Thailand Day 1 Road Trip Ke Yala Narathiwat


Day 1 - Road Trip Ke Yala-Narathiwat | Alhamdulillah tahun ini kami berkesempatan sekali lagi ke selatan Thailand bersama keluarga. Kali ini lebih banyak daerah kami singgah untuk melihat masjid-masjid bersejarah

Kembara kali ini dah dirancang sejak balik dari trip Satun-Hatyai-Krabi tahun lepas. Apaknya tak nak naik ke atas lagi nak pi Yala-Narathiwat-Pattani saja tapi aku cakap kalau bawa budak pompuan bolehlah turun amik gambar lepastu jalan, turun lagi ambil gambar jalan lagi. Dengan anak-anak lelaki mana maunya dahlah yang seorang tu susah bergambar. Aku sampai nak merajuk sebab dia tak mau bergambar bersama. Masa ke Singapura tahun lepas dah nampak mereka tak enjoy kalau setakat bergambar je. Aku dah ingatkan apaknya dengan bujangan ni kena ada aktiviti lasak, aku pun suka buat perkara ekstrim sikit

Oleh kerana cuti sekolah pada 17/1-16/1/2025, aku pilih tarikh 8-11/1 untuk cover Yala-Narathiwat-Pattani-Phattalung-Hatyai. Aku dapat laporan dari staf Tourism Authority of Thailand Hatyai dah jadi mini Malaysia masa cuti Tahun Baru China. Dah merasa masa cuti Krismas 2022 dan 2023 dulu... tak best. Ko bayangkan semua kedai urut penuh dengan warga Malaysia, tak best lah. Aku cop passport nakkan vibes negara asing tu


MALAM YANG PANJANGSeperti biasa kami bertolak Jumaat malam dalam 10.30. Mata aku sebenarnya dah kelat sejak 9.30 lagi maklumlah malam sebelumnya sambung packing tapi terus celik mata bila anak aku drive. Membebel-bebellah aku dalam kete… ko ingat sket, kita berenam dalam ni tau, satu keturunan mama bla bla bla… haish! Syukur sangat kali ini perjalanan dimudahkan Allah, selamat dan kereta pun tak buat hal. Dah dua kali terkena suspens gak

Kakak kali pertama ikut kami. Kali ni dia dapat cuti panjang tapi dia kata Aidilfitri nanti dia dapat cuti raya ketiga. Disebabkan susah nak berjalan dengan dia tu yang aku ajak dia pergi Bangkok Jun tahun lepas. Yang seorang lagi sedang buat latihan praktikal di Langkawi. Susah benar nak berjalan lapan orang dah

Kami berhenti solat Subuh di Masjid Pengkalan Hulu sebelum meneruskan perjalanan ke sempadan negara. Awal kami sampai tapi beratur panjang juga di Betong Imigration. Bagusnya banyak kaunter dibuka (ye lah, mereka pun cakna dengan musim cuti di Malaysia). Lokasi pertama yang ditujui ialah Panyo Market atau Coconut Market di Yala. 133km jauhnya dari Betong CIQ. Kami berhenti sekejap untuk bergambar di Tok Ku Chae Bridge di Hala Bala yang merentangi Bang Lang Dam (empangan). Ada beberapa resort sekitar sini yang tepi jalan ada yang masuk ke dalam pun ada. Betong ni tahun 1970-an dulu adalah kawasan yang dikuasai komunis

Tok Ku Chae Bridge di Hala Bala yang merentangi Bang Lang Dam.

Setelah memandu sejauh 576 km maka sampailah di Panyo Market, wah… memang besar sungguhlah… lorong sini lorong sana.. Lorong sebelah kiri banyak pakaian yang dijual semurah 20 baht. Gerai yang memula aku masuk banyak blouse cantik tapi yang ada brand tu mereka jual 150-220 baht. Elok kami sampai keretapi pun lalu. Anak-anak aku seronoklah dok pulun makan masa mak dan kakak depa jalan-jalan kat dalam tu. Tu yang suka sangat ke Thailand sebab dapat makan pepuas. Aku tak pasti di mana kedai makan yang menghadap ke landasan keretapi macam orang share kat Tiktok. Kami pun tak cari sebab perut memasing dah disumbat dengan pelbagai makanan. Iye.. memacam dibelinya sebab kali ni yang berdua tu dapat pegang duit THB sendiri. Perut kenyang hati senang haa… begitulah

Kami meneruskan perjalanan 60 km lagi ke Talo Manoh Mosque atau Wadi Al Hussein Mosque di Narathiwat. Masjid kayu ini dikatakan berusia melebihi 350 tahun dan masih utuh. Cantik masjid ni dan ada sekolah agama untuk kanak-kanak. Masa kami sampai bebudak tu dok main lepas tu terdengar cikgu depa jerit, “orang suruh belajaq bukan main charok!” hahahah…jenuh la cikgu oiii dengan bebudak ni. Aku pernah sampai sini dengan TAT, dan berazam nak bawa husband ke sini. Alhamdulillah dapat mereka semua solat di Masjid Talo Manoh ni. Masjid ni tak guna paku lansung, guna pasak macam Muzium Seri Menanti (bekas istana lama). Dalam pos tahun 2019 dahulu ada banyak gambar aku masukkan, boleh tengok di sini

Masa kami sampai ada segerombolan geng motor besar dari Bangkok juga. 1000km nak sampai sini weh, kagum sungguh dengan jiwa kental geng-geng rider. Aku ni suka je road trip jejauh asalkan bukan aku yang drive😄




Budak, sama je peelnya. Fitrahnya bermain.
Kemudian kami ke Narathiwat Homestay di Narathiwat. Sebenarnya nak duduk hotel yang ada swimming pool tapi takde family room. Dah lama sangat dalam kereta kan jadi nak bagi semua orang rilekslah. Hotel yang memula kami tempah tu kata hotel mereka rosak sebab banjir (mungkin bilik keluarga di tingkat bawah) jadi kami cari homestay. Puas hatilah stay sini, dedua bilik ada air-cond dengan katil double decker atas bawah tilam queen. Sangat selesa. Dapur pun lengkap, kalau nak masak yang ringan boleh sangatlah tapi aku malas. Bercuti kan?? Mak tak koser nak... Lagi pun percutian ke Thailand memang percutian makan makan. 
Lokasinya homestay ni kira dalam bandar. Bila di jalan besar, ke kiri melepasi perkampungan nelayan jalan tu menuju ke Narathat Beach. Depan rumah ada masjid. Untuk sarapan pagi ko jalan kaki ronda kat kampung tu ada je orang berjualan tapi kami makan di bandar selepas check-out

Malam tu kami pergi Rhim night market (pasar malam). Nak makan di satu food court tu tapi penuh jadi kami beli apa berkenan kemudian cari kedai makan. Takde apa sangat memalam kat sini. Oh ya, penduduk Narathiwat bercakap Melayu dialek Kelantan

Keesokannya selepas check-out kami pi bergambar jap di Narathat Beach. Lengang je pagi tu belum ada yang berniaga. Berhatai-hati ni nak mandi laut sebab ombaknya kuat

Meneruskan misi percutian, kami terus memandu sejauh 84.2 km ke Pattani. 
Narathat Beach
Perkampungan nelayan sebelum ke Narathat Beach. Beberapa hari selepas ke sini keluar nasihat pihak berkuasa agar pelancong Malaysia menjauhi perkampungan nelayan di Narathiwat disebabkan kes dadah.


Clock tower di bandar Narathiwat.
Isi minyak lu... minyak mahal tapi makanan murah. Tu yang musykil guane jadi lagu tu.

































© copyright 2018 – All rights reserved
ruggedmom

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.ruggedmom.com/2025/03/thailand-day-1-road-trip-ke-yala.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Thailand Day 2 Part 2 Road Trip Pattani Phattalung

Thailand Day 2 Part 2 Road Trip Pattani Phattalung

papar berkaitan - pada 14/3/2025 - jumlah : 155 hits
Day 2 Part 2 Road Trip Pattani Phattalung Dari Masjid Kerisik kami meneruskan perjalanan ke Phattalung Rancangan asalnya nak terus ke Nhanmoddang Kayaking tapi anak ajak ke Route 41 Steak House di Cowboy Town Memang ada aura pekan koboi wal...
Majlis Agama Islam Narathiwat Dedah Remaja 14 Tahun Pun Ada Ke Thailand Untuk Bernikah

Majlis Agama Islam Narathiwat Dedah Remaja 14 Tahun Pun Ada Ke Thailand Untuk Bernikah

papar berkaitan - pada 10/3/2025 - jumlah : 154 hits
HarapandailyMarch 9 2025Ada segelintir pasangan dari Malaysia termasuk yang masih di bawah umur hadir ke pejabat Majlis Agama Islam Narathiwat untuk bernikah Paling muda adalah remaja berusia 14 tahun yang datang dengan alasan wali tidak me...
5 Dead 27 Injured After Beam Collapses On Bangkok Road

5 Dead 27 Injured After Beam Collapses On Bangkok Road

papar berkaitan - pada 15/3/2025 - jumlah : 145 hits
At least five people were killed and 27 others injured when a concrete beam of an expressway bridge under construction collapsed early today in Bangkok reports said PIC CREDIT TO BANGKOK POSTKUALA LUMPUR At least five people were killed and...
13 Arrested For Rioting After Video Shows Hundreds Of Foreigners Blocking Road

13 Arrested For Rioting After Video Shows Hundreds Of Foreigners Blocking Road

papar berkaitan - pada 15/3/2025 - jumlah : 152 hits
Police have arrested 13 foreigners who are all factory workers in connection with a riot after a clip showing hundreds of foreigners blocking the road went viral on social media PIC COURTESY OF POLICETELUK INTAN Police have arrested 13 fore...
Dog Shelter Gains Reprieve Amid Threat Of Road Closure

Dog Shelter Gains Reprieve Amid Threat Of Road Closure

papar berkaitan - pada 16/3/2025 - jumlah : 132 hits
A Seremban based animal shelter has managed to secure government and private aid to address its longstanding accessibility issues which threatened to endanger over 2 000 rescue dogs FurryKids Safehaven said it has received the necessary sup...
Anwar Arrives In Hanoi To Begin Two Day Working Visit To Vietnam

Anwar Arrives In Hanoi To Begin Two Day Working Visit To Vietnam

papar berkaitan - pada 26/2/2025 - jumlah : 152 hits
HANOI Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim arrived here for a two day working visit to Vietnam during which he is scheduled to deliver a keynote address at the 2nd Asean Future Forum on Wednesday The special aircraft carrying the Prime M...
Man Held For Alleged Assault In Kajang Road Rage Incident

Man Held For Alleged Assault In Kajang Road Rage Incident

papar berkaitan - pada 15/3/2025 - jumlah : 180 hits
Screenshots from an alleged video of the incident showing a man berating a teenager and the bloodied nose victim sitting in a car PETALING JAYA Police have arrested a 39 year old man in connection with an alleged road rage incident in Kajan...
Watsons Promo Code Rm28 Off Pay Day Sale

Watsons Promo Code Rm28 Off Pay Day Sale

papar berkaitan - pada 25/2/2025 - jumlah : 108 hits
Watsons Promo Code RM28 OFF Jimat Besar Sempena Pay Day Sale Akhir bulan sudah tiba dan itu bermakna masa untuk Pay Day Sale Watsons yang penuh dengan diskaun hebat Jika anda sedang mencari produk kesihatan kecantikan penjagaan kulit atau b...
Fascinating Off Road Shelby Mustang By Loder1899

Fascinating Off Road Shelby Mustang By Loder1899

papar berkaitan - pada 12/3/2025 - jumlah : 126 hits
When it comes to the relationship of car enthusiasts the concept for an off road has raised quite a stir Loder1899 has brought a new vision based on the concept from the legendary Mustangs inspired by the car from the The Thomas Crown Affai...
Kisah Pokok Tumbang Depan Rumah

Single Use Plastic Bags Banned In Forest Reserves National Parks

Main Bunga Api Waktu Siang Pun Boleh

Loko Pemuda Chord

Send Unlimited Emails With 100 Delivery

Ketua Editor Pereka Grafik Akhbar Tempatan Ditahan Untuk Siasatan Sudah Dibebaskan

Hp Elitebook 840 G5 Randomly Disconnecting From Wi Fi

Malaysia Airlines A330 300 Takes To The Skies In Manchester United Livery


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jauhkan Anak Dari Pedofilia Ajar Anak Sentuhan Tak Selamat

Geladangan

Rahsia Tulis Karangan Gempak

Custom Eyeshadow Box Cara Meningkatkan Nilai Eksklusiviti Produk

Jadikan Gambar Kepada Anime Gibli

Cinta Diri