Thailand Isytihar Perintah Darurat Dengan Langkah Ketat



BANGKOK - Perdana Menteri Thailand, Jeneral Prayuth Chan o-cha hari ini mengisytiharkan perintah darurat yang akan berkuat kuasa mulai tengah malam ini sehingga 30 April dalam usaha mengekang pandemik koronavirus (Covid-19) di negara itu.

Langkah-langkah lebih keras dikenakan bagi membendung penularan Covid-19 selepas negara itu mencatat sejumlah 934 kes dengan empat kematian setakat ini.

Bermula tengah malam ini, semua warga asing akan dilarang memasuki negara itu dari semua pintu masuk dengan pengecualian kepada diplomat, warga asing yang memiliki permit kerja dan mereka dalam sektor pengangkutan manakala rakyat Thailand dengan permit kedutaan dan sijil kesihatan akan turut dikecualikan daripada sekatan perjalanan tersebut.

Di bawah dekri darurat itu, semua pusat membeli-belah, pusat hiburan dan venue sukan yang menarik ramai pengunjung diarahkan tutup manakala pasar raya yang menjual makanan dan barangan harian, pasar yang menjual produk segar, farmasi dan kedai serbaneka akan tetap dibuka. Restoran serta kafe akan dibuka dan hanya menawarkan makanan untuk dibawa pulang serta perkhidmatan penghantaran.

Semua tarikan pelancongan, tapak keagamaan, muzium, perpustakaan dan taman rekreasi akan ditutup. Penganjuran semua perhimpunan besar-besaran juga dilarang.

Dekri itu menyatakan bahawa semua rakyat Thailand berusia di bawah lima tahun dan lebih 70 tahun serta mereka yang berdepan masalah kesihatan dinasihatkan agar duduk di rumah.

Tindakan akan diambil terhadap mereka yang membeli serta menyimpan barangan makanan dan keperluan secara berlebihan selain menyebarkan berita palsu. Perkhidmatan termasuk institusi kewangan, stesen minyak dan penghantaran akan terus beroperasi.

Perintah itu turut menasihati orang ramai agar mengelak melakukan perjalanan antara wilayah bagi mengekang penularan Covid-19 dan mereka akan dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan dan jika boleh, kuarantin. Pada masa akan datang, pusat pemeriksaan akan diwujudkan.

Sementara itu, Prayuth menggesa orang ramai agar bekerjasama dan mematuhi semua langkah yang dikenakan bagi mengekang penularan wabak Covid-19 di negara tersebut.

Beliau berkata, langkah-langkah ketat akan dikenakan secara berperingkat bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat.

“Mesyuarat dan taklimat harian akan diadakan. Saya akan mengumumkan perintah dan langkah-langkah bagi memastikan koordinasi dalam semua agensi serta kementerian atau saya akan meminta seorang pegawai untuk melaporkan perkembangan terkini kepada rakyat,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal undang-undang Wissanu Krea-ngam berkata, perintah darurat itu akan berkuat kuasa hari ini sehingga 30 April dan Kabinet akan menimbang untuk melanjutkannya jika perlu. - Bernama



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/03/thailand-isytihar-perintah-darurat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Covid 19 Thailand Bakal Isytihar Darurat Sebulan Perintah Berkurung Selepas 4 Kematian

Covid 19 Thailand Bakal Isytihar Darurat Sebulan Perintah Berkurung Selepas 4 Kematian

papar berkaitan - pada 24/3/2020 - jumlah : 261 hits
Bangkok 24 Mac Perdana Menteri Thailand Prayut Chan o cha mengumumkan kerajaan bakal mengenakan perintah darurat berikutan penularan COVID 19 yang semakin teruk Lapor beliau berkata perintah darurat itu akan berkuatkuasa selama satu bulan b...
Wabak Covid 19 Thailand Isytihar Darurat Selama Sebulan

Wabak Covid 19 Thailand Isytihar Darurat Selama Sebulan

papar berkaitan - pada 25/3/2020 - jumlah : 334 hits
Thailand akan mengisytiharkan darurat selama sebulan bermula Khamis ini 26 Mac 2020 sebagai langkah menangani penularan wabak virus COVID 19 di negara itu Perdana Menteri Jeneral Prayuth Chan o cha berkata Kabinet hari ini telah bersetuju u...
Koronavirus Indonesia Isytihar Darurat

Koronavirus Indonesia Isytihar Darurat

papar berkaitan - pada 31/3/2020 - jumlah : 251 hits
Kerajaan Indonesia pada Jumaat mengisytiharkan tempoh darurat selama dua minggu di Jakarta sebagai usaha mengekang penularan wabak COVID 19 Gabenor Jakarta Anies Baswedan berkata kesemua pusat hiburan akan ditutup bermula Isnin dan sistem p...
Covid 19 Soalan Umum Majlis Keselamatan Negara Mkn Jawab Langkah Laksana Perintah Kawalan Pergerakan

Covid 19 Soalan Umum Majlis Keselamatan Negara Mkn Jawab Langkah Laksana Perintah Kawalan Pergerakan

papar berkaitan - pada 18/3/2020 - jumlah : 455 hits
Langkah melaksana Perintah Kawalan Pergerakan mulai esok hingga 31 Mac ini di seluruh negara Majlis Keselamatan Negara menjawab beberapa persoalan orang ramai berikutan pelaksanaan perintah itu Berikut adalah jawapan MKN 1 Adakah majlis ker...
Covid 19 Malaysia Isytihar Perintah Kawalan Pergerakan 18 Hingga 31 Mac

Covid 19 Malaysia Isytihar Perintah Kawalan Pergerakan 18 Hingga 31 Mac

papar berkaitan - pada 17/3/2020 - jumlah : 679 hits
KUALA LUMPUR 16 MAC Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengisytiharkan Malaysia akan mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan berkuat kuasa 18 Mac hingga 31 Mac di seluruh negara bagi mengekang penularan Covid 19 Ini adalah pertama kali...
Bukan Perintah Darurat Tetapi Tentera Akan Bantu Polis Pantau Kawalan Pergerakan Bermula Ahad Ini

Bukan Perintah Darurat Tetapi Tentera Akan Bantu Polis Pantau Kawalan Pergerakan Bermula Ahad Ini

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 657 hits
KUALA LUMPUR Kerajaan akan menggerakkan Angkatan Tentera Malaysia bermula Ahad ini dalam usaha mengurangkan pergerakan rakyat namun ia bukanlah satu perintah darurat Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan yakin dengan...
Covid 19 Who Minta Jokowi Isytihar Darurat Di Indonesia

Covid 19 Who Minta Jokowi Isytihar Darurat Di Indonesia

papar berkaitan - pada 14/3/2020 - jumlah : 300 hits
Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia Tedros Adhanom Ghebreyesus meminta Presiden Indonesia Joko Widodo untuk mengistiharkan darurat di atas penularan koronavirus yang yang telah mencapai tahap pandemik Difahamkan permintaan WHO itu t...
Covid 19 Tentera Digerak Mulai Ahad Bukan Perintah Darurat

Covid 19 Tentera Digerak Mulai Ahad Bukan Perintah Darurat

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 276 hits
KUALA LUMPUR 20 Mac Kerajaan akan menggerakkan Angkatan Tentera Malaysia bermula Ahad ini dalam usaha mengurangkan pergerakan rakyat namun ia bukanlah satu perintah darurat Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan yakin...
Covid 19 Thailand Mungkin Laksana Perintah Larangan Keluar Masuk Kawasan

Covid 19 Thailand Mungkin Laksana Perintah Larangan Keluar Masuk Kawasan

papar berkaitan - pada 19/3/2020 - jumlah : 361 hits
BANGKOK 19 Mac Thailand tidak menolak kemungkinan mengenakan perintah tidak dibenarkan keluar atau masuk kawasan bagi membendung penularan COVID 19 susulan kes yang meningkat di negara ini Perdana Menteri Jeneral Prayuth Chan o cha berkata ...
Gitmo Captives New Orleans Attack And Malaysian Security

Happy Chinese New Year 2025

Wee Too Soon To Call A Chinese Voter Shift

Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

The Very Distasteful Act Of Opposition Faction Mocking Guan Eng S Toe Dislocation Misery

Rubber Hose Maintenance And Troubleshooting Expert Tips From Passionhose

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Nasi Briyani Adabi

Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri

Drama Teratak Kasih Salina

Tya Edros Bayang Chord

Naim Daniel Ini Tak Adil Chord

Bagaimana Syaitan Menggoda Manusia