terus ke scene yang tak berkaitan.
Kemudian masuk ke cerita macamana Mira jumpa dengan suami dia & awal kehidupan diaorang sebagai suami isteri. Tapi kebahagiaan diaorang tak lama sebab berlaku satu kejadian yang menyebabkan Mira keguguran & bercerai dengan suami dia. Lepas bercerai Mira ni tetap jadi pemabuk. Dalam masa yang sama Mira ni jadi penumpang tetap keretapi & bila lalu satu kawasan perumahan, Mira macam obsess tengok kehidupan sepasang suami isteri yang nampak bahagia. Dia cemburu dengan pasangan tu. Bila satu hari dia ternampak si isteri (Nusrat) curang dengan orang lain, Mira rasa marah gila. Dia sampai mengamuk sebab Nusrat curang. Padahal dia kenal pun tidak dengan si Nusrat tu.
Lepas tu si Mira ni boleh pergi ke rumah Nusrat. Di rumah Nusrat ni pula kat pintu depan ada cctv, jadi masa polis siasat kes bunuh Nusrat ni, jumpa lah cctv yang Mira ni ada ke rumah tu dalam keadaan mabuk & marah. Jadi polis syak Mira terlibat dengan pembunuhan Nusrat. Apa lagi bukti semua menunjukkan ke arah Mira.
Mira ni hampir di tangkap polis tapi dia berjaya melepaskan diri sebab dia nak siasat betul ke tidak dia bunuh Nusrat. Dia kan seorang peguam. Jadi dengan kepakaran tu, dia cuba menyiasat betul atau tidak dia bunuh Nusrat dengan ingatan dia yang langsung tak ingat apa-apa.
Selepas siasat akhirnya Mira berjaya merungkai kes pembunuhan Nusrat.
Part ni memang tak sangka sangat weiii siapa yang jahat & siapa yang bunuh Nusrat sebenarnya.
Moral of the story dari cerita The Girl On The Train ni, kita jangan terlampau sayang sangat seseorang & percaya setiap apa yang di katakan. Boleh jadi orang yang kita sayang tu sebenarnya mempergunakan/memperdaya kita. Bila berlaku perpisahan seperti bercerai jangan terlampau tunjuk yang kita frust gila-gila. Sepatutnya kita kena tunjuk yang kita kuat & boleh berdikari. Kita juga jangan suka-suka terus judge orang ikut pandangan kita sahaja. Tak semestinya apa yang kita nampak seperti apa yang kita sangkakan.
Jadi siapakah yang bunuh Nusrat & kenapa Mira yang jadi suspek utama?haha. Pi lah tengok sendiri. Tak thrill lah cerita.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.fiezasani.xyz/2021/03/The-Girl-On-The-Train.html