Aomori Prefecture terletak di kawasan Tohoku bersebelahan dengan Akita Prefecture. Tohoku juga antara destinasi yang cukup popular terutama pada musim luruh di Jepun. Kebiasaanya pelancong akan padat di kawasan Tohuku terutama pada hujung september sehingga awal desember. Jadi kita korang bercadang nak ke Aomori atau Akita sila buat sebarang tempahan hotel dan penerbangan seawal mungkin.
Selepas tamat trip aku di Akita, aku sambung trip jelajah Aomori. Aku ambil 5 hari sahaja untuk jelajah kali ini. Actually, 5 hari tu dah kira lama dah untuk aku travel di satu-satu tempat atau prefecture di Jepun.
Dari Kuala Lumpur korang boleh ambil flight ke Tokyo, then dari Tokyo korang ada 2 pilihan untuk ke Aomori iaitu melalui train atau flight. If korang pilih untuk naik train, korang boleh naik Bullet train dari station Tokyo ke Aomori Station, Hachinohe Station dan Hirosaki Station
Banyak tempat yang korang boleh pergi dekat Aomori, bukan sahaja untuk mereka yaang sukakan nature malah pada trip kali ini juga aku sempat pergi ke muzium yang agak rare di mana korang tak leh dapat kat tempat lain iaitu Oga muzium. Aku agal tertarik sebenarnya bila sampai tempat ni. Nanti aku cerita lebih detail. Ada juga tempat yang dah masuk dalam itinerary namun terpaksa cancelled sebab ada masalah tertentu.
Ini tempat pertama ada dalam itinerary aku. View yang cantik untuk musim luruh sebab korang boleh tengok pelbagai jenis warna Autumn. Disebabkan disini terdapat banyak spesis pokok maple, jadi korang boleh lihat perbezaan setiap warna kuning pada daun pokok.
Tempat ini dibuka kepada public dan korang tak perlu bayar apa pun untuk ke sini. Cuma ramai juga orang dekat sini pada musim luruh. Disebebkan tak ada aktiviti di sini jadi masa yang aku cadangkan untuk korang habiskan dekat sini sekitar 30 minit hingga 1 jam. Melainkan korang jenis suka tengok view lama-lama. Menariknya sepanjang perjalanan ke tempat ini, korang akan dihidangkan dengan pemandangan yang cukup cantik. Ada beberapa pit stop yang korang boleh singgah dan bergambar karena pit stop area sini ada feel macam dalam movie.
Tempat ni juga antara hot spot pada musim luruh bukan sahaja dekat Aomori malah dekat seluruh Jepun. Bila sampai di kawasan ni korang akan rasa feeling walk into the jungle. Udara yang sungguh segar, bunyi deruan air terjun dan sungai mula mengekori halwa telinga korang. Bagi mereka yang sukakan alam sekitar memang sesuai.
Ada beberapa air terjun yang menjadi tumpuan di sekitar Oirase Gorge, antaranya adalah Kumoi waterfall, Choshi Otaki, Ashura Current, dan Kujukushima. But of couse tak semua air terjun ini aku mampu pergi. Tapi sempat lah bergambar dekat salah satu air terjun kat sini.
Jika sebelum ni aku pergi Tazawa Lake, sekarang aku pergi pula Towada Lake. Bezanya Tawaza Lake dekat Akita Prefecture manakala Towada Lake dekat Aomori Prefecture. Diorang ni sebelah sebelah je kira adik beradik. Ianya merupakan sebahagian dari Towada-Hachimantai National Park dan merupakan tasik caldera yang paling besar di Pulau Honshu. Jangan tertukar Tazawa Lake tasik paling dalam, Towada Lake tasik paling besar. So aku dah cover dua-dua tasik yang paling dalam dan besar dekat Pulau Honshu Japan.
Salah satu satu aktiviti yang korang boleh buat dekat tasik ini dalah berkayak atau Kanu / Canoe dalam bahasa orang putihnya. Actually kayak dan kanu ini tak sama ya. Aku pun keliru at the first time tapi bila dah berkanu ni baru aku faham perbezaan dia. Kanu ni sedikit mencabar dari kayak dan peluang ko nak jatuh dalam air lebih tinggi mengikut kata jurulatih kanu kami pada hari itu. Tapi Alhamdulillah sepanjang berkanu tak de pula jatuh maybe sebab tasik ni dalam dah agak scary dengan air sejuk masum autumn membuatkan masing-masing berhaati-hati.
Hakkoda Mount merupaka tempat yang paling, view paling stunning pada musih luruh. Ianya juga merupakan antara 100 gunung paling popular di Jepun. Gunung ini berketinggian 1585 meter dari atas korang boleh lihat warna Autumn yang cukup mempersonakan. Namun sayang, kami tak dapat pergi sebab masa tu Ropeway ada masalah teknikal dan sedang dalam proses membaik pulih. So korang kalau datang Aomori, pastikan korang masukkan Hokkoda Ropeway dalam itinerary korang. Aku tak leh ulas panjang sebab tak pergi.
Disebabkan aku tak dapat pergi ke Gunung Hakkoda, aku terpaksa cari tempat lain untuk ganti aktiviti dalam itinerary. Lepas tolak tambah masa perjalanan aku decided ke Hirosaki Castle. Sejujurnya bagi aku Hirosaki Castle agak unik tapi kalau pergi musim bunga lagi berbaloi sebab Hirosaki Park banyak pokok sakuran. Pada musim luruh aku tak rasa berbaloi untuk datang ke sini. But dah tak ada tempat lain, jadi aku datang juga kat sini memenuhi masa terluang.
Shrine ini terletak di kaki gunung Iwaki yang juga dikenali sebagai Tsugaru Fuji dan telahpun berusia 1,200 tahun lamaya. Kebanyakkan pokok-pokok dekat sini tinggi-tinggi dan besar belaka. Nak peluk pun tak lepak.
Shirakami Sanchi merupakan kawasan gunung yang menghubungkan Akita dan Aomori di kawasan Tohoku. Lake Juniko pula tasik yang berada di kawasan gunung ini. Nama English bagi Lake Juniko adalah Twelve Lakes kerana Juniko terdiri dari 12 tasik dan kolam yang begitu indah. Namun sebenarnya Lake Juniko terdiri daripada 33 tasik pada satu ketika dahulu.
Salah satu tasik yang wajib pergi adalah Aoike. Aoike merupakan sebuah tasik yang cukup misteri kerana airnya yang warna biru kristal. Walaupun tasik ini sedalam 9 meter namun masih boleh dilihat sehingga ke dasar tasik dengan mata kasar. Warna biru air ini masih lagi misteri sehingga sekarang. Kebiruan tasik ini lagi menyerlah terutama pada musim panas.
Hari terakhir aku mula bergerak ke Akita Prefecture kerena aku akan balik ke Tokyo melalui bullet train dari Akita. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 3 jam kalau tak silap aku. Namahage Museum terletak di Oga, Akita.
Tradisi zaman-zaman dahulu, akan ada 3 orang datang dekat rumah pakai topeng ogres untuk mencari isteri orang dan kanak-kanak yang pemalas. Lepas tu diorang akan acah-acah nak ambil bawa balik tapi ketua keluarga akan deal dengan ogres tu, lepas diorang tak jadi ambil dan bagi nasihat. ketua keluaga kena sediakan makanan dan sedikit duit atau apa-apa sebagao balasan. Korang boleh rasa feel dia betul-betul masa show ni silap-silap korang yang akan dia target sebagai orang pemalas tu. Suara dia kuat gila kot. Serius scary.
Nyudozaki ni merupakan rumah api yang cukup popular di Aomori kerana view matahari terbenam yang cantik terlepak di hujung semenanjung Oga. Kira ni tempat paling hujung sekali dalam peta Jepun (Honshu). Di sini juga tersenarai dalam top 100 untuk tengok panorama matahari terbenam dan rumah api ini tersenarai dalam 50 rumah api paling popular di Jepun.
Terletak pada ketinggian 355 meter dari paras laut, Mt. Kanpuzan menyajikan korang satu view 360 darjah yang sangat indah dan tenang sekali. Boleh nampak kehijauan padang rumput, lepas tu ada pemandangan laut lagi. Tapi kat sini just sekadar view sahaja. Ada restoran but a bit expensive lah.
Hotel di Aomori Prefecture|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |