Th Kekal Stabil Aset Atasi Liabiliti Rm3 68 Bilion


Bernama   TH menjangkakan operasi persekitaran lebih mencabar tahun ini dengan pelabur terus mencari pulangan tinggi walaupun ekonomi masih lemah.
KUALA LUMPUR: Kedudukan kewangan Lembaga Tabung Haji (TH) kekal stabil dengan jumlah aset melebihi jumlah liabiliti sebanyak RM3.68 bilion untuk tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2020.
Jumlah aset keseluruhan pula sebanyak RM81.85 bilion dan jumlah liabiliti RM78.17 bilion, katanya dalam kenyataan hari ini.
Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Nik Mohd Hasyudeen Yusoff berkata, TH menyasarkan agihan keuntungan lebih stabil pada masa hadapan selaras matlamat penubuhannya untuk mengurus wang umat Islam bagi mengerjakan haji.
Beliau berkata, kadar pulangan yang lebih lestari adalah sangat penting kerana bakal jemaah haji Malaysia perlu menunggu giliran menunaikan haji disebabkan kuota haji yang ditetapkan kerajaan Arab Saudi.
“Inilah amanah kami yang paling besar. Kami perlu memastikan kelangsungan operasi TH lebih 100 tahun lagi untuk jemaah melengkapkan kewajipan agama.
“Ini bermakna keselamatan pelaburan amat penting dan TH tidak boleh mengambil risiko yang terlalu tinggi, lebih-lebih lagi dengan kesan penyusutan ekonomi negara dan dunia disebabkan pandemik Covid-19 tahun lalu,” kata Nik Mohd Hasyudeen, mengulas mengenai prestasi kewangan TH dan agihan keuntungan bagi tahun kewangan 2020 yang diumumkan pada Selasa.
TH mengumumkan kadar agihan keuntungan sebanyak 3.10% selepas zakat bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2020.
Agihan untuk tahun 2020 melibatkan jumlah sebanyak RM2.24 bilion berbanding RM2.14 bilion pada tahun 2019.
TH merekodkan prestasi kewangan belum diaudit pada 2020 yang lebih baik berbanding tahun 2019, dengan keuntungan bersih selepas zakat sebanyak hampir RM2.23 bilion, meningkat sebanyak 22% atau RM397 juta berbanding tahun lalu.
“Prestasi keseluruhan pendapatan TH bagi tahun kewangan 2020 disokong oleh beberapa aktiviti pelaburan TH dalam aset pendapatan tetap yang telah menjana pendapatan sebanyak RM1.90 bilion manakala pelaburan saham sebanyak RM430 juta, pelaburan hartanah sebanyak RM352 juta, dan instrumen pasaran wang Islam menyumbang sebanyak RM318 juta,” katanya.
Untuk tahun ini, TH menjangkakan operasi persekitaran yang lebih mencabar dengan pelabur terus mencari pulangan yang tinggi walaupun ekonomi masih lemah.
“Namun langkah pelbagai negara termasuk Malaysia, untuk memastikan rakyat mendapat vaksin Covid-19 dijangka akan dapat membantu meneruskan usaha pemulihan ekonomi,” kata Nik Mohd Hasyudeen.
TH juga terus komited melindungi kepentingan pendeposit dengan lebih separuh daripada peruntukan asetnya (51%) dilaburkan dalam sukuk yang menawarkan pendapatan tetap.
Ini selaras dengan Alokasi Aset Strategik (SAA) yang memberi penekanan kepada pelaburan jangka panjang, pendapatan berulang, selamat serta mempunyai daya ketahanan risiko.
TH juga akan meneruskan usahanya untuk mengimbangi semula portfolio pelaburan khususnya dalam menggantikan aset yang tidak berdaya saing dengan aset yang boleh memberi pulangan lebih baik.
“Ini termasuklah memberi penekanan yang lebih kepada pelaburan luar negara dan pelaburan berlandaskan persekitaran, sosial dan tadbir urus (ESG),” tambahnya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/03/th-kekal-stabil-aset-atasi-liabiliti.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Industri Kandungan Kreatif Tempatan Kerugian Sehingga Rm3 Bilion Akibat Cetak Rompak

Industri Kandungan Kreatif Tempatan Kerugian Sehingga Rm3 Bilion Akibat Cetak Rompak

papar berkaitan - pada 24/2/2021 - jumlah : 296 hits
Isu cetak rompak merupakan suatu isu yang membelenggu industri kreatif dan perfileman tempatan dan antarabangsa sejak berdekad dekad dahulu Teknologi semakin berkembang pesat dan kita mempunyai pelbagai platform yang menawarkan pelbagai sir...
5 Cara Aneh Tapi Manjur Untuk Atasi Insomnia

5 Cara Aneh Tapi Manjur Untuk Atasi Insomnia

papar berkaitan - pada 22/2/2021 - jumlah : 249 hits
Insomnia adalah gangguang tidur yang ditandai dengan susah tidur sehingga jadwal tidur terganggu atau tidak normal Terkadang pengidap insomnia bingung bagaimana cara menyembuhkan atau setidaknya This is a content summary only Visit my websi...
Nabi Tak Kata Cukup Dengan Habbatus Sauda Itu Salah Mufti Perlis Perjelas Kekeliruan Makanan Sunnah Atasi Wabak

Nabi Tak Kata Cukup Dengan Habbatus Sauda Itu Salah Mufti Perlis Perjelas Kekeliruan Makanan Sunnah Atasi Wabak

papar berkaitan - pada 1/3/2021 - jumlah : 344 hits
Mufti Perlis Dr Asri Zainul Abidin tampil menjelaskan mengenai da kwaan serta kekeliruan sesetengah pihak berkaitan makananan sunnah yang mampu menyembuhkan peny akit
Peruntukan Khas Rm15 Juta Atasi Masalah Banjir Di Pengerang

Peruntukan Khas Rm15 Juta Atasi Masalah Banjir Di Pengerang

papar berkaitan - pada 21/2/2021 - jumlah : 293 hits
Oleh MASTURAH SURADI DR Ahmad Masrizal Mohamad bersama Azalina Othman Said melawat Kampung Sungai Kapal Lama yang berdepan isu banjir di Pengerang Kota Tinggi Johor KOTA TINGGI Sebanyak RM15 juta peruntukan khas disalurkan Kementerian Alam ...
Pemerintah Jepang Bikin Kementerian Kesepian Demi Atasi Depresi Yang Meninggi Di Masa Pandemi

Pemerintah Jepang Bikin Kementerian Kesepian Demi Atasi Depresi Yang Meninggi Di Masa Pandemi

papar berkaitan - pada 21/2/2021 - jumlah : 313 hits
Ternyata kesepian kalau dibiarkan emang bisa berdampak sengeri ini makanya harus dapat perhatian
Atasi Banjir Pemprov Dki Didesak Revisi Perda Rdtr Jakarta

Atasi Banjir Pemprov Dki Didesak Revisi Perda Rdtr Jakarta

papar berkaitan - pada 20/2/2021 - jumlah : 221 hits
Dia pun meminta DPRD untuk lebih sering memberikan pemahaman dan masukan ke masyarakat terkait banjir di Ibu Kota Karena menurutnya masih banyak warga yang tidak paham dengan RDTR itu sendiri
Atasi Sembelit Ketika Hamil Supaya Tidak Kena Buasir Di Kemudian Hari

Atasi Sembelit Ketika Hamil Supaya Tidak Kena Buasir Di Kemudian Hari

papar berkaitan - pada 2/3/2021 - jumlah : 322 hits
Hari ini saya nak berkongsi satu masalah yang biasa dialami oleh ibu hamil iaitu sembelit Ya sembelit Dengar nama aje pun kita dah dapat bayangkan rasa sakitnya kan Walau sakitnya tak sehebat sakit bersalin tapi ia tetap buat kita rasa The ...
Psm Vows To Defend Workers After Lawyer Threatens To Sue Over Coconuts

Korang Ingat Netizen Bodoh Ke

Lain Kali Sensitif Sikit Awak Tu Ada Pengaruh Pempengaruh Mohon Maaf Dakwa Ada Plot Twist Dalam Kes Zara Qairina

Berpolitik Jangan Sampai Meruntuhkan Negara Harus Ada Pertimbangan

Hiburan Baru Nikah 3 Bulan Suami Tergamak Jual Isteri Di Michat Servis Harga Rm44 Sehingga Rm98

Hiburan Saya Jatuh Dan Terluka Dulu Kini Nur Fazura Titip Pesanan Buat Peminat

Pembelian Pesawat Boeing Bukan Pembaziran Tapi Strategi Kurangkan Tarif Tengku Zafrul

Kejohanan Akuatik Dunia Elvis Tersingkir Di Separuh Akhir 10m Platform Bernama


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pendaftaran Pelajar Baharu Sesi I 2025 2026

Panduan Semakan Wang Yang Tidak Dituntut Online

El Paso Wrongful Death Lawyer Seeking Justice For Your Loved One

Empat Pekerja Maut Jatuh Dalam Lubang Pembetung Ketika Pemeriksaan Paip Kumbahan

Buasir Otak Tv Buah Apa Boleh Kunci Pagar Be Like

Lenggong Saksi Letusan Gunung Berapi Dahsyat Dalam Sejarah Manusia Moden