The Butterfly Project Minc Care Naturallyhm Plant Origin Signature Market
Jom sambung citer do it yourself mask & essential oil kat event The Butterfly Project yang k.fiezz attend minggu lepas...mesti korang tazabarrr nak tahu pasal DIY Mask & Essential Oil ni..check it out...
Baca juga << the butterfly project health and wellness workshop at the spa and gym hotel hilton kuala lumpur
Untuk dua-dua sesi ni, kitaorang kena buat mask & essential oil sendiri..mix all ingredient yang disediakan..Ingredient ni idak la sesuka hati nak campur..Macam mask, kena tengok pada masalah kulit masing-masing & guide dari cikgu (yang baju biru dalam gambar bawah ni)...Bahan-bahan yang digunakan untuk mask & essential oil ni menggunakan sumber alam...natural..k.fiezz suka...
Macam yang k.fiezz beritahu dalam entry kat atas (klik link), kitaorang dah dibahagi mengikut kumpulan..kumpulan k.fiezz, untuk sesi pertama Sesi Luahan Perasaan dengan minc.careKalau ada apa-apa masalah atau rasa struggle dengan kerja, family, kawan-kawan atau diri sendiri..apa-apa je la, boleh berkongsi dengan Minnie Chang..Terutama untuk korang yang rasa nak luah tapi tak tahu nak bercerita dengan sapa..Dalam media sosial, facebook/intagram/twitter bukan semua kita boleh cerita..Pengalaman k.fiezz sendiri, pernah up status sebab ketidakpuasahan hati, marah masa tu..Penyudahnya lepas tu k.fiezz sendiri yang dipersalahkan..huhu..so sosial media ni ada baik dan buruk dia...kita tak boleh open sangat bila up status...
so kat minc.care ni untuk korang yang ada masalah & tak ada sapa nak luah atau perlukan bantuan nasihat, Minnie Chang akan mendengar dan bagi solution pada masalah kita...yang penting, apa yang kita luah dalam sesi tu habis masa tu..takkan ada isu berbangkit ke apa...maksudnya idak la Minnie Chang akan bercerita dengan orang lain..sesi tu hanya kita & beliau sahaja...
Group k.fiezz haritu, Minnie minta kitaorang kongsi apa struggle yang kitaorang hadapi sekarang ni & beliau cuba beri pandangan how to solve the struggle...
Discussion session with Ms Minnie Chang
Tulis apa struggle kitaorg skrg ni kat sticky note. X kisah la dlm kerjaya, family, blogging, kawan2, diri sendiri...
With Ms Minnie Chang
K.fiezz setakat ni tak ada struggle apa pun cuma kebuntuan idea nak update blog..tue je..hehe
sesi kedua untuk kumpulan k.fiezz...Do It Yourself Mask by NaturallyhmUntuk sesi ni, kitaorang di guide oleh Ms Bavani Gopala Krishnan dari naturallyhm yang akan ajar kitaorang untuk buat mask menggunakan sumber alam..Kitaorang kena pilih satu clay mask & 2 superfood powder...K.fiezz pilih FRENCH GREEN CLAY + MANGO POWDER + ALOE VERA POWDER...
Fungsi bahan-bahan yang k.fiezz pilih
>> French Green Clay : Mempunyai kadar penyerapan yang tinggi untuk keluarkan toksin dan caj ionik negatif membantu menarik, mengikat dan menghapuskan kekotoran. Dan juga tindakan toning merangsang kulit dengan membawa darah segar ke permukaan serta mengetatkan liang pori dan pengelupasan sel kulit mati..
>> Mango Powder : Membantu menghilangkan jerawat dan boleh dijadikan skrub untuk muka. Bagi memastikan kulit kita bersih dan lembut. Ia juga beri kesan pengelupasan kulit untuk memudarkan parut jerawat, breakout dan blackhead..
>> Aloe Vera Powder : Mempunyai ciri-ciri anti keradangan dan penyejukan, sangat sesuai untuk yang kena sunburned.. Selain ia mempunyai lapisan pelindung bagi memastikan kulit sentiasa kekal lembap.
bahan asas dah disediakan..bahan lain kena add on ikut masalah kulit masing-masing...
Serbuk SuperFood yang disediakan
Mine DIY Mask..Lupa plak nak tunjuk bahagian dalam..Nanti k.fiezz kongsi next entry..dah rasmi guna pun..hehe..best sangat uolls...
Selain mask, banyak lagi produk-produk kat Naturally Hand Made ni..korang boleh check it out kat link yang k.fiezz bagi atas ni...
3rd Session - blend your own essential oil dengan Plant's Origin Signature Market..Sesi ni oleh Ms Dashindra Siva dari signaturemarket..sesi ni k.fiezz suka sebab k.fiezz pun antara penggemar essential oil..kat rumah memang k.fiezz ada diffuser..so selalunya hari cuti, kalau tak keluar ke mana, k.fiezz memang suka wangikan, segarkan rumah dengan haruman dari essential oil. Yang jadi pilihan k.fiezz selalunya lavender..
Untuk sesi ni Ms Dashindra akan ajar untuk blend essential oil yang boleh digunakan atau sapu pada badan (pergelangan tangan, belakang telinga, kaki)
Sonok sesi ni sebab baru k.fiezz baru tahu essential oil boleh sapu pada badan..Ingatkan untuk diffuser je...
antara tips k.fiezz ingat yang Ms Dashindra kongsikan, perempuan bila time period ada senggugut kan, boleh sapukan EO Grapeseed pada perut..Insyaallah boleh melegakan...
Plant's Origin Signature Market..Selain dari EO, produk-produk keluaran Plant's Origin ada banyak lagi antaranya body wash, hand wash yang menggunakan semua bahan semulajadi...dan info untuk korang yang tak familiar dengan brand Signature Market ni, dia terkenal dengan kekacang dan makanan organik yang berkhasiat..Untuk produk-produk Plant's Origin dan Signature Market , korang boleh check it out kat link yang k.fiezz bagi kat atas...
Ready for 3rd session..yeay..
Botol yang kitaorang dapat jenis roll on untuk senang sapu pada badan..3 pilihan haruman yang k.fiezz blend ialah Fresh Start Up (Lemon + Peppermint + Lavender)
with Ms Dashindra...
Siap EO k.fiezz..
thank you butterfly project for this awesome workshop..sonok dapat belajar buat mask sendiri & essential oil...
Untuk info semua produk-produk ni, korang boleh klik link yang k.fiezz dah bagi kat atas tu...
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.fiezasani.xyz/2019/08/the-butterfly-project-minc-care-naturally-hand-made-plants-origin-signature-market.html