Tetamu Datang Mengejut
Bismillahhirahmannirrahim...
As Salam and greetings to dear readers.
Tetamu Datang Mengejut. Di suatu pagi 19012020 yang tenang selepas buat breakfast nasi goreng dan breakfast sekeluarga Mrs. A pun naiklah ke bilik ferfeelingnya tu nak nak landing dan tidur semula muahahaaaa.... tapi tulah tiba-tiba Aryssa dan Adik datang kat bilik bagitahu "ibu... kak Ngah Anis (niece) nak datang rumah kita". Ha! nak datang buat apa? Suruh datang lain kalilah ibu nak rilex-rilex nih! jawab Mrs. A ha! boleh gittewww... Tapi tulah tetamu mengejut tu datang jugak cause bila Mrs. A kata tanya babah dulu, suddenly tetamu dah sampai rumah pun. Mrs. A pulak pada ketika itu baru nak masuk bilik air nak mandi. Haish! sabar yolah.
Tetapi lebih mengejutkan bukan kak Ngah Anis seorang yang datang, ada parents inlaw Mrs. A, Kaklong (biras) dan jugak Danial (nephew). Mrs. A time tu mandi ajelah macam biasa. Macam biasa Mrs. A kalau mandi adalah lama biasalahkan perempuan memang mandi lama. Sampaikan Mr. A datang kat bilik jenguk apasal tak turun-turun lagi katanya mem dengan bos semua ada. Hah! terkejut Mrs. A dalam hati merungut jugaklah awatlah datang mengejut macam ni tak tahu ke orang nak rilexs cuti-cuti nih! [haish! buruk perangai ko Mrs. A] #jangantiru.
Tetamu Datang Mengejut.
Aryssa, M.i.l dan Kak Ngah AnisBila Mrs. A dah siap-siap ala kadar tu. Mrs. A pun turunlah ke bawah bersalam-salaman dengan tetamu. Tengok Aryssa pulak tengah buat spaghetti kalau tak silap time tu dah pukul 11.00 pagi. Apsal ntah rajin sangat Aryssa nak buat spaghetti walhal tetamu cakap depa semua dah breakfast kat luar tadi [oh! patutlah ada bawa kuih-muih bagai] tak tahu nak ke mana tu yang datang rumah we all, since we all pun baharu pindah rumah. Hurmmm... agaknya depa sengaja datang nak melawat kawasan kekdahnya ni. Huk aloh sabarlah tunggulah we all jemput buat makan-makan later ehh!
Memang pun time tu mereka memang melawat kawasan sungguh naik atas, masuk bilik ke bilik, ngecheck jugak setiap sudut dan ruang hahahaaa... Mrs. A ok je layanz.... Seronok lepak-lepak kat rumah Mrs. A sambil membawang dengan m.i.l dan kaklong. Mr. A pulak tadi dia keluar sekejap rupanya pergi pasar beli bahan-bahan nak masak makan tengahari. So Mrs. A masaklah sama-sama dengan m.i.l, Aryssa, Kaklong dengan Kak Ngah Anis pun samalah tolong-tolong apa yang patut. Menu tengahari tu gulai jantung pisang, ayam goreng sambal, ikan masin jeruk dan jugak sambal tempoyak mentah. Menu-menu tu apa yang Mr. A belikan so masak-masak ekpress aje.
Dah terlanjur nak makan tengahari kat rumah we all tu kira merangkap house warming, so calling-calling lagi jemputan Along (b.i.l) yang o.t.w dari Nilai dan jugak family Ateh dari rumah depa. lagi dua family s.i.l dan Alang not available so takdelah cukup korum adik-beradik Mr. A hurm... tapi itupun dah penuh meja makan.
Tetamu Datang Mengejut.
Tetamu makan dulu eh! ada juga dua orang tuan rumah join makan duluanM.i.l, Kak Ngah Anis makan kemudian cause nak tunggu family Ateh sampai. Bila family Ateh sampai tambah satu lauk lagi biras Mrs. A masak gulai ayam campur nangka since nak lunch kat rumah we all tu yang dia bawak makan sama-sama. Alhamdulillah rezeki. Lama juga tetamu-tetamu datang mengejut tu kat rumah we all, package solat zohor sekali dah hampir petang barulah tetamu pulang.
Terima kasih semua walaupun kelam kabut tapi we all happy je terima kedatangan you all cuma kalau boleh janganlah diamalkan selalu sejenis Tetamu Datang Mengejut ini ngeh! ngeh! ngeh!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mrsablogstori.blogspot.com/2020/02/tetamu-datang-mengejut.html