The Colours Of Life Perkongsian 1 Hari 1 Hadis Ulama Penyelamat Daripada Kesesatan
The Colours of Life - PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Ulama Penyelamat Daripada Kesesatan
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرِو بْنِ الْعَاصِ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِنَّ اللَّهَ لَا يَقْبِضُ الْعِلْمَ انْتِزَاعًا يَنْتَزِعُهُ مِنْ الْعِبَادِ وَلَكِنْ يَقْبِضُ الْعِلْمَ بِقَبْضِ الْعُلَمَاءِ حَتَّى إِذَا لَمْ يُبْقِ عَالِمًا اتَّخَذَ النَّاسُ رُءُوسًا جُهَّالًا فَسُئِلُوا فَأَفْتَوْا بِغَيْرِ عِلْمٍ فَضَلُّوا وَأَضَلُّو
Daripada Abdillah bin 'Amru bin Al 'Ash berkata; aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah SWT tidak menghapus ilmu pengetahuan dengan cara mengambil sekaligus daripada hamba-hamba-Nya. Tetapi Allah SWT menghapus ilmu pengetahuan itu dengan kematian ulama sehingga tiada lagi orang yang alim. Ketika itu orang ramai melantik ketua-ketua mereka dari kalangan orang yang jahil dan apabila mereka ditanya mereka memberi fatwa dengan sewenang-wenangnya tanpa berpandukan ilmu pengetahuan. Maka mereka sesat lagi menyesatkan.” (HR Muslim No: 2673) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Ilmu merupakan kurniaan Allah SWT kepada hamba-Nya. Justeru kita perlu memohon daripada Allah supaya dikurniakan ilmu yang bermanfaat
2. Cara ilmu dicabut ialah dengan kematian ulama. Justeru, hendaklah kita pelajari ilmu dari para ulama dengan cara bertalaqqi sebelum mereka meninggalkan kita. Ilmu tidak boleh diwarisi seperti mana harta, sebaliknya perlu dipelajari dan ditekuni dengan bersungguh-sungguh
3. Kelebihan ulama adalah dalam memberi petunjuk keimanan kepada masyarakat supaya masyarakat menjadi celik daripada sebarang kejahilan, kerana kejahilan akan membawa bala kepada mereka yang jahil tanpa pegangan agama yang kukuh
4. Sebagai penuntut ilmu, menjadi kewajipan mempelajari ilmu daripada ulama yang berilmu dan beramal serta memiliki akhlak mulia disamping menghindari sifat-sifat mazmumah.
5. Ulama yang menjadi pewaris nabi amat perlu diberi penghormatan dan dimuliakan kerana peranannya yang cukup istimewa di sisi Allah, menunjuk jalan yang benar ke akhirat. Menjadi keperluan kepada kita semua untuk mengutip seberapa banyak mutiara ilmu daripada tokoh seperti itu
6. Jangan tunggu terangkatnya ilmu pengetahuan dengan kematian ulama. Pada ketika itu orang ramai akan melantik ketua mereka dari kalangan orang yang jahil dan apabila mereka ditanya, mereka memberi fatwa dengan sewenang-wenangnya tanpa berpandukan ilmu pengetahuan. Maka mereka sesat lagi menyesatkan
Imam al-Syafie berkata: Tuntutlah ilmu sebanyak yang mungkin kerana ia akan menjagamu dan membuatmu cemerlang di dunia dan di akhirat, di samping ilmu menjadi amalan para Nabi, Rasul dan orang-orang soleh
#BangunkanJiwamu#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah#BinaNegaraRahmah#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor#PalestinMerdeka
22hb Januari 202410hb Rejab 1445H
--- #mknaceunlimited #mknace #thecoloursoflife #IniStyleKita #1hari1hadis #hadis10saat #fyp #blogger #photography #photoblog #SJCAM #Samsung #DJI #Fujifilm #love #followme #beautiful #blogoftheday #fun #like #life #colorful #photooftheday #MyExperience
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://mknaceunlimited.blogspot.com/2024/01/the-colours-of-life-perkongsian-1-hari_22.html