The 5 Elements Hotel Chinatown Kuala Lumpur Yang Mesti Diketahui


Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan sekalian. Setelah berbulan-bulan di kurung dengan arahan PKP kemudian kembali semula dengan PKPB pulak membuatkan jiwa ini memberontak. Mana tidak asyik duduk rumah sahaja sebab sekarang ni Maha masih lagi Work From Home atas arahan pengurusan tempat kerja. Jadi nak tak nak bangun pagi rutin harian hanya dalam rumah sahaja. Betul kata pakar ia boleh membuat kesan psychology kepada seseorang. 


Sebab itu setelah sahaja kerajaan umumkan boleh rentas daerah dan juga negeri maka terus buat perancangan dengan kawan-kawan lain untuk pergilah mana-mana tempat yang boleh keluar daripada kepompom kebiasaan hari-hari. Tapi kami masih mematuhi SOP yang ditetapkan oleh kerajaan seperti masih pakai mask ketika keluar, juga membawa hand sanitizer untuk mencuci tangan dan juga tidak pergi tempat yang sesak dan menjaga penjarakan fizikal



Kemana korang nak tahu hujung minggu lepas kami semua pergi. Mana lagi kalau bukan bermalam hujung minggu di The Elements Hotel Chinatown Kuala Lumpur. Tak adalah jauh mana sangat masih dalam KL tapi dengan suasana dan enviroment lain. Hotel yang terletak di tengah-tengah Kuala Lumpur ni memang dulu menjadi tumpuan pelancong yang datang bercuti di KL kerana ia dekat dengan semua tempat menarik





Kat sini kalau nak pergi kat Dataran Merdeka pun dekat, kemudian nak pergi Central Market dekat, nak jalan-jalan kat Petaling Street atau Chinatown lagi lah selangkah sahaja dengan hotel ni. Juga nak pergi Puduraya pun dekat giler. Jadi memang ia sangat strategik buat yang datang ke Kuala Lumpur. Hotel ni pun dekat dengan kemudahan pengangkutan seperti bas percuma GOKL dan juga naik bas The Hop On Hop Off depan hotel sahaja. 



The 5 Elements
Lima element yang Maha nak ceritakan tentang hotel ni iaitu ia merangkumi Keselesaan, Kemudahan, Kualiti, Keramahan dan Kebersihan. Maha rungkaikan 5 element daripada pandangan Maha tentang hotel ni

1) Keselesaan
Hotel ni walaupun korang tengok dari luar seperti bangunan lama tapi bila masuk dalam ia memberi korang satu perspektif yang sangat berbeza. Terutama keselesaan dalam bilik hotel kat sini sangat memuaskan. Sini mereka ada pelbagai jenis bilik hotel iaitu Standard Single, Superior Twin, Deluxe Queen, Deluxe Theme Room, Family Interconnecting Room, Water Suite, Fire Suite, Wood Suite dan Metal Suite







Ikut pada bajet korang yang mana nak pilih dengan kesesuaian dan keselesaan. Tapi sejak daripada PKPB ini banyak bilik yang tidak ditawarkan. Maha duduk hari tu bilik Delux Queen selesa luas serta segala kemudahan ada dalam bilik hotel ni. Harga untuk bilik kat sini tertakluk kepada musim dan juga permintaan. Kalau sekarang ni mungkin boleh dapat harga dari RM98 hingga RM300 kena pandai cari kat online platform.  
2) Kemudahan
Element kedua yang Maha nampak dalam hotel ni adalah kemudahan yang disediakan. Kalau korang tengok sendiri dalam bilik tu mereka menyediakan segalanya seperti penghawa dingin, meja ruang kerja, television, keperluan mandian seperti tuala, sabun dan shampoo, minuman air mineral dan juga kopi, serta juga penting iaitu akses WiFi yang pantas








Bilik air kat hotel ni ok juga selesa untuk urusan harian korang seperti mandi dan membersih diri. Ada juga pemanas air untuk korang nak mandi air panas atau sejuk. Jadi duduk dengan selesa dan tenang hujung minggu kat hotel ni sangat bebaloi

3) Kualiti
Kat sini mereka menekankan kepada kualiti perkhidmatan yang ada sehinggakan hotel ini diiktiraf oleh Booking.com dengan mendapat 8/10 markah. Manakala daripada review Agoda pula mendapat 8.3/10 markah. Juga dapat The Blue Ribbon Certificate dari KKM untuk hotel 100% bebas asap rokok. Itu yang menjadikan hotel ni pilihan ramai pengunjung yang datang untuk travel atau juga atas urusan kerja






4) Keramahan
Ini satu yang Maha sendiri dapat semasa berkungjung kat hotel ini iaitu keramahan pekerja dan juga kakitangan yang ada. Mereka sedia membantu korang macam Maha hari tu masa datang ada masalah dengan kunci pintu tak boleh nak akses masuk. Jadi mereka datang terus ke pintu bilik dan bukakan sangat baguslah. 

5) Kebersihan
Ini sangat penting tambahan sekarang musim pandemik Covid-19 yang masih ada dalam persekitaran. Korang yang tiada mask tak boleh masuk kawasan hotel dan satu bilik hanya dihadkan kepada 2 orang tetamu sahaja. Juga ada beberapa kawasan ditutup daripada akses pelanggan untuk elak segala penyakit ini merebak





Kesemua bilik-bilik kat sini akan di nyahkuman (sanitize) sebelum para tetamu baru menginap di sini. Juga dalam bilik mereka sediakan kit pelindung keselamatan seperti hand sanitizer dan juga mask untuk pelanggan. Jadi korang tak perlu risau merena sangat-sangat mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Jadi jangan lah jangkal dengan semua SOP ini kerana untuk menjaga kebersihan dan kesealmatan pelanggan yang bermalam di sini juga. 



Itu adalah lima element yang Maha sendiri dapat garapkan kepada hotel ini. Tapi sebenarnya The 5 Elements yang hotel ni terapkan adalah falsafah tradisional Wu Xing yang ditafsirkan semula untuk pelancong moden yang arif yang mencari sesuatu yang luar biasa. Di sini ada unsur air, kayu, api, bumi dan logam iaitu Lima Elemen penting untuk keseimbangan sejagat menetapkan tema untuk suasana kontemporari, bergaya dan pengalaman perkhidmatan yang menyegarkan. 



Kalau korang yang datang menaikit kenderaan sendiri di sini tak perlu risau untuk parking yang ada boleh sahaja turun kawasan parking bawah yang disediakan di bagunan Komplek Selangor. Pelanggan hotel akan dapat rate parking RM5 sahaja ok lahkan. Tapi Maha sarankan datang naik public transport sebab dekat dan mudah. Juga nak mencari tempat makan sini pun banyak ada terutama kalau korang pergi kat Komplek Kota Raya tu memang banyak dalam tu. Jalan kaki tak sampai 10 minit pun dekat giler. 



Cuma sekarang ni lepas sahaja pandemik ni menyerang kawasan ini agar suram sikit dengan orang ramai. Kedai dan juga perniagaan banyak yang masih belum beroperasi sepenuhnya. Harap tahun depan 2021 segala kembali kepada asal lebih meriahkan dan merancakkan lagi indutri terutama pelancongan negara yang terjejas teruk sekarang ni

Alamat hotel : The 5 Elements Hotel Lot 243 Jalan Sultan (Chinatown), 50000, Kuala Lumpur Tel : 03-2031 6888 / 03 2031 6811Email : [email protected]
Tempahan dan maklumat lanjut boleh layari: Laman web : http://www.the5elementshotel.com.myFacebook : https://www.facebook.com/the5elementsklInstagram : https://www.instagram.com/the5elementskl








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.mahamahu.com/2020/12/the-5-elements-hotel-chinatown-kuala.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bercuti Hujung Minggu Di The 5 Elements Hotel Kuala Lumpur

Bercuti Hujung Minggu Di The 5 Elements Hotel Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 12/12/2020 - jumlah : 344 hits
Hi Korang Lama tak cuti cuti Malaysia kan maklumlah musim musim Covid19 ni manelah orang nak berjalan sangat Tapi sebab dah terlalu lama sangat dan kebetulan Mr Big ade keje sket kat KL hari tuh heret jugak bebudak ni pi sekali kan semua na...
My Ayam Ketuk Is Here In Kuala Lumpur

My Ayam Ketuk Is Here In Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 12/12/2020 - jumlah : 524 hits
MY AYAM KETUK Is Here In Kuala Lumpur We are expending ourselves to Kuala Lumpur Selangor Negeri Sembilan and more region in futureMY AYAM KETUK Is Here In Kuala LumpurMY AYAM KETUK today announced Couple Combo Set and Family Combo Set a ne...
Sprm Terima Laporan Terhadap Datuk Bandar Kuala Lumpur

Sprm Terima Laporan Terhadap Datuk Bandar Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 7/12/2020 - jumlah : 251 hits
Kuala Lumpur Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mengesahkan menerima satu laporan berhubung salah guna kuasa terhadap Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Noor Hisyam Ahmad Dahlan Laporan itu dikatakan berhubung kelulusan kontrak bernilai RM...
Istilah Jerung Dalam Bursa Saham Kuala Lumpur

Istilah Jerung Dalam Bursa Saham Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 6/12/2020 - jumlah : 549 hits
KWSP merupakan salah satu JERUNG terbesar di Bursa Malaysia Istilah JERUNG selalu bermain di bibir pemain saham Bagi yg mengikuti saham saham di Malaysia akn mengikut rentak jerung utk meningkatkan volume dan nilai saham Kebiasaannya jerung...
Pkpb Di Selangor Kuala Lumpur Dan Sabah Dilanjutkan

Pkpb Di Selangor Kuala Lumpur Dan Sabah Dilanjutkan

papar berkaitan - pada 5/12/2020 - jumlah : 309 hits
Gambar hiasan CYBERJAYA 8211 Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat di Selangor Sabah dan Kuala Lumpur dilanjutkan 14 hari lagi sehingga 20 Disember ini berikutan terdapat pertambahan kes positif Covid 19 Menteri Kanan Datu
Juadah Bersama Keluarga Sempena Krismas Di Tpc Kuala Lumpur

Juadah Bersama Keluarga Sempena Krismas Di Tpc Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 12/12/2020 - jumlah : 265 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan rakan sekalian Musim perayaan yang dinanti nantikan akhirnya telah tiba Untuk menghidupkan suasana Krismas dan menyambut Tahun Baru TPC Kuala Lumpur ...
Penthouse Untuk Disewa Di Scott Garden Kuala Lumpur

Penthouse Untuk Disewa Di Scott Garden Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 3/12/2020 - jumlah : 365 hits
Assalamualaikum dan Selamat Petang Hai reader semua Jika anda hendak bercuti di Kuala Lumpur bersama keluarga Bolehlah anda cuba sewa Penthouse dibawah Penthouse Untuk Disewa Di Scott Garden This is a content summary only Visit my website f...
The Newest Hotel Amenity Virus Scrubbed Air

The Newest Hotel Amenity Virus Scrubbed Air

papar berkaitan - pada 3/12/2020 - jumlah : 208 hits
By BY ELAINE GLUSAC from NYT Travel https ift tt 39BBcd7
Kuala Lumpur Bird Park Foto Kenangan Kami

Kuala Lumpur Bird Park Foto Kenangan Kami

papar berkaitan - pada 17/12/2020 - jumlah : 435 hits
KUALA LUMPUR BIRD PARK LOKASI MENARIK CUTI SEKOLAH DAN TERBAIK UNTUK PENCINTA ALAM Hi Selamat Malam dan happy weekend untuk semua Di malam yang ahad yang sendu ini UA nak berkongsi gambar kenangan UA anak anak dan suami di Kuala Lumpur Bird...
Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya