The Colours Of Life Perkongsian 1 Hari 1 Hadis Zikir Ketika Iktidal Dan Keutamaan
The Colours of Life - PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Zikir Ketika Iktidal dan Keutamaan
عَنْ رِفَاعَةَ بْنِ رَافِعٍ الزُّرَقِيِّ، قَالَ: " كُنَّا يَوْمًا نُصَلِّي وَرَاءَ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَلَمَّا رَفَعَ رَأْسَهُ مِنَ الرَّكْعَةِ قَالَ: سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ "، قَالَ رَجُلٌ وَرَاءَهُ: رَبَّنَا وَلَكَ الحَمْدُ حَمْدًا كَثِيرًا طَيِّبًا مُبَارَكًا فِيهِ، فَلَمَّا انْصَرَفَ، قَالَ: «مَنِ المُتَكَلِّمُ قَالَ: أَنَا، قَالَ: «رَأَيْتُ بِضْعَةً وَثَلاَثِينَ مَلَكًا يَبْتَدِرُونَهَا أَيُّهُمْ يَكْتُبُهَا أَوَّلُ
Daripada Rifaah bin Rafi al-Zuraqi r.a. katanya: Pada satu hari kami solat di belakang Nabi SAW maka apabila Baginda mengangkat kepalanya bangun daripada ruku’ Baginda SAW membaca سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ Tiba-tiba ada seorang daripada sahabat yang membaca, رَبَّنَا وَلَكَ الحَمْدُ حَمْدًا كَثِيرًا طَيِّبًا مُبَارَكًا فِيهِ (Wahai Tuhan kami, bagi-Mu segala pujian, aku memuji-Mu dengan pujian yang banyak, yang baik dan penuh dengan barakah). Selepas selesai solat, Rasulullah SAW bertanya: “Siapa yang mengucapkan kalimah itu?” Sahabat itu berkata, “Saya.” Kemudian Rasulullah SAW bersabda: “Aku melihat lebih tiga puluh malaikat berebut untuk menjadi yang pertama pada mencatatnya (pahalanya).” (HR Bukhari No: 799) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Memuji dan menyanjung Allah dengan pujian yang layak bagi-Nya adalah antara bentuk ibadah yang paling agung yang boleh dilakukan oleh seorang hamba. Menjadi tanda dekatnya seseorang kepada Allah dan mendatangkan ganjaran yang tinggi serta kemuliaan di dunia dan akhirat
2. Dalam hadis ini, Rifaah RA melaporkan bahawa beliau pernah solat bersama Nabi SAW dan ketika Nabi SAW melakukan iktidal, Baginda membaca: سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ (Sami’allahu liman hamidah). Lalu seorang lelaki di belakang Baginda menyambutnya dengan bacaan: رَبَّنَا وَلَكَ الحَمْدُ حَمْدًا كَثِيرًا طَيِّبًا مُبَارَكًا فِيهِ (Rabbana wa lakal hamdu hamdan kathiran toyyiban mubarakan fihi). Iaitu pujian yang ikhlas, bebas daripada riya’ (menunjuk) dan sumʿah (inginkan pujian), serta sarat dengan kebaikan
3. Selepas solat, Nabi SAW memberitahu bahawa Baginda melihat sekumpulan malaikat, lebih daripada 30, segera mencatat kata-kata itu. Masing-masing berlumba-lumba untuk menjadi yang pertama mencatatnya
4. Hadis ini menjelaskan kelebihan berzikir memuji Allah SWT sehingga diberi perhatian istimewa oleh para malaikat, menunjukkan betapa bernilainya setiap kalimah zikir dan pujian kepada Allah SWT
5. Ucapan "رَبَّنَا وَلَكَ الْحَمْدُ، حَمْدًا كَثِيرًا طَيِّبًا مُبَارَكًا فِيهِ" menjadi antara zikir yang dianjurkan semasa iktidal selepas membaca 'سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ', kerana ia penuh makna penghargaan dan kesyukuran kepada Allah
#BangunkanJiwaTaqwa#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah#BinaNegaraRahmah#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor#PalestinMerdeka
27hb Zulhijjah 1446H24hb Jun 2025
--- #mknaceunlimited #mknace #thecoloursoflife #1hari1hadis #hadis10saat #IniStyleKita #fyp #blogger #photography #photoblog #SJCAM #Samsung #DJI #Fujifilm #love #followme #beautiful #blogoftheday #fun #like #life #colorful #photooftheday #MyExperience
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://mknaceunlimited.blogspot.com/2025/06/the-colours-of-life-perkongsian-1-hari_24.html