Thailand Day 2 Part 2 Road Trip Pattani Phattalung


Day 2 Part 2 - Road Trip Pattani-Phattalung (Nhanmoddang Kayaking lagi!) | Dari Masjid Kerisik kami meneruskan perjalanan ke Phattalung. Rancangan asalnya nak terus ke Nhanmoddang Kayaking tapi anak ajak ke Route 41 Steak House di Cowboy Town. Memang ada aura pekan koboi walau tepi jalan besar. Dia kata, "halal Ma!". On..

Masa kami sampai tu hanya ada satu meja kosong di dalam. Semua pakat nak duduk dalam ekon blake padahal banyak meja kosong di luar. Malas ah, berlengas. Masa tu dah pukul lima petang jadi aku kata kat anak-anak jangan order banyak sebab makan malam akan dihantar jam 6.30 petang nanti. Ehh... tak dengar bebudak ni. terutama si adik yang sambut birthday semalam. Kami makan beberapa jenis western food tapi spagetti carbonara kuat betul rasa susu macam susu budak hahahha... Di sini juga ada kedai cenderahati untuk dibuat kenangan tanda hadir


Penuh sticker menunjukkan betapa ramainya rider dah sampai sini.

Dari Route 41 ke Nhanmoddang di Pa Phayom 34 km lagi. Check-in process smooth je dan kali ini kami stay bilik jenis lain dan minta extra bed. Bilik agak besar tapi tak secantik yang tahun lepas, yang berbentuk sarang tempua (takde bajet walaupun THB1900 sahaja sebilik). Mereka caj 250 baht sahaja untuk tilam, selimut, bantal dan tuala. Bila masuk ala... tak tambah ekstra bed pun takpe sebab sofa pun selesa

6.30 petang makanan sampai dan kami bayar terus kepada pekerja tu. Di Phattalung pun ramai muslim jadi bila kita request makanan halal pihak resort akan tempah dari luar. Alhamdulillah sedap dan berbaloi dengan harga 530 baht untuk enam orang. Malamnya takde ke mana sebab nak ke bandar pun jauh, pasar malam kecil je tak padan dengan effort, minyak dahlah mahal, jadi kami layan bebudak ni pergi 7 Eleven je... entah apa dibelinya asal masuk 7E je membeli

Sebenarnya sejak kali pertama ke sini dah rasa seronok. Suka suasana resort yang luas, hijau, senyap, harga bilik dan aktiviti yang murah dan paling penting, Thai hospitality. Belum jemu lagi. Disebabkan dua tahun lepas dah banyak ambil gambar sekitar resort ni, kali ini kami bergambar waktu malam pulak dari resort membawa ke tengah jalan hahahhaa... Jalan kampung.. memalam tak banyak kereta tapi laju berdesup. Kalau kena langgar terus masuk alam lain. Cuma, kalau ke sini lagi nak bilik tahun lepas, rasa have have sket 😁
Keseluruhan perjalanan hari ini sejauh 334.2 km. Tak rasa penat duduk lama dalam kereta sebab minda dah bersedia


Berkayak Di SungaiAnak tanya, sarapan mereka hantar ke bilik ke

hahahha...takdo jang, tahun lepas duduk bilik mahal dia hantarlah 😁. Kali ini kita kena bergerak ke tempat sarapan di tepi sungai sana. 
Kira-kira 8.20 pagi kami dihantar dengan trak pikap ke hulu sungai untuk berkayak. Ini kali pertama kakak berkayak, dengan mak hang kena buat aktiviti ginilah (next year kita ajak ziplining pula 😍). Aku suruh Bangteh naik seorang dia takut walau dah besar panjang jadi kami naik berdua dengan dia duduk di depan. Adik pilih abang, dia tak nak naik dengan ayah hahahhaha... trauma dia dengan pengalaman lalu hahahha... Kakak naik dengan ayah. Guide kami muda kali ini

Maka berkayaklah kami. Selain kakak, yang lain merasai pengalaman kali kedua. Bangteh bila dah dapat tune dia tak bagi dah pengayuh kat aku. Adik pun seronok dapat berkayuh bila abang sibuk rakam video. Yang tak dapat tune sampai ke sudah apaknya, dia terbalik di tempat yang sama dengan aku tahun lepas! hahahhah.... apo.... teringat guide tahun lepas yang cemas kemudian suruh aku pindah ke kayak dia. 
Depan resort.
Balik dari 7E kami gasak bergambar di sekitar resort sampai ke tengah jalan.


Di sesetengah tempat air sungai cetek sebab tu tersangkut.
Selepas dua tahun banyak binaan chalet baru di tepi sungai ni. 
Kakak dan ayah.

Menang pertandingan kayak cewahhh..
Berkayak enam kilometer ni sepatutnya maksima tiga jam aje tapi kami buat empat jam. Kami semua salahkan apaknya sebab manjang ke tebing sungai, tersangkut di batu dan terbalik. Manjang tersangkut je. Air sungai agak cetek tapi orang lain bila tersangkut tak payah turun dari kayak pun 😄. Takpelah, nanti kita cuba lagi tahun depan atau nak cepat kita try di Gopeng pula

Habis je berkayak aku tanya mereka nak main water slide tak? TAK NAKKKK.... hahhahahah...tak tahulah penat ke takut 😄
Selepas check-out kami memandu 139 km ke Hatyai. Selalu aku cakap, Hatyai takde apa sangat selain makan dan massage, hang kena keluar dua jam dari Hatyai untuk menikmati pengalaman lebih menarik di Phattalung atau Satun

Stay tune











© copyright 2018 – All rights reserved
ruggedmom

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.ruggedmom.com/2025/03/thailand-day-2-part-2-road-trip-pattani.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Thailand Day 1 Road Trip Ke Yala Narathiwat

Thailand Day 1 Road Trip Ke Yala Narathiwat

papar berkaitan - pada 11/3/2025 - jumlah : 155 hits
Day 1 Road Trip Ke Yala Narathiwat Alhamdulillah tahun ini kami berkesempatan sekali lagi ke selatan Thailand bersama keluarga Kali ini lebih banyak daerah kami singgah untuk melihat masjid masjid bersejarah Kembara kali ini dah dirancang s...
The Look East Policy Failed Time To Focus On India Part 1

The Look East Policy Failed Time To Focus On India Part 1

papar berkaitan - pada 8/3/2025 - jumlah : 167 hits
Since the 1980s Malaysia s Look East Policy has served as a fundamental aspect of its foreign relations strategy primarily aimed at enhancing economic political and cultural connections with East Asia especially Japan and South Korea Initia...
Westbound Part 5 10 000 Miles Across The U S On Ural Motorcycles

Westbound Part 5 10 000 Miles Across The U S On Ural Motorcycles

papar berkaitan - pada 18/3/2025 - jumlah : 206 hits
Colorado Rocky Mountain Empire Longtime Colorado resident and author Hunter S Thompson once remarked Freedom is something that dies unless it s used It seemed to us that most Coloradans live that sentiment The first state in the nation to l...
Cara Bina Pendapatan Rm4 Angka Sebulan Secara Part Time Dengan Bisnes Aiskrim

Cara Bina Pendapatan Rm4 Angka Sebulan Secara Part Time Dengan Bisnes Aiskrim

papar berkaitan - pada 21/3/2025 - jumlah : 92 hits
Masa kecil dulu siapa yang tak suka bila dengar bunyi loceng abang aiskrim kat depan rumah Rasa macam satu dunia berhenti sekejap kan Dari kanak kanak yang teruja sampai orang dewasa yang nak hilangkan penat seharian aiskrim sentiasa jadi p...
The Power Takeover Dap Polls Part 2

The Power Takeover Dap Polls Part 2

papar berkaitan - pada 19/3/2025 - jumlah : 148 hits
The results of the DAP election are as most expected as those in office many of them state warlords with large numbers of branches joined forces against those who lacked government positions through the use of circulated lists Those that ro...
Dog Shelter Gains Reprieve Amid Threat Of Road Closure

Dog Shelter Gains Reprieve Amid Threat Of Road Closure

papar berkaitan - pada 16/3/2025 - jumlah : 127 hits
A Seremban based animal shelter has managed to secure government and private aid to address its longstanding accessibility issues which threatened to endanger over 2 000 rescue dogs FurryKids Safehaven said it has received the necessary sup...
Ai Tools For Monitoring Terrorist Threats

Mortgage Your House Understanding The Meaning And Implications

Terima Kasih Pak Lah Perdana Menteri Malaysia Ke 5 Bapa Pembangunan Modal Insan Negara

Iconic Photo Of Pak Lah Mother Worth A Million Votes

Kitchen Design Creating A Functional And Beautiful Space

Maruah Negara Diperleceh Isu Bendera Malaysia Maszlee Gesa Tindakan Tegas

User Acquisition And Retention

Navigating The Legal Landscape Lawyers In Washington D C


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ww Koleksi Pokok Bunga Orkid

Indahnya Syawal Pantun Hari Raya Menyemarakkan Suasana Aidilfitri

Dividen Bank Rakyat 2024 17

Salam Aidil Fitri Buat Pembaca Blog Cik Matahariku

Level Up Your Style The Coolest Geek Nerd Shirts At Geeksoutfit

Parcel Akak Suria Amanda Pak Zain