Th Tukar Jurunilai Syarikat Bernilai Rm366 Juta Dijual Pada Harga Rm170 Juta Najib



KUALA LUMPUR – Kontroversi keputusan penjualan 14 anak syarikat Tabung Haji (TH) yang dimiliki TH Plantantions Berhad (THP) memasuki babak baru apabila bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendedahkan tindakan kerajaan PH menukar jurunilai telah menyebabkan kejatuhan harga anak syarikat THP

Menurut Najib, selepas penukaran jurunilai itu yang menaikkan Discount Rate 9 peratus kepada 14 peratus, menyebabkan harga anak syarikat TH itu yang sebelumnya bernilai RM366.5 juta, telah dinilaikan semula pada harga RM122.4 juta dan dijual kepada syarikat bukan bumiputera, Tamaco Resources dengan harga RM170 juta

“Kenapa tiba-tiba tukar jurunilai yang menggunakan andaian yang meragukan itu dan mengakibatkan kejatuhan nilai buku sebanyak RM244 juta dari RM366 juta ke RM122 juta

“Sehingga ianya dijual dengan harga RM170 juta – iaitu harga RM26,000 setiap hektar atau 24sen setiap kaki persegi – sedangkan syarikat itu sedang untung, pengeluarannya meningkat setiap tahun dan pada ketika harga minyak sawit dunia memulih ke RM3,000 satu tan?,” soal Najib. – SuaraTV
Berikut ialah kenyataan penuh Najib yang dipetik dari Facebook beliau

Menteri Haji tanya hari ini kenapa TH Plantations Bhd (THP) di bawah kerajaan BN dulu perlu beli tanah itu dengan harga mahal sehingga ianya terpaksa dijual murah oleh kerajaan PH sekarang


Saya amat respek dengan alasan Menteri PH ini bahawa mereka terpaksa jual murah kerana kita beli mahal. Biar saya tunjukkan bukti

THP telah luluskan untuk menjual 14 anak syarikat yang mewakili 76.2% jumlah keluasan tanah ladang mereka. Sehingga kini, 3 dari 14 syarikat itu sudah selesai dijual di dalam dua penjualan yang telah diumumkan

Penjualan yang lain cuma tunggu masa untuk diumumkan

Penjualan pertama melibatkan 2 dari 14 syarikat itu dan telah selesai dijual pada 5 Disember 2019https://disclosure.bursamalaysia.com/F…/apbursaweb/download…
Penjualan pertama melibatkan keluasan tanah 6,514 hektar di Sarawak. Tanah yang bukan tanah paya tersebut dibeli 100% oleh THP pada tahun 2013 dengan harga RM264 juta dari syarikat bukan Bumiputera

Iaitu dengan harga RM40,500 setiap hektar atau 37.6 sen setiap kaki persegi. 
Tanah itu terletak 2 1/2 jam mengikut jalan dari bandar Bintulu dan Lebuhraya Pan Borneo yang kini dibina akan melalui dekat dengan tanah tersebut

Adakah harga tanah itu dibeli dengan tanah mahal? Selepas dibeli, THP mengusahakan tanah tersebut. Akibatnya, pengeluaran sawit dari tanah itu meningkat setiap tahun

Pengeluaran Buah Tandan Segar pun naik setiap tahun:2016 (BN) – 24,841 tan2017 (BN) – 45,105 tan2018 (PH) – 52,040 tan
Pendapatan serta KEUNTUNGAN syarikat juga meningkat setiap tahun (sehingga tahun 2018 apabila ianya rugi besar akibat dinilaikan semula oleh jurunilai baru dilantik PH

Tanah tersebut berpotensi menghasilkan 160,360 tan Buah Tandan Segar setahun. Ini bersamaan dengan pendapatan RM80.2 juta setahun jika harga Buah Tandan Segar ialah RM500 satu tan

Oleh kerana pengeluaran dan keuntungan semakin meningkat, nilai syarikat-syarikat itu meningkat menjadi RM366.5 juta pada tahun 2017 seperti dinyatakan dalam laporan tahunan THP 2017

Jurunilai THP selama ini ialah syarikat terkenal CH Williams Talhar & Wong. Tapi mereka diganti oleh jurunilai baru pada tahun 2018 selepas PH ambil alih

Jurunilai baru tukar andaian paling asas untuk menilai syarikat tersebut: Kadar diskaun (Discount rate) yang digunakan dalam cara penilaian Discounted Cash Flow (DCF) dinaikkan dari 9% menjadi 14%

Siapa yang belajar akaun akan tahu bahawa Discount rate ini biasanya adalah sedikit lebih tinggi berbanding kadar faedah bank (6%) dan semakin tinggi discount rate, semakin rendah nilai aset tersebut

Tidak dinyatakan kenapa discount rate yang digunakan dalam penilaian aset tiba-tiba dinaikkan begitu tinggi dari 9% ke 14%

Akibat penukaran jurunilai dan andaian yang digunakan untuk menilai, harga buku dalam laporan tahunan THP 2018 jatuh dari RM366.5 juta menjadi RM122.4 juta

Selepas itu, kedua-dua syarikat itu dijual pada harga RM170 juta pada Disember 2019. Pembeli ialah syarikat bukan Bumiputera bernama Tamaco Resources di mana pengarah-pengarah dan pemilik saham adalah bernama Lim

Oleh kerana harga yang dijual adalah lebih rendah berbanding harga pembelian pada tahun 2013 walaupun pengeluaran dan pendapatan semakin meningkat pantas, THP mencatat kerugian dengan penjualan ini

Akhirnya, syarikat yang ada potensi mengeluarkan RM80.2 juta nilai buah tandan segar setahun dijual dengan harga RM170 juta pada masa harga sawit sedang memulih dan pengeluaran semakin meningkat

Maka persoalan yang patut dijawab oleh Menteri Haji ialah:
1) Adakah pembelian pada tahun 2013 dengan harga 37.6 sen setiap kaki persegi terlalu mahal

2) Adakah syarikat jurunilai terkenal CH Williams tersalah nilai tanah tersebut masa itu

3) Kenapa tiba-tiba tukar jurunilai yang menggunakan andaian yang meragukan itu dan mengakibatkan kejatuhan nilai buku sebanyak RM244 juta dari RM366 juta ke RM122 juta

Sehingga ianya dijual dengan harga RM170 juta – iaitu harga RM26,000 setiap hektar atau 24sen setiap kaki persegi – sedangkan syarikat itu sedang untung, pengeluarannya meningkat setiap tahun dan pada ketika harga minyak sawit dunia memulih ke RM3,000 satu tan

4) Jika THP benar-benar mengalami tekanan kewangan pada masa harga sawit murah, kenapa Tabung Haji sebagai peminjam terbesar kepada THP atau Kementerian Kewangan menolong THP seperti bagaimana kerajaan BN dahulu tolong syarikat swasta DRB-Hicom dengan Proton yang mengalami tekanan hebat

Kenapa biarkan THP begitu sahaja sehingga mereka terdesak untuk menjual 76.2% tanah ladang mereka

5) Kenapa syarikat Tamaco begitu berbesar hati atau begitu bodoh untuk membeli tanah ladang tersebut yang tidak berpotensi dan merugikan

Sumber: https://suara.tv

sumber Sehinggit Media News

Tonton TV online secara percuma dari handfon atau android box anda!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://thetrendingnow.blogspot.com/2020/01/th-tukar-jurunilai-syarikat-bernilai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Najib Apalah Sangat Rm42 Juta Jika Nak Dibandingkan Dengan Kerja Jho Low

Najib Apalah Sangat Rm42 Juta Jika Nak Dibandingkan Dengan Kerja Jho Low

papar berkaitan - pada 4/2/2020 - jumlah : 288 hits
Former Prime Minister Datuk Seri Najib Razak told the court today that the RM42 million from SRC International Sdn Bhd which found its way into his personal accounts was put there by fugitive financier Low Taek Jho to disguise the latter s ...
Lelaki Ditahan Simpan Organ Hidupan Liar Bernilai Rm 1 1 Juta

Lelaki Ditahan Simpan Organ Hidupan Liar Bernilai Rm 1 1 Juta

papar berkaitan - pada 25/1/2020 - jumlah : 153 hits
KUALA LUMPUR 24 Jan Polis menahan seorang lelaki tempatan dan merampas pelbagai jenis organ hidupan liar dan kayu gaharu yang dianggarkan bernilai RM1 1 juta semalam Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman...
Alphabet Menjadi Syarikat Teknologi Keempat Bernilai 1trilion

Alphabet Menjadi Syarikat Teknologi Keempat Bernilai 1trilion

papar berkaitan - pada 17/1/2020 - jumlah : 234 hits
Dimulakan dengan diikuti pula oleh dan Pagi ini giliran Alphabet menyertai kelab syarikat teknologi yang mempunyai nilai pasaran 1 trilion Nilai saham Alphabet yang merupakan syarikat induk Google meningkat sejak Sundar Pichai mengambil ali...
Untung Simpang Bekas Makanan Koleksi Rare Corningware Dijual Dengan Harga Rm40 Ribu

Untung Simpang Bekas Makanan Koleksi Rare Corningware Dijual Dengan Harga Rm40 Ribu

papar berkaitan - pada 22/1/2020 - jumlah : 322 hits
Ramai golongan ibu ibu yang minat untuk mengumpul pinggan mangkuk yang cantik cantik terutama koleksi yang dikeluarkan oleh CorningWare Hal ini mungkin kerana koleksinya yang unik dan cantik mampu menarik minat golongan wanita terutama bagi...
Produksi Karet Nasional Capai 3 3 Juta Ton Tapi Harga Masih Tertekan

Produksi Karet Nasional Capai 3 3 Juta Ton Tapi Harga Masih Tertekan

papar berkaitan - pada 20/1/2020 - jumlah : 162 hits
Wakil ketua Umum Kamar Dagang dan Industri Indonesia Bidang Industri Johnny Darmawan mendorong agar penyerapan karet dan biji karet untuk industri bisa ditingkatkan Hal ini untuk meningkatkan kesejahteraan petani lokal
Ahmad Maslan Tidak Mengaku Gagal Isytihar Rm2 Juta Diberi Najib

Ahmad Maslan Tidak Mengaku Gagal Isytihar Rm2 Juta Diberi Najib

papar berkaitan - pada 21/1/2020 - jumlah : 234 hits
SHAH ALAM 21 JAN Ahli Parlimen Pontian Datuk Seri Ahmad Maslan hari ini mengaku tidak bersalah atas tuduhan gagal mengisytihar RM2 juta yang diterima daripada bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri Ah...
Saya Belanja Berjuta Juta Tapi Tak Tahu Ia Wang Src Najib

Saya Belanja Berjuta Juta Tapi Tak Tahu Ia Wang Src Najib

papar berkaitan - pada 22/1/2020 - jumlah : 272 hits
Najib Razak hari ini mengaku di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur bahawa beliau telah berbelanja berpuluh juta ringgit wang yang dikreditkan ke dalam akaun bank peribadinya antara 2014 dan 2015 Bekas perdana menteri berusia 67 tahun itu berka...
Tutup Maps Pelaburan Rm500 Juta Hangus Najib

Tutup Maps Pelaburan Rm500 Juta Hangus Najib

papar berkaitan - pada 29/1/2020 - jumlah : 242 hits
Najib Razak KUALA LUMPUR Datuk Seri Najib Razak menempelak Menteri Besar Perak susulan penutupan taman tema Movie Animation Park Studios ketika sambutan Tahun Baru Cina dan Tahun Melawat Malaysia 2020 Penutupan taman tema itu kata Najib men...
Help Shape Ai With Malaysian Values Says Anwar

Gaji Mei 2024 Tarikh Pembayaran Gaji Penjawat Awam

Friendly Fire Between Umno Youth Head And Bersatu Counterpart Opens A Can Of Worms

Perjalanan Mendapat Haji Yang Mabrur

Nasi Briyani Kukus Padu Sedap Uii Percuma Ayam Briyani Untuk Ibu Mengandung Patutla Ramai Beratur Beli

Nostalgia Bedak Sejuk

Moto Distracto Steady Garage Customizes The New Honda Motocompacto

Negeri Sembilan Akan Menaikan Gaji Penjawat Awam



5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard


Nak Rasa Cromboloni Sedap Boleh Ke Flour Crown Jitra

Don T Wait For A Leak Proactive Planning For Oil Tank Replacement

Stop The Drip Stay Warm A Guide To Oil Tank Replacement Services

Kelantan Kereta Rumah Ditembak Suspek Diburu Polis

Kempen Pn Dijangka Menggila Selepas Usaha Serang Kerajaan Tak Berhasil

Orang Bukan Melayu Tak Boleh Terima Perikatan Nasional