Thailand Trips Mendaki Di Phu Kradueng National Park Thailand


Mendaki di  Phu Kradueng National Park I Thailand
Hari PertamaDari Penang ke Bangkok
Jan 2019 - selepas balik daripada office sob terus bersiap-siap mengambil barang dan seterusnya memandu bergerak ke Penang International Airport untuk menuju ke Don Mueang International Airport dengan menaiki pesawat Air Asia FD 404 yang mengambil masa lebih kurang 1 jam 15 minit perjalanan. Secaranya jujurnya  solo trip ke Thailand  ini bakal mengambil masa selama 8 hari dimana perjalanan akan bermula daripada Bandar Bangkok menuju ke wilayah loei seterusnya ke Pattaya dan berakhir di Hatyai sebelum kembali ke Penang kembali dimana sob memang menggunakan pengangkutan awam dari satu lokasi ke lokasi yang lain

Pulau Pinang - Bangkok - loei -  Pattaya - Bangkok - Hatyai - Pulau Pinang
Don Mueang International Airport
Tiada sebarang itenary lengkap dibuatnya semuanya berdasar trips main redah sebab nak clearkan cuti tahunan, sehari selepas cuti approve terus book tiket flight dan yeah here we go geng. Perkara pertama yang terlintas di kepala sob ialah ingin mendaki gunung-ganang enjoy the nature dan itu adalah misi utama trips ke Thailand. In my head have a few list of national park yang sob ingin lawati and few day before fly sob ada google lokasi-lokasi gunung yang menarik dan mudah diakses oleh pelawat dan antaranya Phu Kradueng National Park, Phu Rua National Park dan beberapa taman negara yang lain yang berdekatan

Lebih kurang pukul 3.15pm sob telah selamat mendarat di Don Mueang selepas selesai semua urusan di lapangan terbang,perut pun sudah mula berbunyi diminta untuk diisi seterusnya pergi mencari makanan di food court Don Mueang Airport untuk menjamu selera. Untuk makluman disini terdapat satu kedai yang menjual makanan halal dimana boleh melihat logo halal tertera di depan premis dan konsep jual beli disini anda perlu membeli kupon terlebih dahulu dan bayaran menggunakan kupon dan baki yang tak digunakan kembali boleh ditukar kepada tunai semula di kuanter

Seterusnya beli simkad thailand, untuk memudahkan merancang perjalanan dan benarlah seperti diperkatakan internet di Thailand sangatlah laju, efficient dan murah. Kenapa sob cakap begitu coverage internet di sana sama laju  sahaja sama ada di kawasan bandar dan puncak gunung

Don Muang Railway Station
Selepas selesai menjamu selera perkara pertama yang terlintas di kepala, top of my list ialah beli tiket balik semula ke tanah air kerana perancangan awal sob untuk pulang dengan menaiki kereta api daripada Bangkok terus menuju ke Padang Besar. Daripada pintu keluar lapangan terbang perlu melintasi jejantas seterusnya akan nampak terdapat stesen kereta api, boleh beli tiket disini. Disebabkan tiket terus ke Padang besar sudah habis, so i decided to transite ke Hatyai seketika dan dari situ baru beli tiket ke Padang Besar dan harga tiket 1,135 Baht perjalanan sehala

Selesai membeli tiket kereta api terus pergi semula ke ruang menunggu bus di depan lapangan terbang, dari sini untuk menuju ke Chatuchak Park dengan menaiki Bus No A1 perjalanan mengambil masa lebih kurang 15 minit. Based on google map Chatuchak Park  berdekatan dengan New Mo Chit Bus Terminal so sob turun dahulu di Taman ini sebentar untuk jalan-jalan ambil angin Bangkok sebelum bergerak ke Terminal Bus untuk membeli tiket ke Pru Kradeng bergerak pada sebelah malam. Untuk memudahkan perjalanan anda boleh booking ticket secara online

Chatuchak park  
Chatuchak Park adalah antara taman yang tertua di Bangkok dan berkeluasan lebih kurang 0.304 kilometer jadi kalau nak jalan di keseluruhan taman memang mengambil masa agak lama, jadi sob hanya lepak-lepak sebentar sebelum bergerak ke terminal bas untuk membeli tiket. Daripada Chatuchak Park menuju ke New Mo Chit Bus Terminal mengambil masa 15 minit dengan berjalan kaki, tapi apa yang best berjalan di sini akan kerap menemui kedai 7E di setiap penjuru jalan sama ada di kawasan kedai ataupun di bawah flyover jalan raya

New Morchit Bus Terminal
Keadaan terminal bas agak bersih, teratur serta berhawa dingin dan disini juga disediakan tempat untuk charge telefon, since my handphone bateri hampir-hampir nazak dan hanya menunggu masa untuk mati. Susah sebenarnya kalau tak ada kemudahan aksess internet terutama untuk merancang perjalanan dan kebanyakan jalan yang perlu dilalui sob banyak bergantung kepada google map. Lebih kurang 2 jam menunggu tepat pukul   11.00 malam bas bergerak menuju ke  Pha Nok Khao

Untuk membeli tiket ke Pru kradeng tidaklah susah kerana di hadapan kaunter tiket susah tulis lokasi yang ingin dikunjungi atau boleh bertanya terus di security cuma harga tiket berbeza-beza bergantung kepada jenis bas yang dipilih. Ruang menunggu bas terletak di tingkat bawah jadi  anda perlu turun ke bawah untuk menunggu di platform yang tertera, dimana perjalanan menuju ke Phu Kradueng akan berhenti di  Pha Nok Khao terletak di wilayah Loei . Harga tiket yang dibeli oleh  sob  ialah 663 baht

Perjalanan mengambil masa 6 jam dengan menaiki bas

Wilayah Loei, dimana terletaknya Phu Kradueng National Park
Perjalanan mengambil masa lebih kurang 6 jam, tips untuk jimat bergeraklah pada waktu malam untuk perjalanan yang jauh jadi tak perlu sewa motel atau dorm boleh tidur di dalam bas sahaja, mudah bukan. Bas yang dinaiki sangat selesa dan diberikan juga selimut, air mineral dan roti. Sepanjang perjalanan bus berhenti lebih kurang 3 kali sama ada  isi minyak atau berhenti ke tandas.

Sepanjang perjalanan menuju ke destinasi memang nyenyak tidur, cadangnya nak tidur-tidur ayam biasalah letih daripada pagi berjalan ke sana sini jadi awal-awal sob dah inform driver bas untuk kejutkan sob bila dah sampai ke lokasi yang ingin ditujui, kerana ini pertama kali sampai ke Pru Kradeng  dan sob sendiri tak pasti dimana terletaknya starting point untuk menuju ke taman negara  serta pastinya sob sendiri  yakin tak akan tersedar akibat letih dan it how drama tv 3 bermula.


Hari KeduaDari  Bangkok ke Loei
Lebih kurang pukul 4 pagi sob dikejutkan oleh pemandu bas menyatakan sudah sampai ke lokasi. Bas berhenti di tepi jalan dengan keadaan mamai baru bangun daripada tidur sob terus mengangkat beg galas  yang diletakkan di tepi dan turun ke bawah, masih tak perasan apa-apa kerana keadaan dan berada tepi jalan yang gelap senyap dan sunyi  tanpa ada kenderaan lain yang lalu lalang dan seterusnya bas mula  bergerak meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya.

Cerita bermula dengan keadaan suhu yang sejuk sehingga bercakap mengeluarkan asap ditambah pula tidak kelihatan apa-apa landmark bangunan tinggi yang bercahaya berhampiran sob di kiri dan kanan hanya terdapat rumah-rumah kecil, ketika itu terus berfikir adakah driver bus ni tinggal aku dilokasi yang salah.. dekat mana ni arhhh sudah, masak hang sob. Sel-sel otak mula blur ketika itu hanya seorang diri di tempat yang kita sendiri tidak pasti, sob  ambil keputusan untuk terus berjalan menuju ke kawasan kedai yang  kelihatan bercahaya tidak jauh daripada kawasan bas menghentikan dan tunggu hari beransur cerah.


Sarapan  pagi Ja kim shop dan menaiki mini van menuju ke destinasi seterusnya

Tekaan sob ternyata betul rupanya  kawasan yang bercahaya itu merupakan kawasan menunggu untuk  para pengunjung dan pendaki menuju ke Phu Kradueng National Park, alhamdulilah lega. Disini terdapat kedai yang diberi nama Ja kim shop  dimana disini anda boleh berehat sementara sementara menunggu mini van pertama bergerak menuju ke Taman Negara.

Di belakang Ja Kim Shop disediakan ruang menunggu sementara jadi boleh baring-baring rehatkan badan lengkap dengan bilik air, tandas awam untuk mandi dan ia percuma. Cuma untuk charge handphone  dikenakan bayaran berapa bath. Sementara menunggu mini van pertama bergerak sob bersarapan dahulu disini, mujurlah owner Ja Kim Shop boleh berbahasa english jadi banyak tips dan info berkenaan  national park berjaya dikutip. Sarapan pagi sob pada pagi itu ialah roti bakar, omelette dan kopi panas. sebenarnya hati teringin nak makan makanan yang berat macam nasi sebab memerlukan banyak tenaga untuk mendaki disebabkan was-was dengan status halal jadi kita makan sahaja makanan yang diyakini halal toyiban dan dimasak di hadapan kita .

Disini juga terdapat kedai kecil yang menjual tiket bas dan terdapat mesin atm, jadi sob terus membeli tiket return ke Bangkok. Goyang juga beb kalau tiket selepas turun dari mendaki takut tiket habis langsung maklumlah kita berada di kawasan yang agak pedalaman. Lokasi  untuk menunggu mini van betul-betul berada di sebelah Ja kim shop dan trips pertama bergerak seawal 7.00 pagi sekiranya mini van sudah penuh dengan penumpang baru akan mula bergerak. Perjalanan mengambil masa selama 15 minit dan trust me bro suhu dekat loei memang sejuk, menggigil abam sepanjang perjalanan.
welcome to Phu Kradueng National Park.
Tempat pendaftaran sebelum mendaki
       Bayaran Harga Tiket MasukBayaran masuk untuk international : 400baht Bayaran masuk tempatan : 200bahtSewa khemah (untuk 3 orang) : 225 baht/nightMattress/rubber mat : 20 baht/nightsleeping bag : 30 baht/night  Dari jauh sudah boleh kelihatan Puncak Phu Kradueng tersergam indah tapi kelihatan rata sahaja tidak seperti kebanyakan puncak gunung-ganang di Malaysia, setelah selamat sampai ke taman negara dan selesai urusan membeli tiket masuk melalui pembacaan dan info yang diberitahu oleh petugas bahawa lokasi Taman Negara ini merupakan satu gunung yang besar dan keluasan kawasan 350 kilometer dan puncak tertinggi berketinggian 1316 Meter.
Ini bermakna di kawasan puncak gunung nanti akan  kelihatan rata dimana semua tarikan utama meliputi kawasan seluas 60 kilometer dari kawasan hutan, air terjun dan juga tasik semulajadi dan purata ketinggian kawasan tersebut diantara 1200 meter ke 1250 meter


Ini trail mendaki menuju ke Puncak
Sedikit info yang boleh membantu anda untuk membuat persedian untuk mendaki di sini : 

Trek hanya dibuka kepada pendaki dari jam 8.30am hingga 2.00pm sahaja tidak kiralah samada mahu naik/turun ke/dari puncak. Melepasi 2.00pm, trek akan ditutup kepada kecuali kepada pendaki yang sedang melakukan pendakian ke/turun dari puncak atas faktor keselamatan kerana di setengah kawasan trail adalah laluan binatang liar seperti gajah dimana anda boleh  menjumpai najis gajah di lalauan tertentu.Untuk perkhidmatan mengangkut barang anda bagi yang tak berupaya  boleh sewa Porter dengan harga 30 baht manakala untuk setiap 1 kg yang dibawa, upah 250 baht perlu dibayar terus ke porterTrek untuk ke puncak sejauh 5.5 kilometer dan dari  puncak menuju ke ke tapak perkhemahan sejauh 3 kilometer. Bagi yang tidak mahu tidur di dalam khemah terdapat pilihan lain seperti sewa banglo, dorm dan terdapat kemudahan bilik air dan tandas di kemsite boleh digunakan secara percuma.Boleh juga menyewa basikal untuk bersiar-siar makanan terdapat banyak kedai makan dari satu stesen ke stesen yang lain ketika mendaki. Di puncak juga terdapat banyak kedai yang menjual makanan dan cenderahati dan  harga sedikit mahal.Sama juga seperti Malaysia ada musim tertentu Taman ini ditutup  akan ditutup kepada pelawat untuk pemulihan hutan terutama ketika musim  musim hujan selalunya pada bulan June - September
More info about Phu Kradueng National Park klik here



Gambar tiket masuk mendaki dan ketika sob mendaki musim luruh disini jadi pemandangan sepanjang jalan menuju ke puncak kelihatan kekuningan dan kelihatan juga pokok-pokok hanya tinggal dahan dan ranting sahaja, dimana kebanyakan daunnya sudah luruh

Let me share my experience hiking at  Phu Kradueng National Park
Mungkin disebabkan kawasan ini antara lokasi kunjungan utama penduduk tempatan untuk beriadah menikmati keindahan alam jadi kebanyakan infrastruktur di sini sudah cukup lengkap dan disetiap checkpoint terdapat tempat untuk berehat dan makan disediakan tidak seperti kebanyakan laluan mendaki di Indonesia dan Malaysia yang masih dikelilingi hutan dan rare jadi feel mendaki itu memang berbeza, hiking in Malaysia jungle always the best mother nature experience. 
Tidak mengambil perkhidmatan porter, jadi semua barang dibawa sendiri ke puncak oleh sob dan ketika mendaftar mungkin rezeki untuk berjimat sob telah diberitahu sama ada berminat untuk berkongsi kos dengan pendaki tempatan lain untuk menyewa khemah bersama, of course i will says yes, i feel so blessed have local with me at lease boleh jadi tour guide dan tukang translate tak berbayar kitakan.
Malim gunung atau porte sama ada membawa beg pendaki atau bahan makanan yang dipesan oleh kedai makan ke puncak

Disini terdapat lebih 6 kawasan rehat yang menjual makanan dan minuman selebihnya hanya kawasan rehat sahaja yang menyediakan tandas. Sama seperti trek kinabalu dan Gunung Tahan laluan trek disini sangat bersih tanpa sampah. Mungkin disebabkan setiap checkpoint menyediakan tong sampah yang mencukupi dan diuruskan dengan balik, kita boleh lihat ketika porter selesai menghantar barang ke ke atas ketika turun mereka akan mengutip sampah untuk dibawa turun

Keadaan trek awal mendaki  akan melalui trek yang terdiri dari hutan buluh dan keadaan trek pacak sehingga sampai ke checkpoint 1 dan 3 seterusnya trek agak santai. Farmasi pokok-pokok yang kelihatan sepanjang jalan berwarna peperangan dan kekuningan disebabkan oleh musim gugur, jadi  suasana sekeliling sangat cantik dan satu pemandangan yang berbeza dari hutan yang selalu kita lihat. 
Semakin mendaki ke puncak semakin kekuningan warna hutan buluh dan pohon-pohon yang lain  sehingga sob merasakan mendaki di kawasan yang berbeza sebab jangkaan awal sob berkemungkinan keadaan hutan di Thailand tidak jauh berbeza dengan hutan di Malaysia rupanya berbeza kerana wilayah loes itu sendiri merupakan wilayah yang sejuk dan terletak jauh ke utara thailand
Landskap hutan serba kekuningan, langit kebiruan cukup mendamaikan mata yang memandang
Penanda  arah yang cukup banyak diletakkan  di sepanjang jalan, jadi tak perlukan perkhidmatan pemandu arah. Boleh berjalan sendiri bro sampai ke kemsite.
Keadaan cuaca yang nyaman walaupun ketika hari panas tapi semakin hendak sampai ke puncak suhu semakin sejuk, maka perlu memakai sweater untuk panaskan badan kalau tidak memang akan menggigil walaupun  ketika itu masih waktu tengahari. Selain perlu melalui hutan buluh, treknya juga dipenuhi batuan gergasi yang kadangkala kena lebih hati-hati sebab takut tergelincir. Terdapat juga anak tangga dibina dari batuan untuk memudahkan pendaki dan di setengah kawasan dipasang tali.
Semakin sampai ke atas landskap hutan mula berubah dari hutan buluh ke hutan dipterocarpous sudah mula kelihatan pokok-pokok bersaiz besar sehinggalah hendak sampai ke puncak sekali lagi landskap hutan berubah ke landscape hutan-hutan yang dipenuhi pokok Pine dan oak
Lebih kurang pukul 11.30 pagi sob sudah sampai ke puncak dan masa pendakian mengambil masa kurang 4 jam 30 minit yes i did it another peak to conquest. Disebabkan ramai yang menunggu giliran untuk bergambar di signboard jadi sob mengambil keputusan untuk meneruskan perjalanan ke tapak perkhemahan, bila nak turun ke bawah nanti baru bergambar

Trek menuju tapak perkhemahan daripada Puncak sejauh 3 kilometer di kiri-kanan adalah kelihatan hutan pokok pine dan oak, melalui trek yang mendatar, lurus dan keadaan tanah yang seperti pasir-pasir pantai
Kalau korang tanya macam mana perasaan sob mendaki disini, sebenarnya walaupun ketinggian Puncak hanya 1288 meter ia tetap ada cabaran yang tersendiri dengan keadaan trek mendaki  straight forward tak ada cabang-cabang yang akan mengelirukan di sepanjang perjalanan jadi anda boleh mendaki dalam keadaan tenang dan santai, memang santai habis beb sambil layan coki-coki dan kalau lapar boleh rest sambil makan pisang bakar atau ubi keledek rebus memang nikmat.. Tapi ada setengah laluan dari satu checkpoint menuju ke checkpoint yang lain treknya agak pacak, berbatu dan memerlukan tenaga dan focus yang lebih supaya tidak mudah mengalah sebab disini juga ada waktu cut off  yang telah ditetapkan
Sekiranya tidak berjaya sampai pada waktu yang ditetapkan anda terpaksa berpatah balik jadi sila rancang waktu perjalanan mendaki anda dengan sebaiknya dan ini merupakan tips yang paling penting untuk melakukan apa-apa aktiviti yang memerlukan tenaga sangatlah digalakkan untuk melakukan persediaan stamina terlebih dahulu, jangan main redah ja nanti awak yang merana nanti pewai teruk.
Alhamdulillah  pengalaman melakukan aktiviti mendaki di Malaysia banyak membantu Sob, secara jujurnya antara laluan yang paling memenatkan ketika mendaki ialah ketika daripada puncak menuju ke tapak perkhemahan kerana perlu menghadap trek sejauh 3 kilometer dengan keadaan trek yang lurus dan keadaan tanah yang tenggelam ketika lalu  cukup memenatkan.. mentel beb

Tapak perkhemahan
Lebih kurang 30 minit berjalan dengan penuh tekanan, akhirnya sampai juga ke tapak kemsite yang berwarna warni yang dipenuhi oleh khemah. Langit membiru dan cuaca kelihatan panas tapi suhu di puncak cukup menyegarkan. Selesaikan urusan sewa khemah  dengan pihak pengurusan dan seterusnya letak beg galas untuk berehat, makan  dan tidur

Sob sangat bernasib baik waktu mendaki ke sini buka pada waktu hujung minggu atau seasons peak, jadi kawasan ini agak lenggang. Oleh kerana kawasan tapak perkhemahan ini sangat besar dan luas pada satu-satu masa yang sibuk lebih 5000 khemah boleh didirikan dan ini merupakan antara kawasan perkhemahan yang terbesar di Thailand, jada elakkan mendaki kesini pada waktu cuti panjang mengikut kalender Thailand sekiranya anda tidak sukakan suasana yang sibuk

Satu perjalanan yang memenatkan bayangkan turun daripada bas terus bersiap-siap untuk mendaki. Tapi apabila disajikan dengan pemandangan yang cukup menarik ketika mendaki disamping keramahan penduduk tempatan yang tak putus-putus memberikan semangat untuk meneruskan pendakian, apabila sampai ke Puncak satu kepuasan yang tak dapat diucapkan dengan kata-kata, ia penat tapi berbaloi apabila buat benda yang kita minat kepuasan yang tak dapat diucapkan dengan kata-kata

Sunset di Phu kradueng, hari pertama berada di puncak. 
Di sini juga terkenal dengan daun maple, sekiranya datang ketika musim daun ini luruh akan kelihatan banyak pokok-pokok maple, daunya bertukar kemerahan

Entry seterusnya sob akan berkongsi tempat-tempat menarik, pemandangan di sekitar Taman Negara  dan pengalaman bercamping selama 3 hari 2 malam disini, sob diberitahu bahawa disini antara lokasi yang terbaik untuk melihat pemandangan sunrise dan sunset yang terbaik di wilayah Lois.


Tunggu entry yang selanjutnya akan bersambung


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sobriyaacob.com/2020/03/thailand-trips-mendaki-di-phu-kradueng.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Covid 19 Thailand Sahkan Lima Kes Baharu Jadikan Keseluruhan 75 Kes

Covid 19 Thailand Sahkan Lima Kes Baharu Jadikan Keseluruhan 75 Kes

papar berkaitan - pada 14/3/2020 - jumlah : 287 hits
Bangkok Thailand hari ini mencatatkan lima lagi kes COVId 19 yang disahkan kesemuanya berkaitan kepada berkongsi minuman dan rokok dalam dua kluster menjadikan keseluruhan kes yang disahkan di negara itu meningkat kepada 75 kes Setiausaha T...
Jumlah Jangkitan Covid 19 Di Thailand Meningkat 32 Kes Baharu Dilaporkan

Jumlah Jangkitan Covid 19 Di Thailand Meningkat 32 Kes Baharu Dilaporkan

papar berkaitan - pada 16/3/2020 - jumlah : 486 hits
Thailand melaporkan 32 kes koronavirus baharu pada hari ini yang membawa jumlah jangkitan di negara itu kepada 114 orang Menurut pegawai kesihatan ia merupakan kes terbesar harian di Thailand yang merupakan salah satu negara pertama di luar...
Mendaki Bukit Ulu Malau Lawin Perak

Mendaki Bukit Ulu Malau Lawin Perak

papar berkaitan - pada 22/3/2020 - jumlah : 551 hits
Assalamualaikum dan salam Sejahtera semua Bukit Ulu Malau berketinggian 834 Meter terletak di dalam kawasan Hutan Simpan Bintang Hijau antara berpuluh Gunung dan Bukit yang terdapat di sekitar Hulu Perak Alhamdulillah one of my wishlist ant...
Covid 19 The New National Security Threat

Covid 19 The New National Security Threat

papar berkaitan - pada 31/3/2020 - jumlah : 235 hits
The Covid 19 pandemic has exposed the dependancy of many countries on materials and manufactured products outsourced to offshore companies located around the world This includes the import of essential items like rice grown in other countri...
Bayaran One Off Kepada Rakyat Melaui Bantuan Perihatin National

Bayaran One Off Kepada Rakyat Melaui Bantuan Perihatin National

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 331 hits
Kerajaan telah mengumumkan Pakej Ransangan Ekonomi Perihatin Rakyat atau dipanggil PRIHATIN yg akan memberi manfaat kepd semua rakyat Perdana Menteri Malaysia YAB Tan Sri Muhyiddin
Health Dg Brushes Off National Hero Tag Says It S A Team Effort

Health Dg Brushes Off National Hero Tag Says It S A Team Effort

papar berkaitan - pada 30/3/2020 - jumlah : 213 hits
PETALING JAYA Despite being applauded by the public as a national hero Health director general Datuk Dr Noor Hisham Abdullah has downplayed his role saying the it all boils down to teamwork He said it took a team effort to tackle the Covid ...
Sawah Padi Cantik Sampao Thai Phatthalung Thailand

Sawah Padi Cantik Sampao Thai Phatthalung Thailand

papar berkaitan - pada 17/3/2020 - jumlah : 797 hits
Sawah Padi Cantik Sampao Thai Phatthalung Thailand kini menjadi destinasi viral dikalangan pelancong di Malaysia Terletak hanya 15km dari pekan Phatthalung dan 115km dari pekan Hatyai ia berbaloi untuk dikunjungi Pemandangan di sini sangat ...
33 Jangkitan Covid 19 Terbaharu Di Thailand Perayaan Festival Songkran Ditangguhkan

33 Jangkitan Covid 19 Terbaharu Di Thailand Perayaan Festival Songkran Ditangguhkan

papar berkaitan - pada 17/3/2020 - jumlah : 307 hits
SAMBUTAN tahunan Festival Songkran di Thailand akan ditangguhkan ke satu tarikh baharu Timbalan Perdana Menteri Wissanu Krea ngam berkata keputusan itu dibuat ekoran 33 kes terbaharu positif Coronavirus dilaporkan menjadikan jumlah kes di s...
Malaysians In Thailand Rush Home To Beat Movement Control Order Deadline

Malaysians In Thailand Rush Home To Beat Movement Control Order Deadline

papar berkaitan - pada 18/3/2020 - jumlah : 263 hits
Many Malaysians working or on holidays in Thailand scrambled to book the next flight to Malaysia after a two week nationwide movement control order from March 18 was announced in the country due to the Covid 19 outbreak Many Malaysians rush...
Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator