Testosteron Testosterone


 






Testosteron atau testosterone adalah hormon daripada kumpulan androgen dan ditemui dalam mamalia, reptilia, burung dan haiwan-haiwan vertebrata. Lelaki dan wanita masing-masing mempunyai testosteron, cuma wanita dalam jumlah yang sedikit berbanding lelaki kecuali kes-kes tertentu. Secara purata, lelaki menghasilkan sekitar 10 kali lebih banyak testosteron berbanding wanita. Testosteron dihasilkan di testis pada lelaki dan ovari pada perempuan, jumlah yang kecil di kelenjar adrenal.



Testosteron tergolong dalam kumpulan androgen sekali dengan dihydrotestosterone (DHT), dehydroepiandrosterone (DHEA), androstenedione dan androstenediol. Lelaki menghasilkan secara purata 7 mg testosteron sehari, 300-1000 ng/dL (10-28nmol/L) manakala perempuan sekitar 15 kali kurang daripada lelaki dengan hanya 25-90 ng/dL (1-2.5 nmol/L) dalam darah.


Selepas testosteron masuk ke sistem darah, 95%-98% akan bergabung dengan protein albumin dan globulin. Kenapa ia bergabung dengan protein? Ia membuatkan testosteron larut untuk disalurkan. Ia juga menghalangkan testosteron daripada degradasi oleh hati dan buah-pinggang.

2 hingga 4 peratus lagi digelar sebagai testosteron bebas yang mana menyebabkan perubahan fisiologi. Secara amnya, apabila keupayaan mengikat testosteron dengan protein meningkat, paras testosteron bebas akan menurun. Steroid yang diguna pakai dalam bina badan akan mengurangkan keupayaan mengikat testosteron tersebut dan menyebabkan paras testosteron bebas meningkat.

Kepentingan testosteron

pembesaran zakar, scrotum dan testis ketika proses akhil balighpembesaran larynx (kotak suara)penumbuhan rambut, bulumeningkatkan ketebalan kulit dan warna (jika anda perasan, kebanyakan negro memiliki badan berotot)meningkatkan kekuatan seksualmeningkatkan kadar metabolisme rehatmeningkatkan jumlah sel darah merah dan jumlah darahmeningkatkan retansi sodium dan air di dalam buah pinggangmeningkatkan sintesis protein dan seterusnya meningkatkan jumlah ototmengurangkan glikogen dalam otot dipecahkan ketika aktiviti (otot sentiasa nampak bulat)meningkatkan penyerapan kalsium di tulang (kalsium penting untuk pergerakan)meningkatkan kerja di kelenjar peluh (buang banyak bahan buangan sehingga kekadang menyebabkan jerawat, boleh dilihat pada mereka yang memakai steroid)menguatkan tulang pelvis
Testosteron bebas yang berlebihan akan menyebabkan ianya ditukar ke bentuk androgen DHT atau akan berlaku peningkatan paras estrogen. Pengguna steroid akan memastikan komposisi lemak di dalam badan kurang untuk mengelakkan kesan-kesan ini. Tetapi di Malaysia, lemak lebih 12 peratus pun giat pakai steroid jenis testosteron.

Apa jadi jika testosteron berlebihan?


merendahkan paras HDL (koleterol baik)pengecutan testispengurangan kiraan spermapembesaran prostatkerosakan hati (dalam kes penggunaan steroid jenis oral)kitar haid tidak teratur (perempuan)pengurangan hormon endogenouspertumbuhan tisu buah dada bagi lelaki (gynecomastia)pembesaran clitoral (perempuan)jerawat




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sainsdansukan.blogspot.com/2021/01/testosteron-testosterone.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jkn Pahang Rampas Produk Ubat Tidak Berdaftar Kosmetik Tiada Notifikasi Bernilai Rm1 Juta

Awak Solat Tak 5 Waktu Jika Tidak Awak Balik Saja

The Hardest Singing Show

Drama Puaka Cuti Semester Lakonan Mark Adam Zaki Azeman

Cerita Foto Sepanjang Minggu

Jadilah Wanita Yang Mahal Thalia Baiduri Harap Wanita Jaga Darjat Jangan Bergaduh Kerana Buaya

Jpsm Mengesahkan Kegiatan Pembalakan Di Bukit Beserah Berlaku Dalam Kawasan Tanah Persendirian

Kkb Polls Indians And The Futility Of Voting



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


Baby Car Seat Malaysia Safety Standards What Parents Need To Know

Antara Momen Yang Umi Akan Rindu

From Dreadful To Delightful Conquering Gear Engagement In Dodge Transmissions

Lelaki Miang Tanggal Seluar Budak Direman

Leave Pang Alone Skjcs Aren T Illegal Umno Man Tells Fadhli

Titah Hasrat Dan Pandangan Tuanku