The Colours Of Life Perkongsian 1 Hari 1 Hadis Enam Perkara Untuk Jaminan Syurga
The Colours of Life - PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Enam Perkara Untuk Jaminan Syurga
عَنْ عُبَادَةَ بْنِ الصَّامِتِ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ اضْمَنُوا لِي سِتًّا مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَضْمَنْ لَكُمْ الْجَنَّةَ اصْدُقُوا إِذَا حَدَّثْتُمْ وَأَوْفُوا إِذَا وَعَدْتُمْ وَأَدُّوا إِذَا اؤْتُمِنْتُمْ وَاحْفَظُوا فُرُوجَكُمْ وَغُضُّوا أَبْصَارَكُمْ وَكُفُّوا أَيْدِيَكُمْ
Daripada 'Ubadah bin Ash Shamit bahawa Nabi SAW bersabda: "Jaminlah enam perkara untukku dari diri kalian, nescaya aku akan menjamin syurga untuk kalian; jujurlah jika berbicara, tepatilah jika kalian berjanji, tunaikanlah amanah jika kalian diserahi amanah, jagalah kemaluan kalian, tundukkan pandangan kalian dan tahanlah tangan kalian." (HR Ahmad No: 21695) Status: Isnad Maqbul
Pengajaran:
Rasulullah SAW memberi jaminan setiap Muslim akan masuk Syurga jika memelihara enam perkara:
1. Jujur jika berbicara
Ibnu Qayyim: Kejujuran adalah jalan yang lurus dimana orang yang tidak jujur, dia akan celaka dan binasa. Kejujuran (tidak berbohong) akan membezakan antara munafik dan beriman
2. Menepati janji. Tidak memenuhi janji adalah diantara sifat munafik
3. Menunaikan amanah
Amanah berkaitan dengan hak Allah dan hak manusia yang wajib ditunaikan
4. Memelihara kemaluan (kecuali untuk pasangan yang sah)
5. Menundukkan pandangan
Ibnu Qayyim: menjaga pandangan adalah modal pokok untuk menjaga kemaluan. Siapa yang tidak menjaga pandangannya, dia telah menempatkan dirinya ke tempat kehancuran
6. Menahan tangan
Seorang Muslim tidak menganggu, menyakiti saudara Muslim yang lain, teman, mahupun tetangganya baik dengan lisan maupun tangannya. Mereka merasa aman dengan kehadiran dirinya. Tahanlah tangan kamu. (tidak mencuri, tidak mengambil rasuah, tidak memukul orang dan tidak menulis atau menyebarkan sesuatu berita fitnah atau mengumpat khususnya dalam berkempen PRU)
Ayuh kita berusaha berlaku jujur, tepati janji, tunaikan amanah, jaga kemaluan, tundukkan pandangan dan menahan tangan
Negara Rahmah Ummah Sejahtera
#TeguhBersama#KeluargaUtuh#MasyarakatProgresif#BinaNegaraRahmah#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
10hb Nov 202215hb Rabiul Akhir 1444Hhttps://youtube.com/shorts/5ApSvL6eeAk?feature=share--- #mknaceunlimited #mknace #thecoloursoflife #terbaeekkk #kipidap #blogger #photography #photoblog #SJCAM #SJ4000 #J3 #Samsung #Fujifilm #altek #cubic #love #followme #beautiful #blogoftheday #fun #like #life #colorful #photooftheday #MyExperience
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://mknaceunlimited.blogspot.com/2022/11/the-colours-of-life-perkongsian-1-hari_10.html