Thailand Day 2 Chang Puak Camp Masjid Songkhla Floating Market
Tahun baru, tak habis lagi episde Thailand no, punyalah berzaman.
Chang Puak Camp
Lepas dari Samila Beach, terus sambung ke Chang Puak Camp. sapa nak naik gajah, bolehlah datang sini . Cik Shima tak dak pun plan nak naik sebab duk dapat posting bagaimana cara diaorg training gajah ni, tak sampai hati la pulak nak naik
Tapi datanglah jugak ke sini, sebab tak complete pulak dah datang Thailand yang terkenal dengan jolokon Negara Gajah Putih , tak datang pulak ke tempat gajah, ye dak
Harga Tiket
Masa Sampai sini, hujan. Lembap sikit jalan
Pelantar gajah
Masjid SongkhlaSelepas tu, terus kami ke Masjid Songkhla untuk solat . Masjid nicantik juga, cuma dari segi maintenance kawasan sahaja kurang memuaskan. Alhamdulillah, diizinkan juga untuk solat di sini, lepas solat sempatlah bergambar
Kebetulan , tema ala-ala pink
FLOATING MARKETDari sini, kami terus ke Floating Market. Sampai sini, Cik Shima tetiba blur tak tahu nak makan apa. Sini, sebenarnya adalah syurga makanan.
Laksa Thailand Tu lah, padahnya tak set nak makan apa kan, last-last sekali blur. Cik Shima pusing-pusing, sekali tertariklah kat satu ni. tanya orang sebelah (orang Kelantan), dia kata laksa Thailand. ha, Cik Shima ni pantang dengar perkataan laksa, dah hantu laksa kan. Tambah-tambah pulak tak pernah rasa laksa Thai lagi kan.
Ada tiga jenis kuah. Orang Kelantan, bagitau dia amik kuah ala kari, katanya sedap. Cuma pedas sikit lah. Okay orang Kelantan kan, mesti suka makan manis, bila dia kata pedas, sedap, agak-agak korang Cik Shima try tak, of courselah kan. So, amik satu. Lupa nak amik gambar laksa tu
Gambar ihsan Google : Cik Shima amik kuah kanan tu
Sekali makan, mak aiii...pedas yang teramat. Ditambah rasa daun apa ntah, tak leh telan. Huhuhu...dan akibat kepedasan laksa ni, Cik Shima tak berani dah nak makan makanan yang lain. Dalam erti kata, mood Cik Shima memang dah ke laut. Perut pulak dah mula rasa something. Memang Cik Shima tak boleh proceed, nanti apa-apa hal jadi, susah
Lepas makan laksa tu (tak habih gak), Cik Shima minum ja air kelapa dan terus bersiar-siar area situ. Rasa rugi jugaklah, sebab memang datang nak makan kan. Tapi tak palah, mungkin rezeki lain kali kut.
Lihat juga -> Thailand Day 2 - Shopping Ikan Bilis & Samila BeachEpisode seterusnya - Thailand Day 2 - Dinner
**********************************************************
Info Kesihatan Page FB : Stokin Vken UtaraJom Sihat Bersama VkenHubungi 0192668244.
*Produk Vken Trave l - Stokin, Knee Pad, Wristlet*
**********************************************************
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://sharimahyahya.blogspot.com/2019/01/thailand-day-2-chang-puak-camp-masjid.html