Dari Wuhan Ia Datang Kepada Tuhan Kita Kembali


Muhammad Luttfi Abdul Khalid Bagaimana seorang muslim bersikap dalam situasi sebegini?
SATU fakta yang diketahui umum sejak zaman dahulu lagi ialah penyakit dan wabak tidak datang dari angkasa lepas. Sejarah telah mencatat banyak episod serangan wabak ke atas masyarakat manusia tanpa mengira bangsa, zaman, tamadun, warna kulit, bahasa, kedudukan geografi, agama dan budaya

Seiring dengan kejadian-kejadian ini, manusia mencari penawar dan ubat-ubatan untuk mengatasi dan “melawan” serangan-serangan penyakit dan wabak ini. Bergantung kepada teknologi dan tahap ilmu pengetahuan, masyarakat manusia tetap berusaha untuk menangani realiti ini

Bagi sesetengah orang, penyakit dan wabak adalah satu penghalang untuk mengecapi kebahagian hidup. Manusia sanggup menghabiskan puluhan juta ringgit untuk mengkaji dan menjalankan eksperimen-eksperimen di makmal-makmal. Ada yang sanggup bergolok bergadai untuk sembuh dari penyakit yang mereka hadapi atau membayar kos yang tinggi untuk mendapat rawatan perubatan terbaik dari mana-mana pusat perubatan yang ternama

Sekiranya dahulu manusia menangani serangan wabak atau penyakit dengan cara yang simplistik (kerana berlaku depan mata), lebih meyakini kepercayaan-kepercayaan karut dan misterius atau berserah kepada taqdir semata-mata, pada hari ini realitinya telah berubah sama sekali

Perkembangan ilmu pengertahuan juga telah membawa kepada pemahaman yang lebih jelas dan terang tentang punca-punca penyakit, kaedah-kaedah rawatan dan pencegahan, ubat-ubatan dan penawar yang lebih tepat dan mujarab, pengkajian, ujikaji dan eksperimen-eksperimen yang lebih menyeluruh di makmal-makmal dan pelaburan yang besar dari pihak syarikat-syarikat farmasi dan tidak ketinggalan penggembelengan infrastruktur serta institusi-institusi kerajaan untuk menerokai teknologi tinggi dalam bidang perubatan

Satu persoalan yang mungkin akan timbul ialah: Bagaimana seorang Muslim harus bersikap dalam situasi ini

Sudah tentu terdapat garispanduan tertentu daripada agama Islam yang diturunkan sebagai rahmat bagi sekalian makhluk dan alam

Pada pandangan saya, terdapat sisi pandang Islam terhadap isu perubatan, penyakit, wabak dan ekosistem kesihatan yang membezakannya dari semua sistem hidup yang dikenali manusia

PERTAMA: Setiap penyakit ada ubat dan penawarnya

Hadith Rasulullah s.a.w. dari Jabir R.A. :
Katanya sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud: “Bagi setiap penyakit ada ubatnya, maka apabila ubat itu sesuai untuk sesuatu penyakit, akan sembuh dengan izin Allah”. (Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad)Dalam ertikata yang mudah, sumber penyembuhan bagi sesuatu penyakit itu datang dari kekuasaan Allah

Satu nokhtah yang dapat difahami dari Hadith di atas adalah betapa Islam sangat menggalakkan umatnya melakukan kengkajian, penyelidikan dan ikhtiar yang bersungguh-sungguh dalam bidang perubatan. Penemuan sesuatu penawar atau ubat bagi mana-mana penyakit atau wabak adalah terletak dalam tangan (ikhtiar) manusia sendiri, dan bukannya sesuatu yang akan lahir secara mukjizat, “magic” atau di luar hukum alam

Allah akan mengizinkan penawar atau ubat tersebut ditemui oleh manusia setelah manusia berusaha dan berikhtiar dalam bidang perubatan ini, dengan mengambil kira sebab dan akibat serta segala faktor yang berkaitan dengan penyakit dan wabak tersebut

Hadith ini juga menggalakkan umat Islam menuntut ilmu dalam bidang farmasi dan menceburkan diri dalam industri farmaseutikal yang sangat besar manfaat dan mahlahatnya kepada manusia

Terakhir, isu tawakkal dan penyerahan kepada kuasa Allah serta do’a adalah ikhtiar terakhir selepas pengerahan segala daya upaya manusia ke arah penemuan penawar atau ubat-ubat yang diperlukan untuk merawat sesuatu penyakit. (Rujukan tambahan: http://www.ilmusunnah.com/memahami-hadis-setiap-penyakit-a…/)
KEDUA: Kesan dan implikasi dari pemahaman Halalan Toyyiban

1. “Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.” (al-Baqarah: 168)
2. “Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu, iaitu yang halal lagi baik dan bertakwalah kepada Allah yang kepadaNya sahaja kamu beriman.” (al-Maaidah: 88)
3. “Oleh itu, makanlah (wahai orang-orang yang beriman) dari apa yang telah dikurniakan Allah kepada kamu dari benda-benda yang halal lagi baik dan bersyukurlah akan nikmat Allah, jika benar kamu hanya menyembahNya semata-mata.” (al-Nahl:114)
4. “Maka makanlah dari apa yang kamu telah dapat (dalam perdagangan) itu, sebagai benda yang halal lagi baik, serta bertakwalah kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (al-Anfaal:69)
Tikus, ular, kelawar, anjing, kucing, kura-kura, gajah, singa, siput babi, tenggiling, helang, kala jengking, monyet, babi, lipas, lipan dan seumpamanya sudah tentu tidak termasuk di dalam kategori Halalan Toyyiban

Meskipun manusia diberi pilihan dalam menentukan apa yang mereka inginkan dalam urusan hidup di atas mukabumi ini, umat Islam diberi garispanduan yang terbaik sebelum mereka membuat pilihan

Contohnya dalam menentukan makanan dan minuman, galakan diberi supaya pilihan tersebut jatuh kepada yang Halal dan Toyyib

Kedua-dua istilah ini mempunyai makna, skop dan pengertian yang amat luas

Bagaimanapun, dalam mengaplikasikan prinsip-prinsip Halalan Toyyiban ini, terdapat juga garispanduan yang lebih murni untuk diikuti oleh umat Islam, mengikut kemampuan dan kesanggupan serta kekuatan jiwa mereka

Garis panduan ini dibahagi kepada Tiga kategori (termasuk dalam perbincangan Usul Fiqh), yang perlu difahami oleh umat Islam:
Pertama: Untuk memelihara Al Umurudh Dharuriyyah dalam kehidupan manusia

Maksudnya perkara-perkara yang menjadi sendi atau dasar kehidupan manusia yang perlu ada demi kemaslahatan mereka. Dalam ertikata yang lain, bila sendi atau dasar itu sudah tiada, kehidupan manusia akan menjadi kacau bilau, kemaslahatan tidak akan tercapai dan kebahagiaan dunia dan akhirat tidak akan dapat dinikmati

Kedua: Untuk Memenuhi Al Umurul Hajiyah dalam kehidupan manusia

Maksudnya perkara-perkara yang sangat dihajati oleh manusia untuk menghilangkan kesulitan-kesulitan dan menolak halangan. Kategori ini lebih rendah dari kategori pertama

Ketiga: Untuk memenuhi Al Umurul Tahsiniyah dalam kehidupan manusia

Maksudnya sebagai pelengkap kepada tindakan-tindakan dan sifat-sifat yang harus dijauhi oleh akal yang sihat, dipegang oleh adat kebiasaan yang baik dan dihajati oleh keperibadian yang kuat. Kategori ini lebih rendah dari kategori Kedua

Para pembaca boleh membaca penerangan saya ketiga-tiga kategori di atas melalui status saya berikut: {https://www.facebook.com/mohd.luttfi/posts/2705963689427624}

Jelasnya, agama Islam kita tidak membiarkan umat Islam berbuat sewenang-wenang mengikut kehendak diri sendiri, hatta dalam soal pemilihan makan minum atau kesenangan-kesenangan hidup yang lain

Tujuannya bukan untuk menyempitkan atau menyusahkan umat Islam, akan tetapi demi menjaga kehormatan dan kemuliaan umat Islam sendiri. (Rujukan tambahan: http://www.ikim.gov.my/…/tuntutan-halalan-toyyiban-boleh-m…/)
KETIGA: Konsep Halal Haram

Konsep ini lebih komprehensif daripada poin Halalan Toyyiban di atas

Dalam buku Halal Dan Haram Dalam Islam, penulisnya Syaikh Dr Yusuf al-Qardhawi telah menggariskanbeberapa prinsip dalam penentuan halal haram. Antara prinsip tersebut termasuklah:
1. Asal segala sesuatu adalah harus (mubah)
2. Penentuan halal dan haram adalah hak Allah
3. Mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang haram sama dengan Syirik
4. Perkara yang halal menafikan keperluan kepada yang haram
5. Wasilah atau helah untuk melakukan yang haram adalah haram
6. Niat yang baik tidak dapat menghalalkan yang haram
7. Menghindari syubhat agar tidak jatuh ke dalam yang haram
Pembaca adalah dinasihat membaca buku di atas untuk mendapat pemahaman yang lebih meluas. Poin-poin di atas hanyalah sebagai garispanduan sahaja, yang perlu kepada penghuraian dan penjelasan yang lebih teliti

KEEMPAT: Pengawalan wabak dan penyakit berjangkit

1. “(Wabak) Taun adalah tanda kemurkaan Allah yang mana Allah menguji hamba-hambanya. Apabila kamu mengetahui adanya penyakit itu di sebuah tempat janganlah kamu masuk ke tempat itu. Apabila kamu berada di tempat yang ada penyakit taun (atau penyakit berjangkit lain) janganlah kamu lari keluar darinya.” (Hadith Riwayat Muslim)
2. Al-Imam al-Bukhari merekodkan riwayat berkenaan Saidina Umar yang bermusafir ke negeri Syam. Beliau kemudian dimaklumkan tentang wabak penyakit yang menimpa tempat yang dituju tersebut. Salah seorang sahabat bernama Abdul Rahman ibn Auf menasihatkan:
“Sesungguhnya aku mempunyai ilmu tentang perkara ini. Aku pernah mendengar Rasulullah bersabda: Sekiranya kamu mendengar tentang sesuatu wabak di satu tempat maka janganlah kamu memasukinya, manakala sekiranya wabak tersebut telah melanda sesuatu tempat, jangan pula kamu meninggalkan tempat tersebut (bagi mengawal penularan).”
Mendengar nasihat Abdul Rahman ibn Auf ini, Saidina Umar pun membatalkan hasrat untuk meneruskan perjalanan ke tempat yang ditimpa wabak tersebut

Kedua-dua Hadith di atas sangat bertepatan dengan situasi ancaman virus N-Koronavirus yang sedang oleh negara dan seluruh rakyat Malaysia

Agama Islam telah mendahului zaman dengan kawalan penyakit daripada merebak seperti yang diisyaratkan di atas, yang pada hari ini dikenali sebagai kuarantin

Bahkan terdapat rekod bahawa sebelum sesebuah hospital dibina, pihak pengurusan hospital terlebih dahulu menguji kesesuaian lokasi dari segi kualiti udara dan kesihatan dengan meletakkan potongan-potongan daging di beberapa tempat. Tempat yang paling lambat daging tersebut menjadi rosak akan dipilih sebagai tapak hospital yang akan dibangunkan

Selain itu hospital semasa pemerintahan Islam merupakan paling maju dalam pentadbiran hospital dan pengawalan perkhidmatan perubatan. Terdapat sekurang-kurangnya tiga puluh empat hospital di bandar utama Iran, Syria dan Mesir, yang dibangunkan sebagaimana hospital moden. Setiap hospital mempunyai wad menurut jenis penyakit, dispensari dan perpustakaan. Ketua pakar perubatan dan pembedahan memberi syarahan kepada pelajar dan pelatih, menguji mereka dan memberikan lesen untuk berkhidmat. Pendekatan, hospital-hospital di zaman kegemilangan Islam merupakan pusat rawatan, penyembuhan, kajian, pembelajaran dan sekaligus sebuah universiti perubatan

KELIMA: Memahami fenomena wabak, musibah dan wabak yang diturunkan oleh Allah

1. “Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu)” (Asy Syura: 30)

2. “Jika Kami berkehendak menghan­curkan suatu negeri, Kami jadikan orang-orang yang suka berbuat sesat di negeri itu sebagai pemimpin, lalu pemimpin itu berbuat zhalim kepada rakyat di negeri­nya. Akibat perbuatan rusak pemimpin mereka, turunlah adzab kepada me­reka dan Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.” (Al-Israa:16)

3. “Tidak ada musibah yang menimpa melainkan dengan izin Allah.” (al-Taghabun:11)
4. “Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan mereka dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan dan kesenangan, sehingga apabila mereka bergembira dan bersukaria dengan segala nikmat yang diberikan kepada mereka, Kami timpakan mereka secara mengejut (dengan bencana yang membinasakan), maka mereka pun berputus asa (dari mendapat sebarang pertolongan).” (al-An’aam: 44)
5. “Telah timbul pelbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia, (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian daripada balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka lakukan supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).” (ar-Rum: 41)
6. “Tidaklah perbuatan keji merajalela pada suatu kaum, yang dipraktikkan secara terang-terangan di tengah-tengah mereka, melainkan pasti akan merebak wabah dan penyakit membinasakan yang belum pernah ada pada generasi sebelumnya.” (Shahiih at-Targhiib wat Tarhiib, no. 2187)
7. Dari Aisyah berkata; “Aku pernah bertanya kepada Rasulullah tentang masalah taun lalu baginda memberitahu kepada aku bahawa taun adalah sejenis seksaan yang Allah kirimkan kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Allah menjadikan hal itu sebagai rahmat bagi kaum Muslimin

Tidak ada seorang pun yang menderita jika dia bertahan di tempat tinggalnya (yang ternena wabak itu) dengan sabar mengharapkan pahala dan mengetahui bahawa dia tidak terkena musibah melainkan kerana Allah telah mentakdirkan kepadanya maka dia mendapat pahala seperti pahala orang yang mati syahid”. (Hadith Riwayat Bukhari 3215)

Berbeza dengan sistem hidup atau agama-agama lain, agama islam adalah satu-satunya sistem hidup dan agama yang mempunyai khazanah ilmu pengetahuan dan garispanduan terlengkap dalam masalah kesihatan. Umat Islam pula diberi penekanan tentang adab dan amalan-amalan kesihatan dan kebersihan sejak dilahirkan hinggalah ke saat jenazah dikuburkan

Al Quran, Hadith dan Kitab-kitab Fiqh penuh dengan pelbagai peraturan dan garispanduan dari sudut kesihatan, amakan pemakanan dan minuman, halal haram dan bagaimana tindakan yang perlu diambil oleh pihak penguasa dan pemerintah dalam menghadapi ancaman wabak dan penyakit menular

Bukan sekadar teori, akan tetapi terdapat institusi-institusi kesihatan, hospital, pusat-pusat pengajian dan kuliah-kuliah perubatan untuk memenuhi keperluan rakyat dan masyarakat

Kerjaya sebagai seorang pengamal perubatan, doktor, jururawat, kakitangan dan para pekerja kesihatan dianggap sebagai satu profesion yang mulia, yang tidak kurang penting kedudukannya berbanding misalnya, seorang Mufti, Qadhi (Hakim) atau tokoh-tokoh dalam bidang pelbagai disiplin ilmu-ilmu agama

Pada waktu yang sama, umat Islam terdidik dengan pendirian yang betul ketika mendepani isu-isu kesihatan atau ancaman dan wabak, sebagaimana yang sedang berlaku hari ini. Pendirian yang sama juga diaplikasi bila berlakunya bencana alam seperti banjir, ribut taufan, tsunami, kebakaran, kemarau dan seumpamanya

Antara beberapa pengajaran dan ibrah yang boleh diambil dan diberi perhatian oleh umat Islam dapat disimpulkan seperti berikut:
Pertama: Allah mentaqdirkan berlakunya sesuatu adalah berdasarkan kuasaNya dan kekuatanNya, untuk memberi kesedaran kepada manusia supaya kembali kepadaNya, tidak melampaui batas, tidak menzalimi sesama makhluk dan supaya menjadi sebab kepada diampunkan dosa. Terdapat hikmah di sebalik sebarang kejadian yang berlaku

Kedua: Terdapat hukum sebab akibat yang perlu diperhatikan. Perlanggaran terhadap aturan ini oleh manusia akan membawa kepada kesan akibat yang tabi’i, sama ada bersifat azab siksaan mahupun kesenangan dan balasan baik dari Allah

Ketiga: Terdapat keseimbangan pada setiap sesuatu. Keseimbangan alam yang diganggu dengan sengaja (biasanya atas dorongan hawa nafsu manusia) pasti membawa bencana dan kesan yang lebih besar kepada ekologi dan ekosistem dunia, yang sudah tentu terpaksa ditanggung dan dideritai oleh manusia lain pula

Keempat: Pengabaian dan kelupaan melakukan Amar Makruf Nahi Mungkar terhadap tingkahlaku yang mencabar kekuasaan Allah adalah salah satu sebab yang boleh mendatangkan kemurkaan Allah terhadap sesuatu kaum, komuniti, bangsa, negara di mana bencana dan bala yang ditimpakan akan terkena ke atas semua pihak tanpa kecuali

Kelima: Penularan “wabak-wabak” yang bersifat ideologi-ideologi anti-Islam/anti-Tuhan juga merupakan satu ancaman terbesar kepada umat manusia, umat Islam dan seluruh alam. Ini kerana ideologi-ideologi di atas bertunjangkan hawa nafsu dan sifat hawa nafsu ini mendorong seseorang untuk menolak dan menentang apa yang Allah turunkan, berupa nilai, ukuran, sistem, peraturan, cara hidup dan hukum-hakam yang sempurna, menyeluruh dan bebas dari sebarang kecacatan atau kekurangan

Keenam: Kebahagiaan dan puncak kesempurnaan hidup hanya boleh dicapai dengan kembali mentaati Allah dan mengikuti sistem hidup yang telah diturunkan kepada manusia. Seluruh alam bergerak sebagai makhluk “Muslim” tanpa kerelaan mereka. Manusia diberi kemampuan akal dan ikhtiar – untuk memilih jalan Taqwa atau jalan Fujur. Sebarang pilihan yang salah akan membawa mudharat bukan sahaja kepada diri sendiri tetapi orang-orang sekeliling

Akhir kata, umat Islam tidak pernah diajar untuk pasrah atau bergantung semata-mata kepada suratan taqdir. Umat Islam juga tidak digalakkan untuk kekal berada di dalam kelemahan dan kekurangan. Kekuatan tidak akan datang kepada umat yang sakit dan menderita atau kepada yang malas dan enggan berkerja keras

Umat yang Beragenda akan kelihatan pada mereka yang bersungguh-sungguh berusaha untuk merubah dan menghapuskan segala ciri-ciri kemalasan, kelemahan, keculasan dan kekurangan yang ada pada diri mereka

* Muhammad Luttfi Abdul Khalid- Pengerusi Ikatan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (iPeguam)



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/01/dari-wuhan-ia-datang-kepada-tuhan-kita.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Datang Malaysia Please Singapura Sah Ada 1 Kes Jangkitan Coronavirus Rakyat Wuhan Datang Bercuti

Jangan Datang Malaysia Please Singapura Sah Ada 1 Kes Jangkitan Coronavirus Rakyat Wuhan Datang Bercuti

papar berkaitan - pada 24/1/2020 - jumlah : 519 hits
Semalam Singapura mengesahkan bahawa mereka telah mencatat kes pertama coronavirus dari Wuhan Menurut CNA Kementerian Kesihatan negara itu telah memaklumkan pesakit yang membawa jangkitan itu memang berasal dari Wuhan Lelaki berusia 66 tahu...
Wuhan Diisolir Didiet Belum Kembali Ke China Untuk Lanjutkan Kuliah

Wuhan Diisolir Didiet Belum Kembali Ke China Untuk Lanjutkan Kuliah

papar berkaitan - pada 30/1/2020 - jumlah : 220 hits
Didiet Afandi seharusnya minggu lalu kembali ke Huazhong China untuk kuliah Namun penutupan akses oleh pemerintah setempat berdampak pada sistem perkuliahan yang diundur sampai batas waktu yang tidak ditentukan
Harap Semua Rakyat Malaysia Di Wuhan Sihat Untuk Kembali Ke Tanah Air Tpm

Harap Semua Rakyat Malaysia Di Wuhan Sihat Untuk Kembali Ke Tanah Air Tpm

papar berkaitan - pada 4/2/2020 - jumlah : 328 hits
SERI KEMBANGAN 3 Feb Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berharap semua rakyat Malaysia yang terkandas di wilayah Hubei China susulan penularan wabak novel koronavirus 2019 berada dalam keadaan sihat untuk membolehk...
Apa Itu Virus Corona Penyebab Pneumonia Wuhan

Apa Itu Virus Corona Penyebab Pneumonia Wuhan

papar berkaitan - pada 20/1/2020 - jumlah : 954 hits
informasitips com Virus Corona atau Koronavirus adalah keluarga virus yang menjadi penyebab berbagai penyakit mulai dari flu biasa hingga penyakit flu parah seperti MERS ataupun SARS Saat ini mungkin saja ada virus corona jenis baru yang be...
Peneliti Ungkap Bahwa Koronavirus Wuhan Sudah Infeksi Lebih Dari 1000 Orang

Peneliti Ungkap Bahwa Koronavirus Wuhan Sudah Infeksi Lebih Dari 1000 Orang

papar berkaitan - pada 20/1/2020 - jumlah : 307 hits
Dalam sebuah makalah pada Jumat 17 Januari 2020 para ilmuwan dari MRC Centre for Global Infectious Disease Analysis di Imperial College London mengemukakan kemungkinan jumlah orang yang terinfeksi virus penyebab pneumonia di Wuhan bisa menc...
2 More Suspected Cases Of Wuhan Virus In Singapore Increases Total Cases To 5

2 More Suspected Cases Of Wuhan Virus In Singapore Increases Total Cases To 5

papar berkaitan - pada 20/1/2020 - jumlah : 354 hits
Limited person to person spread of the virus may be occurring small Cover image via Business Insider Hindustan Times small Two more people who are suspected to have the mysterious Wuhan virus have been warded and isolated in Singapore on Fr...
Tetamu Datang Mengejut

Tetamu Datang Mengejut

papar berkaitan - pada 5/2/2020 - jumlah : 450 hits
Bismillahhirahmannirrahim As Salam and greetings to dear readers Tetamu Datang Mengejut Di suatu pagi 19012020 yang tenang selepas buat breakfast nasi goreng dan breakfast sekeluarga Mrs A pun naiklah ke bilik ferfeelingnya tu nak nak landi...
Anak Datang Menyendeng Peluk Cium Kita Maknanya Dia Nak Perhatian

Anak Datang Menyendeng Peluk Cium Kita Maknanya Dia Nak Perhatian

papar berkaitan - pada 2/2/2020 - jumlah : 297 hits
Ibu ibu perasan tak dalam sehari tu akan ada 4 hingga 5 kali anak datang pada kita Tiba tiba je dia datang menyendeng kat kita Tarik tangan lah pegang muka kita suruh pandang dia lah Dia peluk kita cium kita Kadang kalau tangan tengah pegan...
Peranti Nubia Akan Datang Bakal Hadir Dengan Sokongan Pengecasan 80w

Peranti Nubia Akan Datang Bakal Hadir Dengan Sokongan Pengecasan 80w

papar berkaitan - pada 2/2/2020 - jumlah : 321 hits
Sistem pengecasan pantas untuk telefon pintar semakin lama semakin hebat Walaupun sudah kedengaran mengenai sokongan sehingga 100W dan 120W ia masih belum sedia untuk umum Bukan itu sahaja walaupun Google pernah mengatakan yang pengeluar se...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner